ST 26

318 15 1
                                    

"I nak cakap sikit dengan you. Boleh?" Tanyaku usai saja aku kemas dapur selepas makan.

"Boleh tak lepas I buat sesuatu. Urgent." Balasnya.

Aku memandangnya tirus. 😒.

"Just give me an hours. I promise. I'll make it done in 1 hour." Pintanya.

Aku mengalah.

Perbincangan aku dan dia perlukan ketenangan. Perlukan konsentrasi. Kalau aku desak dia, takut benda lain yang jadi. Maka, aku biarkan.

Aku masuk ke dalam bilik. Menunggunya disitu. Manakala dia masih diruang tamu. Dengan laptopnya dan kertas dan fail berselerak dimeja ruang tamu.

Tak sampai sejam, dia dah masuk bilik.

"You buat apa?" Tanyaku.

"Key in data." Jawabnya.

"Data apa?"

"Secret."

"You..."

"Betullah. Itu data untuk simpanan client I. It's private and confidential." Jawabnya bersungguh.

"Client? You buat apa? Mana datang client ni? Sejak bila?" Tanyaku bertalu-talu.

"Dari dulu. Client ni dah almost 2 tahun dengan I. Every 3 month, dia akan hantar fail-fail tu semua untuk di key-in dalam system." Terangnya.

Aku kerut dahi.

Sungguh, aku tak tahu. Dalam otak aku, dia tak kerja. Langsung tak kerja.

"Means you buat freelance?" Tanyaku.

"Sort of."

"Satu tu je?"

Dia geleng.

"Means you kerja? Ada pendapatan sendiri?"

Dia fikir sejenak. Kemudian dia senyum.

Aku pejam mata. Banyak yang aku tak tahu.

"Selama ni, you kata you tak kerja. You tipu I ke?" Tanyaku. Sedikit tinggi suaraku.

"I tak kerja. It's part time job. Bukan setiap bulan dapat gaji. Tak tetap. Tapi, cukuplah nak bayar duit kereta. Bagi mama. Buat belanja dapur." Jawabnya.

"Berapa kereta you sebulan?" Tanyaku.

"RM850."

"Bagi mama?"

"RM1500."

Aku tarik nafas.

"I tak suka you kerja. Berhenti. I nak masa you sepenuhnya untuk I dan rumahtangga kita." Putusku.

"Tapi...."

Aku pandangnya tajam.

Dia angguk.

"Dah lah." Kataku.

"You kata ada benda nak bincang." Tanyanya.

"Tak apalah. Nanti-nanti saja." Jawabku.

"You..." Lirih suaranya mendesak aku.

Aku pandangnya.

"Ye la. Suka hati you la." Dan dia terus bangun dan mahu melangkah keluar.

Aku tarik tangannya. Memandangnya. Mata kami bertentang. Otak aku ligat mempertimbangkan keperluan untuk aku nyatakan apa yang terbuku dihatiku.

Aku lepaskan pegangan tanganku. Melarikan mataku. Aku pandang tempat lain.

Tak. Belum masanya untuk bincang hala tuju hubungan kami. Masih banyak tentang dia yang aku masih tak tahu.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now