ST12

366 12 0
                                    

"Untunglah dah tunang. Dahlah tak bagitahu. Tiba-tiba kenalkan tunang aja." Kataku saat aku dan Amna berjalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam.

Dia senyum. Aku nampak senyuman itu. Tak tahu nak tafsirkan. Bahagia? Atau terpaksa?

"Tiba-tiba je family dia hantar rombongan merisik. Pastu, mama terus terima. Terus bincang bila tarikh tunang dan nikah." Jawabnya.

Dia berjalan sambil menghayun tangannya ke depan ke belakang. Gaya seperti orang sedang senaman tapi sebenarnya kami sedang dating. Aku culik dia lepas Zimi balik. Tak dapat nak hantar dia.

Dari Plaza Alam Sentral ke Taman Tasik Shah Alam. Jadilah. Dari dia tolak mentah-mentah tadi. Ni kira okeylah ikut juga.

Takut sangat dengan mak dia. Aku pun hairan. Dia ni hidup zaman bila? Lelaki dan perempuan tak boleh keluar berdua. Ada lagi rupanya spesis macam ni. Ingatkan dah tak wujud.

"So, you?"

"Kenapa dengan I?"

"You terima? You kata you suka I. You kena paksa ke?"

Amna ketawa.

"Ada ke kena paksa. Taklah. I promise my mom. Whoever ask for me. Accept them. I have no objection." Balasnya setelah tawanya reda sedikit.

"Itu sebelum you jumpa I. Sekarang ni?"

"Sama je. Tak ada apa yang berubah. I akan terima siapa saja pilihan mama. Kalau mama terima maknanya mama berkenan dengan Zimi."

"But, you love me."

"Nope. I like you. Not love. My love is exclusively for my husband."

"Then, you love Zimi?"

"Not yet. But, once dia lafaz saja akad, I will devote my life to him. Love him. Care about him. Everything for him."

Aku diam seketika. Tak faham. Macam mana boleh nak kahwin tanpa cinta? Dan bukan kahwin paksa. Lepas tu, nak serahkan seluruh hidup dia untuk suami? Boleh ke? Tak. Wujud lagi manusia macam ni.

"You ni banyak baca novellah. Tengok drama melayu banyak sangat ni. Terlampau yakin dengan love after married. What if kalau you masih tak boleh cintakan dia lepas kahwin?" Balasku akhirnya.

"Kita ada Allah. Pemegang hati. Yang boleh membolak-balikkan hati. Doa dan terus berdoa. Usaha supaya cinta itu hadir. Berdoa dan berusaha supaya cinta itu dapat disemai, dibaja dan dinikmati keindahannya." Balas Amna semula.

Entah. Aku masih tak faham cara dia ni berfikir. Kalau aku disuruh kahwin dengan orang lain selain Iza, aku yakin takkan mampu mencintai isteri aku. Sebab cinta aku hanya untuk Iza.

Hanya Iza.

"Kenapa you nak perjudikan hidup you macam tu? Kenapa you tak nak fight dapatkan cinta I? The one you love. Then, we get married." Tanyaku.

Dia berhenti. Mengalihkan badannya menghadapku. Dia senyum.

"Kalau I fight untuk dapatkan cinta you, you rasa, akan berjaya tak?" Tanyanya pula.

"Tak try. Mana nak tau." Jawabku.

"Jujur you. Apa you rasa? Boleh you bagi? Boleh you lupakan Iza dan hanya cintakan I seorang?" Tanya lagi.

Aku diam.

"See? You sendiri pun tak nak berusaha untuk lupakan Iza. You sendiri tak boleh nak tinggalkan Iza untuk I. So, why should I korbankan semuanya untuk you? At least, I know Zimi do love me. And we are fighting together for our love." Kata Amna selepas aku diam tanpa jawapan.

"Okey. Let say. Not with me. With Zimi. Bercinta dulu. Kenal hati budi masing-masing. Lepas tu, kalau serasi, barulah kahwin." Cadangku.

"Kenapa nak menggalakkan maksiat kalau boleh dihindari?" Tanyanya.

"Bukan buat maksiat pun. Bukan suruh you pegang tangan, zina ke apa ke." Jawabku.

"Rindu. Cinta. Itu semua normal. Kita manusia. Tapi kalau dilayan rasa rindu dan cinta itu, dan tidak disalurkan ke jalan yang betul, itu maksiat. Maksiat hati. Hati yang merindui manusia, dan mencintai dunia. Dan ianya adalah nafsu." Dia diam kemudian. Tiba-tiba dia ketawa.

"Entah apa yang I merepek ni." Dia menggeleng kepalanya.

"Tak apalah. This is my way. Your way, keep it your way. I tak halang cara you. Dan you pun, tak payahlah kisah pasal cara I. I ni kuno sikit. Orang katalah. Tapi sebenarnya, I malaslah. Even you bercinta bagai nak rak pun, bila dah nikah, semua jadi lain. Bila dah tidur sebilik, baring sekatil, barulah kita akan faham perangai sebenar seseorang tu. And I malas nak lalui fasa kenal tu, dua kali. Buang masa. Nikah, lepas tu kenal." Sambungnya.

"What if dia tak macam yang you harapkan?" Tanyaku.

"What if dah bercinta bertahun-tahun, then nikah. Then, baru you realize. Dia bukan orang yang sesuai untuk you. Buang masa tak yang bertahun-tahun you bercinta tu? Dan takkan sebab dia bukan seperti yang I harapkan, nak bercerai. Suami isteri ni, menjadikan kekuatan kita untuk menutup kelemahan dia. Dan menutup kelemahan kita dengan kelebihan dia. Saling melindungi. Melengkapi. Paling hebat kalau boleh menjadikan kelemahan dia untuk nampak hebat." Jawab Amna panjang lebar.

Dari tadi pun, dia je yang bercakap. Aku hanya tanya.

Selalu pun macam ni. Dia dan idealogi yang entah apa-apa. Aku pun tak faham. Cara kami berbeza. Pemikiran kami selalu bercanggah.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now