ST20

323 14 0
                                    

"Sah?" Tanya adik yang menikahkan aku dan Amna hari ini.

"Sah."

"Sah."

Kedua saksi mengesahkan lafaz kali kedua yang aku akad. Gemuruh buat aku kelu untuk menyebut nama penuh Amna. Alhamdulillah. Lancar untuk kali kedua.

Doa dibaca. Kemudian, aku dibawa masuk ke bilik mama untuk menunaikan solat sunat nikah. Amna sudah menunggu aku disejadah. Untuk aku imamkannya.

Usai solat jemaah, aku pusing ke belakang. Menghulurkan tanganku untuk disalam Amna. Dicium tanganku untuk pertama kalinya.

Gementar seluruh tubuhku bila saja Amna tunduk mencium tanganku. Dalam masa yang sama, satu perasaan indah masuk ke dalam hatiku.

Aku tak tahu perasaan apakah itu. Tapi, aku tahu, ianya sangat membahagiakan dan mendamaikan. Dan perasaan itu lebih indah dari cintaku kepada Iza.

Diatas sejadah itu juga, aku serahkan mas kahwinnya. Senaskah Al-Quran. Dan disitu juga, aku menyarungkan sebentuk cincin dijarinya. Degupan jantungku seperti aku tak pernah dekat dengan Amna sebelum ini. Umpama pertama kali aku bertemu dengannya. Sangat laju dan kuat. Orang sebelah, pasti boleh dengar.

Aku lihat Amna tunduk saja. Wajahnya tiada perasaan. Langsung tak sama apa yang aku rasa dan apa yang dia rasa. Aku rasa bahagia sedangkan dia nampak terpaksa. Cuma dia pandai kawal dengan senyuman.

Tapi, aku kenal senyuman tanpa gula itu.

Mula perasaan aku rasa tercabar.

Usai bergambar dengan ahli keluarga didalam bilik mama yang telah dihias indah seperti bilik pengantin serta ada pelamin mini buatan sendiri, Amna terus masuk ke dalam biliknya. Aku biarkan.

Aku keluar. Berjumpa dan beramah mesra dengan ahli keluarga baruku. Berkenalan dengan mereka. Aku jadi tahu kenapa Amna jenis cepat mesra. Keluarganya begitu. Mudah saja mereka menerimaku. Bersembang dan berbual pelbagai topik denganku.

"Faiz, pergilah rehat. Dah penat tu." Kata Mak Andak.

Aku angguk.

Sungguh, aku penat. Itu pun syukur cuaca tak panas. Tenang saja. Dan tak juga hujan. Angin pun bertiup elok. Seperti alam juga meraikan perkahwinan aku dan Amna.

Saat aku berdiri didepan bilik Amna, aku terdengar Amna menarik nafas dalam. Seperti hidungnya basah. Penuh dengan mukus. Aku cepat buka. Aku nampak dia mengesat air matanya. Dan kemudian dia terus bangun dan masuk ke dalam bilik air. Lama.

Blub blub.

Bunyi bubble dari telefon bimbit Amna. Aku ambil. Aku buka. Aku baca perbualan Amna dan seseorang yang namanya Faza. Tentang dia marahkan mama sebab tak bincang dengannya. Berkenaan perkahwinan kami. Dan tentang dia unfollow aku di Instagram sebab aku luahkan kata cinta kepada Iza.

Aku kerut dahi. Faza? Siapa Faza sampai Amna luahkan semuanya kepadanya. Faza?

Aku ingat. Zimi pernah cakap. Amna ada kawan baik bernama Faza. Tapi Faza dah jauh. Lantas, Aku baca perbualan mereka terdahulu. dan ianya menjadi semakin menarik. Aku scroll lagi atas dan atas. Tak banyak sangat pun mereka bersembang. Bukan hari-hari. Tak nampak macam kawan baik tapi isu yang mereka sembangkan besar. Soal hati dan perasaan.

Aku baring. Masih lagi membaca luahan perasaan Amna kepada Faza. Dan statement Amna yang paling menyentuh hatiku.

Amna jatuh cinta kepadaku sebelum kami match di Tinder lagi. Saat dia tengok profile aku lalu, dia dah tertarik kepadaku. Walaupun tiada gambar aku pun disitu.

Senangnya dia jatuh cinta kepadaku. Tarikan apakah ini? Aku sendiri tak pernah rasa apa yang dia rasa.

Cuma, aku memang selesa bersembang dengannya. Sentiasa rasa tenang. Hingga kini, walaupun dia sentiasa melawan dan ada masa menyakitkan hati, tapi, selesanya bersembang dengan dia tak sama macam dengan orang lain. Walaupun dengan Iza.

Tapi, taklah sampai jatuh hati.

Patutlah dia sentiasa ada bila aku online. Bila aku bosan mahukan teman untuk sembang. Dia sentiasa ada.

Teringat kata-katanya. Dia akan tunjukkan rasa cinta itu dengan perbuatan bukan perkataan.

Dan apa yang dia buat selama ni, betullah kerana dia cintakan aku. Bukan hanya perasaan aku saja. Ternyata, ianya benar. Dia memang cintakan aku walaupun dia nafikan banyak kali.

Tak.

Amna tak pernah menafikan yang dia sayangkan aku. Tapi, dia menolak aku kerana hati aku ada Iza. Kerana dia tak suka berkongsi.

Aku pandang Amna bila dia keluar dari bilik mandi. Menongkat kepalaku. Menelan air liurku bila melihat dia berkemban. Bukan tak pernah nampak. Tapi, bila dah halal ni, rasa tak sabar nak make love dengan Amna.

Rasa mahu saja aku terkamnya tika ini. Terutama bila dia hanya memakai baju tidur yang labuh tanpa seluar.

Dia duduk dihadapanku. Mengambil sikapnya. Menyisir rambutnya. Godaan apakah ini? Aku bangun. Mengambil sikat ditangannya. Aku sisir lembut.

"Jangan marahkan mama. Mama buat tu semua untuk kebaikan kita." Pujukku. Memulakan bicara antara kami.

Aku terus menyisir rambutnya. Meletakkannya ketepi. Aku ingin menghidu haruman tubuhnya.

"Hahaha..."

Terbantut seleraku bila Amna ketawa yang dibuat-buat. Sinis.

"I cakap betul."

Dan dia terus mengambil sikat ditanganku dan diletakkan kembali ke tempatnya. Dia mahu keluar. Aku halang.

Pakaiannya seperti ini hanya untuk aku. Hanya aku. Tiada orang lain boleh pandang dia begini. Hanya aku.

Kerana dia milik aku. Isteri aku.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now