ST 38

426 15 0
                                    

"Bang, tak nak buat report polis ke?" Tanya Aki. Adik Amna.

Aku diam. Masih membelek telefon bimbitku. Melihat Instagram.

"Bang. Takkan nak diam je. Kita kena cari. Anak-anak abang dengan arwah." Tegas Aki.

Aku berikan telefon bimbitku kepada Aki. Aku sambut dan melihat laman yang aku tunjukkn kepadanya.

"Ini anak-anak abang." Kata Aki.

"Baca caption kat bawah tu." Arahku.

"Adha dan Husna selamat sampai di Bandung, Indonesia. Berat nak tinggalkan abi tapi ini amanah ibu. Abi jaga diri elok-elok. Bila masa yang sesuai, Adha dan Husna ajak papa dan ayah jumpa abi." Baca Aki.

"Abang tahu tentang ni?" Tanya Aki kemudiannya selepas menyerahkan telefon bimbitku kembali.

Aku geleng.

"Tapi, takkan abang nak biarkan?" Tanya Aki.

"Abang tak tau. Ini amanah yang Amna dah bagi kepada Zimi dan Zafuan." Balasku.

"Zimi dan Zafuan?"

Aku angguk.

Hari pertama Zimi dan Zafuan datang melihat anak-anakku, Amna dah gelarkan mereka begitu. Papa Zafuan dan Ayah Zimi.

"Dah tu? Takkan abang nak biarkan? Anak-anak abang tu. Abang tak sayang diaroang ke?." Tanya Aki lagi.

"Siapa tak sayang anak, Aki? Terutama abang. Selepas hilang Amna, anak-anak yang abang ada. Aki ingat, abang tak terkejut ke? Balik dari kubur, cari anak. Tak ada. Hilang. Dalam masa sehari, abang hilang keluarga abang. Isteri dan anak-anak. Abang nak buat report polis, nak minta bantuan polis. Masa abang nak cari gambar dorang dalam Instagram dorang, abang jumpa benda ni. Terus abang tak terkata apa. Ini soal amanah." Ceritaku.

Teringat macam mana aku sasau mencari anak-anakku. Hilang isteri, dah tak boleh nak buat apa. Dia pergi kembali kepada Penciptanya. Tapi anak-anak?

"Dorang amanah Allah untuk abang. Mana lagi kuat? Amanah Allah atau Amna?" Balas Aki.

Aku diam.

"Abang tahu. Tapi pasti ada sebab semua ni terjadi. Abang faham Zimi dan Zafuan. Dorang takkan ikut amanah Amna ni kalau dorang tak yakin. Zimi takkan ikut amanah ni kalau dia tak rasa perlu. Mesti ada sebab semua ni." Kataku.

"Tapi bang..."

"Abang tahu. Abang nampak macam mengalah tapi abang pun sedar. Abang tak mampu nak jaga anak-anak abang sendirian. Abang tahu, Amna takut kalau abang abaikan anak-anak. Abang pun takut benda yang sama. Jadi, abang fikir. Biarlah. Mungkin ini yang terbaik. Tak bermakna abang abaikan dorang cuma biarlah dorang dibela oleh papa dan ayah dorang. Abang pantau dari jauh. Kalau abang rasa dorang tak mampu, abang janji, abang akan ambil hak abang kembali." Kataku lagi.

Aki angguk.

"Masalah sekarang ni, macam mana nak terangkan hal ni kat family kita? Especially parents abang dan mama. Dorang sangat risau. Sedih. Abang tak tahu. Buntu. Takkan nak cakap hal yang sebenar? Dorang mesti tak setuju. Dorang takkan faham apa yang abang fikir. Dorang takkan nak faham. Sebab benda ni ridiculous. Langsung tak masuk akal. Tapi, abang pun tak ada jawapan. Apa yang terbaik? Ambil mereka kembali? Itu logik. Itu yang sepatutnya. Tapi, boleh ke abang didik anak-anak abang macam yang Amna harapkan? Tapi, betul ke Zimi dan Zafuan boleh? Banyak benda abang nak fikir. Abang sampai kena ambil cuti. Nak tenangkan kepala otak ni. Tapi masih tak ada jawapan yang tepat. Siapa yang boleh bagi jawapan?" Tanyaku.

Aki menepuk bahuku.

*Adik tak ada jawapan. Istikharah bang. Tanya Allah. Minta pertolongan-Nya." Kata Aki.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now