BAB 12 - Sebab Papa

2.3K 108 18
                                    

"Katakan sahaja,
Rudy I love you!"

🌸🌸🌸

"KALAU bukan sebab papa memang taklah aku nak kahwin dengan kau, tengok kau sahaja sudah meloyakan. Ni kan pulak nak sehidup semati!" kata Rudy sinis.

Manakala, aku memutarkan bebola mataku. Hello, excuse me! Ingat kau sorang sahaja ke rasa TERPAKSA! aku punlah! Menyampah betul.

"Dan kau ingat, aku kahwin dengan kau kerana rela hati lah? Dalam mimpi pun belum tentulah aku nak kau jadi suami aku!" jeritku geram.

Tolonglah! Bukan Ruzaidi seorang sahaja dalam dunia ini. Ramai lagi. Tetapi dalam ramai manusia di bumi Ruzaidi juga yang harus dikahwini.

"Aku ingatkan kau, jangan jatuh cinta dengan aku! Sebab aku jijik" kata Rudy lagi.

Aku mengukir senyuman sinis. Ceh, ingat aku tak geli ke nampak kau hari-hari?

"Fine, ak pun tak naklah jatuh cinta dengan kau, geli aku" bidasku lalu masuk ke dalam rumah dengan muka yang cemberut.

Oh! Lupa pula, aku dan Rudy berada di luar rumah. Sengaja mahu "bermesra alam".

Rudy berdecit geram.

"Kau tunggu nasib kau, tak guna!" Bentaknya. Sakit hati betul. Satu kita kata eh berpuluh patah kau jawab!

Memang cari nahas.

🌸🌸🌸

Hampir tiga puluh butik yang aku dan Rudy masuk untuk mencari pakaian pengantin tetapi semua butik seolah tidak memberi citarasa yang kami inginkan.

Penat? sudah tentu. Kaki juga sudah lenguh untuk melangkah ke gedung lain. Ah, leceh lah kahwin. Tak kahwin tak boleh ke?

Nampak, bertapa malasnya aku ingin berkahwin dengan Rudy. Sudahlah aku tidak cintai dia. Sekarang, aku harus hidup bersamanya seumur hidup. Dewa jodoh seolah sedang mengutuk aku sahaja.

"Woi, apa yang kau menungkan tu?!" jerkahan dari suara Rudy mematikan lamunan panjang ku.

Lantas berpaling ke arah wajah dingin itu. Jelas ketidakpuasan hati disitu. Eleh, macam aku suka suki nak keluar dengan dia. Benci pula tiba-tiba.

"Aku ada nama, nama aku Ali. Panggil elok-elok apa salahnya. Bukan kena bayar pun. Free je" perliku sambil melangkah mendekatinya.

Malas mahu bergaduh. Penat. Sudah penat mencari butik tidak hilang lagi. Eh, dia pula ajak perang. Ingat aku ada masa nak layan? Memang idokler.

"Kau tu pekak, makan nak? aku lapar" cadang Rudy. Sungguh, perutnya minta di isi. Lain macam bunyi nya.

Aku memutarkan kedua bebola mataku. Tanda malas.

"Em, sukati"

TBC..

Hei minna :)
Selamat malam semua
Abaikan segala typo
Vote jika best and comment
Bila perlu

So, how this chapter? Dah lama
Tak menulis :) bahasa tunggang langgang
Nanti spam comment!

Next chapter will update
Soon!

Enjoy!

[C] Rudy, I Love You! [RULI]✅Kde žijí příběhy. Začni objevovat