ST 36

419 15 0
                                    

Aku tak mampu nak buka mataku walaupun berkali-kali Amna mengerakkan tubuhku. Aku sangat letih.

Kerja 12 jam menjadi 18 jam kerana juruterbang meragui keselamatan kapal yang aku sudah periksa. Maka, terpaksalah aku buat pemeriksaan semula.

Gaduh. Bertegang urat menegaskan pendirian pun, tak guna. Baik bekerjasama. Demi keselamatan penumpang. Jadi, aku dan team terpaksa bekerja lebih masa. Demi memuaskan hati juruterbang.

Yang penting, keselamatan penumpang. Sekiranya terjadi sesuatu pada kapal terbang itu, aku juga yang akan dipertanggungjawabkan. Sebab aku yang berikan kebenaran kapal terbang itu selamat untuk terbang.

Makin besar jawatan, makin besar tanggungjawab.

Aku kembali tidur bila Amna tidak lagi menggangguku. Tapi tak lama bila aku dengar suaranya memanggil nama penuhku. Maknanya, dia benar-benar mahu aku bangun.

Aku buka sedikit mataku. Dia tiada disisi. Aku bangun. Perlahan. Berjalan keluar dari bilik. Mencarinya dengan mata buka separuh.

"Ibu. Kenapa?"

Dia diam dan terus keluar rumah. Aku pelik. Dia nak ke mana sudah malam ni. Aku pandang jam dinding. Pukul 10.45. Segera aku turun.

"Ibu nak pergi mana?"

"Anak nak keluar. Pergilah tidur balik. Mimpi indah. Ibu nak pergi hospital. Nak kempiskan perut." Dia terus masuk ke dalam kereta.

Anak nak keluar? Bersalin?

Terus saja aku ke pintu dimana Amna sedang menghidupkan enjin kereta.

"Ibu nak bersalin ke?" Tanyaku kembali.

Aku terus menyuruh Amna ke tempat penumpang disebelah. Aku pimpin dia. Aku masuk semula ke rumah bila Amna suruh mengambil barang bayi dan Telefon bimbitnya. Sempat juga aku menukar baju. Baju yang aku pakai tadi, hanyalah baju pagoda. Malu orang tengok.

Aku lihat Amna tenang. Sebelum dia menjerit dan marah2 bila aku mengusiknya. Tapi, dia comel bila marah begitu. Selalu, kalau dia marah, dia diam. Bila dia begitu, nampak comel dan lain.

Sampai saja dihospital, doktor terus saja meminta agar Amna terus dibawa masuk ke bilik bersalin. Aku menunggu diluar. Seorang jururawat datang meminta kad pengenalan Amna untuk didaftarkan.

"Encik, nak tengok puan Amna bersalin? Nak temankan dia?" Tanya seorang jururawat yang keluar dari bilik bersalin.

Aku diam seketika dan angguk.

Mana mungkin aku lepaskan peluang ini. Melihat isteriku melalui sakit yang paling sakit selain mati.

Sudahlah aku tak pernah berpeluang menemaninya melakukan pemeriksaan kandungan sepanjang dia mengandung. Semua sebab kebodohan aku dan Amna yang merajuk. Membawa diri.

"Jom." Jemput jururawat itu.

Aku mengikut langkah jururawat itu untuk masuk ke bilik dimana Amna ditempatkan. Aku berdiri disebelahnya. Doktor juga sudah bersedia untuk melakukan proses menyambut bayi. Tak lama. Dalam masa 10 minit macam tu, bayi kami keluar.

"Alhamdulillah." Aku cium ubun Amna. Memeluknya. Aku gembira sangat. Anak kami selamat dilahirkan. Dalam masa yang sama, aku sedikit takut melihat betapa sakitnya Amna. Menggigil badanku. Melihat susahnya dia. Sakitnya dia. Dan aku hanya mampu melihat.

"Ready for the second one." Kata doctor.

Aku diam. Aku lupa. Amna mengandung kembar.

Bayi yang kedua. Lama. Berkali-kali Amna teran. Tulang tngan aku pun macam dah nak retak digenggam Amna setiap kali dia meneran.

"Alhamdulillah. Bayi tahun baru." Kata doctor saat anak kami yang kedua keluar.

Sekali lagi aku menarik nafas lega. Berkali-kali lafaz alhamdulillah dilafazkan didalam hati. Kali ini, lama bibirku diubun Amna. Mengalir juga air mata lelakiku. Betapa sakitnya tangan ku menerima genggaman Amna. Tapi, tak sesakit Amna melahirkan zuriatku. Dua. Serentak.

Allah. Terima kasih isteriku syurgaku. Sanggup berkorban demi menyambung deligasi Muhammad s.a.w. Meramaikan umat. Dan demi aku dan keluarga kami. Alhamdulillah.

"Yang abang ni, encik dah boleh azan kan sementara kami bersihkan adiknya." Kata seorang jururawat sambil membawa anakku yang sulung kepadaku.

Aku sambut anakku ke dalam pelukanku dengan berhati-hati. Aku tak pernah pegang bayi yang masih kecil dan lembut begini. Aku pandang wajahnya. Aku kucup.

"Kiblat arah sana." Kata jururawat tadi.

Aku menghadap ke arah yang diarahkannya dan mengangkat anakku separa mulutku. Aku mendekatkan sedikit bibirku ke telinga kanannya dan azan.

Perasaan sebak, sayu dan terharu. Aku tahan sehingga habis lafaz azan.

Allah. Tak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa gembira ini. Rasa syukur. Diberi peluang yang sangat berharga ini.

Aku kucup lagi wajah anakku. Meluahkan rasa sayang, rasa kasih dan cintaku kepadanya.

"Dah?" Tanya jururawat tadi.

Aku angguk.

Dia minta kembali anakku. Diletakkan didalam tempat bayi yang tertulis nama Amna disitu.

Aku pandang Amna yang sudah lena. Aku dekatinya. Sekali lagi aku mencium ubunnya. Tanda terima kasih yang tak terhingga.

"Baby girls dah boleh diiqamatkan." Kata jururawat tadi sambil menyerahkan bayi keduaku.

Aku ambil dan menciumnya. Wangi. Macam abangnya. Orang kata, bau bayi adalah bau syurga. Jika inilah bau syurga, Allah, masukkan isteriku, aku, anak-anak dan keturunan kami ke syurga-Mu.

"Allahuakhbar allahuakhbar." Air mataku sudah mengalir. Tak mampu aku tahan tapi aku teruskan juga iqamat hingga habis. Aku cium puteriku sekali lagi sebelum diserahkan kepada jururawat.

"Encik bolehlah tunggu diluar. Kami mahu uruskan apa yang perlu sebelum tolak Puan Amna ke bilik wad." Kata jururawat tadi selepas meletakkan puteriku ke tempatnya.

Aku angguk.

Aku ke Amna sebentar. Aku peluknya untuk melepaskan rasa syahdu dihatiku sebelum aku keluar.

Allah. Terima kasih.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now