ST 32

376 16 2
                                    

Perkara yang paling aku geruni telah berlaku. Amna berfikir.

Selepas seminggu dia duduk dengan mak untuk bertenang selepas keluar hospital, dia pulang dengan satu keputusan.

Dia menyerahkan segalanya kepadaku untuk pertimbangkan dengan syarat. Beri dia cuti sebagai isteri selama setahun.

Mulanya aku rasa lawak. Mana mungkin seorang isteri boleh bercuti. Bila dah bergelar isteri, selamanya isteri kecuali bercerai. Tapi melihat raut wajahnya, aku tahu, dia tak main-main.

Apa yang dia cuba sampaikan adalah penceraian. Dan sememangnya kuasa cerai ditanganku.

Apa yang mampu aku lakukan? Bila isteri aku begitu tegas dengan apa yang dia nak. Kalau aku tahan pun, dia pasti akan pergi. Tak mungkin aku boleh kurung dia. Makanya, aku setuju dengan syarat, dia duduk dirumah kami. Biar aku saja yang keluar.

Namun, aku terlalu rindukan dia. Masih belum terubat rindu yang tertanggung. Maka, aku minta tempoh seminggu. Seminggu untuk aku yakinkan dia. Aku cintakan dia. Hanya dia. Tiada insan lain yang ada dihatiku. Hanya Amna Sofea.

Dan yang buat aku mengubah perjanjian kami adalah Amna masih mengandung. Malam sebelum aku keluar dari rumah, aku tidur dengannya. Aku dapat rasakan perutnya saat aku memeluknya. Masih keras. Masih berisi.

Seminggu ini, bukan hanya aku perlu yakinkan hati Amna. Tapi aku kena menyiapkan apa yang perlu. Untuk menjaga Amna sepanjang ketiadaanku.

Aku kenal Amna. Bila dia dah buat keputusan, dia takkan ubah.

Jadi, aku perlu cari seorang perempuan yang boleh selalu temankan Amna. Yang aku yakin dan percaya boleh menjaga Amna. Masa tu,  aku teringat Mak Limah. Terus saja aku menelefon mak dan menyatakan keadaan sekarang. Dan minta mak untuk bertanyakan Mak Limah. Sekiranya dia boleh menolongku.

Alhamdulillah. Mak Limah setuju.

Click.

Aku pandang ke arah Amna yang baru keluar dari bilik air. Aku bangun dan memimpinnya berjalan ke katil.

"Apalah abi ni. Ibu boleh jalan sendiri la. Nak pimpin bagai." Kata Amna.

Aku nampak dia senyum. Bahagia.

"Ibu bahagia?" Tanyaku.

Dia angguk sambil memandang tepat ke mataku.

Aku senyum.

Sejak aku tumpukan perhatianku sepenuhnya kepadanya. Cuba menyakinkan dia yang aku cintakan dia. Melayannya dengan baik. Selayaknya seorang isteri. Sentiasa meluahkan rasa cinta, sayang, kasih dan rinduku kepadanya. Aku nampak Amna sentiasa tersenyum. Seri wajahnya juga lain. Dan dia buat aku rasa tak mahu meninggalkan dia.

Aku mahu berada disampingnya. Selalu. Rasa berat hati mahu meninggalkan dia. Walaupun untuk tempoh setahun. Tak. Aku tak mampu nak berpisah dengannya walaupun sesaat. Aku ke tempat kerja pun, aku akan sentiasa menelefon atau video call bila aku ada kelapangan.

"Abi buat ibu rasa tak nak pisah dengan abi." Kata Amna sambil meletakkan kedua tangannya tergantung dileherku.

Amna yang manja. Makin terserlah kemanjaannya kini.  Tak pasti sama ada pembawakan budak atau sememangnya itu cara Amna bercinta.

"Jangan biarkan abi pergi." Balasku.

Amna memberiku sebuah kucupan pantas dibibirku sebelum dia meleraikan tangannya dan dia baring dipehaku pula. Dia ambil tanganku. Diusap dan dikucupnya berkali-kali.

"Tak, abi. Ini untuk kita. Untuk abi. Untuk ibu. Tempoh untuk kita kenal diri kita. Potensi diri kita. Ibu tahu, abi lambat pandang ibu sebab ibu tak ada kerjaya. Ibu looser. Duduk rumah dengan alasan jaga mak tapi sebenarnya pemalas. Kan?" Kata Amna.

Aku diam.

"Ibu nak kerja lepas kita nikah, abi tak bagi. Walaupun kerja dirumah. Ibu tak faham kenapa abi tak bagi sedangkan itu yang abi nak sebagai kriteria isteri abi." Sambung Amna.

"Sebab sebelum kita nikah, abi rasa seronok. Bila-bila abi boleh datang rumah ibu. Sebab ibu sentiasa ada dirumah. So, bila kita nikah, abi nak rasa tu lagi. Ibu sentiasa ada bila abi ada dirumah. Abi tak nak tunggu isteri balik kerja. Duduk sorang-sorang bila isteri bekerja. Abi dah bosan duduk sorang. Jadi, abi nak sentiasa ada isteri abi yang comel ni dengan abi." Balasku. Aku kucup ubunnya.

Senyuman Amna makin melebar saat aku mencium ubunnya.

"Setiap kali abi cium kat sini, ibu rasa selamat." Kata Amna sambil memegang tempat aku ciumnya.

Aku mencium ubunnya sekali lagi.

Amna ketawa. Dia kembali duduk dan terus merangkul leherku. Matanya bertentang dengan mataku. Senyumannya indah. Hanya untukku.

Dengan lirikan matanya yang menggoda, dia mencium bibirku pantas tapi berkali-kali.

"Ibu cintakan abi." Luah Amna untuk pertama kalinya sejak kami kenal.

Aku terpampam.

Selama ini, dia hanya akan mengaku dia sayangkan aku bila aku tanya. Tak pernah sekalipun dia menyatakan rasa cintanya begini.

"Abi cintakan ibu juga." Mujur aku cepat mengawal rasa terpegun aku itu dan membalas ungkapan cintanya.

Air mata Amna mengalir. Dia senyum dan ketawa kecil. Sekali lagi dia mencium bibirku. Kali ini, lama. Tapi aku hanya diamkan saja. Tak berniat membalasnya dan menghairahkan ciuman itu.

"Apa abi, kaku je." Kata Amna. Dahinya dilekatkan didahiku.

Aku ketawa. Memeluknya dan menbaringkannya dengan perlahan.

"Abi cintakan ibu bukan sebab seks tau. Tapi itu yang abi rasa sekarang ni. Abi nak ibu tahu tu." Kataku sambil menongkat tanganku menghadapnya.

"Ye ke ni?"

Aku angguk.

"Tapi bukan sebab cinta pun abi nikah dengan ibu." Balasnya.

Aku tarik nafas dalam. Aku lepaskannya kuat.

"Abi tak tahu kenapa abi nikah dengan ibu. Jujur. Tapi hati abi kata, ibu yang mampu bahagiakan abi. Alhamdulillah. Abi sentiasa bahagia dengan ibu. Tapi, abi gagal bahagiakan ibu." Balasku pula dengan seribu kekesalan.

Dia memelukku.

"Ibu bahagia dengan abi. Jujur. Sebab tu, ibu tamak. Ibu tak nak kongsi abi dengan sesiapa pun. Ibu lupa, kebahagiaan abi adalah dengan Iza." Airmatanya mengalir.

Aku geleng sambil menyapu air mata itu.

"Iza dah tak ada dalam hati abi. Hanya ibu. Tak mungkin ada yang lain lagi." Tegasku.

Dia senyum.

"Abi cuma rasa selesa dengan ibu. Iza masih disini." Balasnya sambil memegang dadaku.

Aku geleng.

"Tak ibu. Dalam hati ni, hanya ada ibu. Cinta abi hanya untuk ibu. Ibu yang abi rindu masa ibu lari duduk rumah mak dulu." Tegasku.

"Abi rindukan anak-anak kita. Bukan ibu." Sangkalnya.

Aku geleng.

"Tak. Abi rindu ibu. Senyuman ibu. Kemanjaan ibu. Ketawa ibu. Semua tentang ibu. Yang baik dan yang memeningkan kepala." Aku pertahankan hujahku.

"Jujurnya, masa Zafuan bagitahu dia on the way hantar ibu ke hospital. Doa abi, ibu selamat. Bila abi sampai, Zafuan kata baby dah tak ada, abi tak sedih sangat. Yang penting untuk abi, ibu. Ibu penting dalam hidup abi. Ibu ibarat nyawa abi." Luahku.

"Banyaknya abi cakap malam ni. Jomlah tidur." Katanya bersama senyuman manis tapi dari lirikan matanya, aku tahu, dia malu.

Amna memalingkan tubuhnya membelakangi aku. Dia merapatkan belakangnya ke tubuhku. Berbantalkan lenganku. Dan sebelah lagi tanganku diletakkan diperutnya.

"Terima kasih buat ibu bahagia." Ucapnya.

Aku menyelesakan baringku. Menyelesakan dia juga. Tapi kemudian, dia tukar posisi baringnya menghadap aku.

"Nak bau ketiak abi juga." Usikku.

Amna diam dan makin mengeratkan pelukannya.

Aku ketawa.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now