ST 45

625 18 4
                                    

Aku pandang bilik tidurku. Entah kenapa, aku rasa sayu. Seandainya aku tiada nanti, siapa yang akan duduk dibilik ini? 

Aku keluar. Aku mahu ke kubur Amna.

Sewaktu aku menutup pintu rumahku, sekali lagi pertanyaan yang sama hadir.

Siapa yang akan duduk dirumah ini? Mahukah Adha dan Husna duduk disini?

Aku sudah mengubah wasiatku. Rumah ini adalah kepunyaan Husna manakala rumah yang diduduki oleh mak dan abah akan jadi milik Adha. Bersama sebuah rumah apartment di Shah Alam.

Walaupun rumah mak dan abah, tapi aku yang beli rumah itu. Aku yang bayar setiap bulan. Dan abah yang tak mahu rumah itu dinamakan atas namanya. Dia mahu rumah itu kekal atas namaku.

Kadang, betul kata Amna. Kumpul harta ni hanya akan menyusahkan bila pemilik dah mati. Nak buat wasiat pun, kena fikir siapa yang layak. Siapa yang mampu untuk menjaganya. Mengembangkannya dan mewarisinya.

Kalau mati tanpa wasiat, kemungkinan akan jadi pergaduhan. Sama ada berebut nakkan harta atau menolak.

Amna kata, biarlah ada harta yang sekadar cukup untuk hidup kita. Supaya tak sampai meminta-minta. Dan tak sampai mengemis. Cukup makan, pakai, tempat tinggal, kesihatan, pelajaran. Dah.

Dan apa yang aku ada, itu lah yang aku tinggalkan untuk anak-anak. Supaya mereka tak meminta-minta dan tak merempat bila aku tiada nanti.

Aku tahu Adha sudah boleh memandu walaupun tiada lesen. Aku pernah nampak dia memandu. Aku pernah tanya hal ini kepada Aki. Aki kata, Zafuan dan Zimi setuju untuk ajar dia memandu sekiranya ada kecemasan, dia boleh diharapkan.

Aku pandang sekeliling. Tak sedar aku sudah sampai ke tanah perkuburan Islam Selat Klang. Rumah Amna. Aku harap, ianya akan menjadi rumahku juga. Kalau boleh, bersebelahan tapi, Amna dah ada jiran. Jadi, aku cuma harap dikebumikan disini. Demi memudahkan anak-anak datang menjengah.

Hakikatnya, disana nanti, sama saja. Urusan aku, urusan aku. Urusan Amna. Urusan Amna. Akan kami berjumpa di syurga.

Aku tahu, Amna akan terus ke syurga. Menurut ustaz, wanita yang hamil dan mati disaat melahirkan anak, dikira syahid. Sama juga yang meninggal dalam tempoh 40 hari dari tempoh dia melahirkan.

Insya Allah. Amna syahid. Syurga buatnya. Aku mahukan dia ke syurga. Kerana dia isteri yang sangat baik. Solehah.

Aku kesat air mata yang mengalir.

"Abi tak tahu, ibu. Sejak akhir-akhir ni, rasa sebak setiap kali teringatkan ibu. Rasa tak sabar nak jumpa ibu disyurga." Kataku.

"Anak-anak kita pun akan sentiasa doakan kita. Kan, ibu?" Sambungku.

Teringat suatu masa dulu, aku pernah bercakap dengan Adha. Masa tu, Dia baru berusia 8 tahun. Aku sedang melihat mereka dari jauh. Dan tak semena, dia datang dekat denganku dan bercakap denganku. Sekejap saja sebelum Husna datang memanggilnya.

Aku sempat berpesan kepadanya, sentiasa sedekahkan Al Fatihah untuk ibunya. Setiap hari. Aku harap, dia ingat pesanan itu.

"Ibu. Abi balik dulu. Bilik Adha dah siap. Bilik Husna pun dah nak siap. Mungkin 3-4 hari nanti, sampailah mereka." Kataku dan terus bangun dan berlalu meninggalkan tanah perkuburan itu.

Aku deko sendiri bilik anak-anakku. Dengan bantuan seorang teman yang aku upah untuk merealisasikan apa yang telah terlakar dalam kepala otak aku.

Ting!

Notifikasi dari Instagram Aku buka. Gambar tiket yang dah dicetak dengan caption.

'Abi tunggu kami datang.

By Mohd Naufal Adha bin Mohd Faiz.'

Tak semena air mataku bertakung. Rasa sebak.

Aku tahu. Zimi dan Zafuan sudah menceritakan tentang aku dan Amna kepada mereka. Segalanya diceritakan dalam Instagram.

Bagaimana Adha memujuk Husna. Husna sudah baligh, tak boleh untuk dipeluk dan dipegang oleh Zimi dan Zafuan.

Betapa aku hormati mereka berdua. Tahu batas. Walhal, itulah anak yang mereka jaga dari bayi sampai sekarang. Bila saja Husna baligh 2 tahun lepas, terus saja mereka menerangkan kepadanya tentang aurat dan batas.

Semuanya dirakam. Mujur Husna faham. Mungkin disebabkan oleh dia dah diajar dari kecil. Malah, dalam Instagram, semua yang dirakam, dimana ada Husna, akan tertera dia memakai tudung. Berlengan panjang. Menutup aurat dengan baik walaupun tidak sempurna.

Alhamdulillah.

"Nanti Husna dah tinggal disini, tak payah nak jaga semua. Husna bebas nak buka tudung." Kataku sendirian.

Tak sabar nak tunggu anak-anak balik. Ini agaknya perasaan mak dan abah bila aku kata aku nak balik.

Aku terus menelefon mak. Menunggu mak menyambut panggilan aku. Tiada. Sekali lagi aku telefon.

"Assalamualaikum. Mak."

"Waalaikummussalam. Mak baru lepas solat. Kau dah solat ke?" Tanya mak.

"Dah siap dhuha dah tadi sebelum jumpa Amna." Balasku.

"Kenapa ni? Kamu nak balik ke?" Tanya mak.

"Anak-anak nak balik mak. Flight dorang minggu depan. Hari Rabu. Nanti hari Khamis mak datanglah dengan abah kalau nak jumpa cucu-cucu mak." Kataku.

"Betul ke ni? Dorang balik terus rumah mertua kau ke?" Tanya mak.

"Tak tahu, mak."

"Mana kau tahu ni?"

"Adha post dalam Instagram. Mak tengoklah." Balasku sebelum berpamitan dan menamatkan panggilan telefon.

Insya Allah. Sempat ni nak siapkan bilik Husna.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now