ST21

303 12 0
                                    

Kecewa.

Itu yang aku rasakan tika ini. Penolakan Amna dalam melayan keinginanku sangat buat aku rasa terhina.

Siap muntah lagi.

Aku tahu, aku bukan lelaki yang baik. Dia tahu tu. Aku ceritakan segalanya kepadanya. Sebelum aku mengetahui perasaannya lagi. Tapi, dia tak pernah pandang aku hina selama ni. Dia terima aku dengan baik.

Tapi kenapa dia tolak aku bila kami dah sah sebagai suami isteri? Walaupun dia menolak dari dulu, tapi aku tak sangka dia akan menolak macam ni sekali.

Sampai muntah bila aku cium dia? Jijik sangat ke aku ni?

"Assalamualaikum." Satu suara memberi salam dibawah.

Aku biarkan. Amna ada dibawah.

Sekali lagi suara itu memberi salam. Aku mengeluh berat dan bangun. Turun.

"Waalaikummussalam." Kataku sebaik membuka pintu rumah.

"Adik." Itu saja perkataan yang keluar dari mulut aku.

"Amna mana? Dia kata gastrik." Kata Aki, adik Amna.

"Ada tu." Dan aku terus menjemputnya masuk. Aku bawa Aki ke bilik dimana Amna duduk.

Terbaring.

"Amna. Bangun." Kejut Aki. Lembut. Memukul manja kaki Amna.

Amna tak berkutik. Aku mara ke depan dan cuba menggoncang bahu Amna tapi pantas ditahan Aki.

"Nanti dia migraine pula kalau bangun terkejut." Balas Aki bila aku membalas pandangannya.

Aku senyum segaris dan biarkan Aki mengejut Amna.

"Amna." Sekali lagi Aki memanggil. Lembut.

Setelah beberapa kali dipanggil begitu, barulah Amna membuka matanya.

"Bangun." Arah Aki dan membantu Amna untuk duduk.

Baru saja Amna duduk, dia tiba-tiba bangun dan terus ke bilik air. Muntah sekali lagi. Aki turut serta. Aku hanya pandang di muka pintu bilik air. Aki mengusap belakang Amna. Menepuk lembut. Bila Amna sudah, Aki yang tolong Amna basuh semula bilik air tadi.

Dan Amna terus masuk ke dalam bilik dan duduk semula ke katil.

Aki masuk ke bilik. Mendekati Amna. Dia buka beg yang dibawanya tadi. Sebuah flasks diambil dan dibuka. Dituang isi didalam tu ke menutup dan kemudian diserahkan kepada Amna. Dari baunya, aku tahu, itu milo.

Baru beberapa teguk, sekali lagi Amna bangun dan ke bilik air. Muntah lagi. Aki yang uruskan semua. Aku hanya pandang. Tak tahu nak buat apa. Lagipun, tak diminta tolong. Jadi, aku biarkanlah.

Usai itu, Amna mengambil flask tadi. Dia sendiri tuang milo ke penutup. Dan dia minum. Kemudian, dia baring semula dan matanya terpejam.

Aki pandang dan menggeleng.

"Petang semalam suruh makan, tak nak. Degil. Kan dah susah diri sendiri." Rungut Aki.

"Nah. McD je sempat aku beli. Kang kau bagi Amna bubur ni. Baru bagi ubat. Yang lain tu, kau punya. Kesian kau. Baru semalam kahwin, hari ni isteri dah sakit. Kakak aku ni, memang macam ni. Senang sakit. Tapi nak suruh pergi check, punyalah mengelat. Macam-macam alasan." Kata Aki.

Aku diam.

Mencebik dalam hati. Pada aku, ini semua lakonan Amna. Untuk dia mengelak dari bersama dengan aku.

"Esok aku datang kalau dia tak sihat lagi. Aku nak bawa dia pergi klinik. Nak kena paksa dia ni. Kalau ajak je, mesti tak nak punya." Kata Aki lagi.

Aku angguk.

"Kau janganlah risau. Tak ada apa pun. Dia gastrik je. Bak kata dia. Paling-paling pun, mati je." Seloroh Aki sambil ketawa sendiri.

Aku masih diam tak berkutik. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku masih marah. Masih rasa Amna menipu. Masih rasa Amna berlakon. Dan aku rasa, Amna keterlaluan kerana menyusahkan adiknya. Hanya untuk mengelak dari menjalankan tanggungjawabnya.

"Okeylah. Aku balik dulu." Kata Aki dan bersalaman denganku.

Aku hantarnya ke muka pintu. Setelah keretanya hilang dari pandangan, barulah aku tutup pintu.

Aku ke meja makan. Melihat makanan yang dibawa oleh Aki. Bubur ayam McD 2 bekas. Ada ayam goreng satu set dengan air dan kentang.

Aku makan. Kata Aki, lain aku punya. Bubur saja Amna punya. Jadi, aku hanya tinggalkan bubur untuk Amna. Yang lain, aku makan sendiri.

Erm... Dah kahwin pun, tetap kena makan sendiri. Ada isteri pun, mengelak. Apa punya isteri.

Setelah siap makan, aku bersiap. Aku kerja hari ni.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now