BAB 5 - Assignment

2.8K 137 13
                                    

"Katakan saja padaku,
Rudy I love you!"

🍁🍁🍁

12.30 tengah malam.

JAM di dinding asrama menginjak ke tengah malam. Mata yang ditahan-tahan sudah sampai ke kemuncak dia. Namun, dia tidak boleh untuk lena. Kerana, masih banyak assignment yang perlu dia lakukan. Ya, baru hari pertama persekolahan. Dia sudah banyak kerja sekolah. Oh, sebelum terlupa. Jika di sekolah biasa. Mereka memanggilnya kerja sekolah atau rumah. Tetapi disini, mereka memanggil assignment.

"Banyak lagi ni. Kalau tak siap esok. Mesti puan Munah marah" omelnya sendirian. Satu kelas 4 mya 1 tahu akan kegarangan puan Munah. Ali, mencuba sedaya upaya untuk tidak tidur.

Kopi panas usah dikata. Sudah berapa banyak dia minum. Tetapi, tidak mendatangkan hasil. Comot di sisi dipandang.

"Hm, dah tidur rupanya" kata Ali sambil mengelus lembut badan kucing kesayangannya.

Namun, Ali terasa kaget apabila terasa bahu dia ditepuk lembut. Dia berpaling lalu mengukir senyum.

"Eh, Khai. Kau buat apa dalam bilik aku?" Soal Ali pelik. Setahu dia semua pelajar sudah tidur. Hanya yang tertentu sahaja belum. Hal ini kerana, masing-masing ingin menyiapkan assignment yang diberikan.

Khai mengukir senyum lalu duduk berhadapan Ali. Laptop yang berada di hadapan Ali diambil lalu mula menaip sesuatu.

"E-eh takpelah Khai. Aku boleh buat sendiri" kata Ali serba salah. Sudahlah mereka baru sahaja kenal. Lalu, suka hati dia sahaja meminta Khai buatkan assignment dia.

Khai gelak kecil.

"Takpe, aku tengok kau pun dah mengantuk sangat. Kesian kau" jawab Khai sambip menaip di laptop. Dalam diam dia mengintip Ali. Tersengguk-sengguk gara menahan kantuk. Dia masih ada belas ehsan.

Ali tersenigh. Rupa-rupanya dia diperhatikan dalam diam. Malu terasa diri yini. Halah-halah gedik pulak Ali kiter ni.

"Kau takde assignment ke Khai?" Soal Ali lagi. Memandangkan dia sudah membantunya. Maka, ada baiknya dia berbual dengan Khai.

Khai mengangguk tanda sudah.

"Wow! Rajinnya kau" pujinya. Dia sendiri pun malas mahu menyiapkan assignment awal-awal. Itu yang sampai berjaga sehingga tengah malam. Sekejap, bila masa Ali ni rajin kan? Memang jenis malas pun ha.

Khai senyum. Tangan dia tidak henti-henti menaip.

"Kalau siap awal, senang nak buat kerja lain. Lagipun, aku kerja part time. Malam macam ni baru balik" ucap Khai lagi.

Ali mengangguk faham.

"Oh, patutlah. Kau kerja apa je?" Soal Ali ingin tahu. Mana tahu dia boleh turut serta kerja.

"Kerja cafe je. Lagipun, aku dapat biasiswa" jawab Khai.

Ali meng'o'kan jawapan Khai.

Setengah jam berlalu, Khai mengukir senyuman lebar. Akhirnya, siap juga assignment Ali.

"Ali dah siap" kata Khai.

Ali yang baru sahaja ingin terlelap lalu membuka mata dia.

Senyuman diberi.

"Thanks Khai" kata Ali. Lalu mengemas semua barang-barang dia.

Khai mengangguk.

"Sama-sama"

TBC..

Hei minna :)
Rai iminda
Abaikan segala typo
Vote jika best dan comment bila
Perlu

Here we are. Aduh, dah lama tak update
Idea merapu sorry sangat.
Dapat idea ni tiba-tiba
Ehek!

Nak double ke?
Triple or forthple?
The pish! Ok ok enjoy!

ADIOS!

[C] Rudy, I Love You! [RULI]✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang