ST 4

433 13 2
                                    

Pagi lagi aku dah tercegat depan rumah Amna. Entahlah. Sejak aku kenal dia, aku lebih suka nak dekat dengan dia. Aku suka layanan yang dia berikan kepada aku. Aku rasa, aku dimanjakan. Aku rasa, aku diperlukan.

Beza dengan Iza. Walaupun, dulu kami rapat, Iza tak pernah sekalipun manja dengan aku. Iza dan Amna sangat berbeza.

Tapi andai disuruh pilih antara dua, aku tetap pilih Iza. Iza cinta hati aku. Hati aku tetap untuk dia. Langsung tak pernah berubah. Sikit pun tak berubah. Cinta aku. Rindu aku. Hanya untuk Iza.

Kadang aku fikir. Sebab Amna dan Iza, Iza lebih segalanya. Iza lebih cantik dari Amna. Iza lebih pandai bergaya dari Amna. Paling penting, Iza bekerjaya. Ada cita-cita dan berusaha ke arah impiannya.

Amna anggap hidupnya mudah. Tak perlu bekerja. Mak dia tanggung kerana itu tanggungjawab seorang ibu dan bapa kepada anak perempuan mereka selagi belum nikah. Dan dia tak ada langsung impian. Walaupun untuk jadi surirumah atau nak hidup dengan gembira. Langsung tak ada.

Sama ada dia tak nak bagitahu atau memang tak ada, aku tak pasti. Tapi bila dia menidakkan yang dia ada impian, dia jujur sekali. Jadi, aku percaya, dia memang tak ada apa-apa keinginan.

Mungkin nafsu dia pada dunia dah mati?

Nak kata dia kejar akhirat pun, tak. Selamba dia pakai seluar pendek dirumah walaupun aku ada. Abang ipar dia pun selalu pergi rumah maknya. Setiap kali nak makan pergi rumah mak dia. Kadang-kadang, tidur rumah mak dia.

Dia selamba saja. Seluar pendek, baju tshirt lengan pendek. Bila dia keluar, baru dia pakai tudung. Berpakaian menutup aurat. Tapi kalau sekadar depan rumah, tak adanya.

Solat pun, tak jaga mana pun. Kadang tak solat pun.

Jadi, aku tal faham. Apa yang dia nak. Adakah hidup sekadar hidup?

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now