ST 31

400 17 2
                                    

Aku membuka aplikasi Instagram. Melihat posting yang dibuat oleh account yang aku follow. Ada satu account yang selalu aku cari.

Adha Husna.

Aku tahu itu bukan akaun yang aku follow. Pastinya kerja Amna. Kerana hanya Amna boleh buka telefon bimbitku dan tiada siapa tahu id Instagram ku.

Tapi, aku suka. Bercerita tentang hari-hari si ibu yang sedang mengandung. Ibu bercakap dengan si anak yang berada didalam kandungannya. Kadang-kadang dibuat video. Tetapi selalunya hanyalah tulisan-tulisan yang senang untuk dibaca.

Dan satu yang pasti. Itu adalah Amna walaupun tidak ditunjukkan wajah.

Takkan aku tak kenal isteri sendiri. Suaranya. Cara dia bercakap. Sekeliling rumah kami. Aku tahu, itu dia.

Selalu bila membuka aplikasi Instagram, aku hanya akan melihat insta story. Tapi disebabkan Adha Husna, aku buka Instagram dan terus mencari akaun tersebut. Menunggu sekiranya ada post terkini.

Aku tarik nafas dalam. Tiada.

Pastinya tiada. Anak aku sudah tiada. Amna keguguran. Setelah lebih sebulan aku tak jumpa dengan isteri yang sedang merajuk, Bila aku balik ke rumah mak. Tapi, dia tiada.

Mak kata, dia belum bersedia nak jumpa aku lagi. Aku betul-betul hampa. Amna langsung tak nak dengar penjelasan aku. Tak pernah nak terima.

Semua sebab Iza.

Dek kerana hampa tak dapat berjumpa dengan Amna, aku balik ke rumah kami pada hari yang sama setelah berehat seketika, melepaskan penat memandu dari Subang Skypark ke Melaka. Walaupun sudah lewat petang. Walaupun seketika, sempat juga mak dan abah membebel kepadaku sewaktu minum petang.

Semua sebab mereka tak puas hati dengan perangai aku. Bukannya aku tak tahu Amna berada disini. Melalui akaun Instagram Adha Husna, aku tahu, Amna di rumah mak. Malahan, aku dah minta pengesahan dari mak. Tapi, aku biarkan dia dulu.

Bukan tak ambil berat. Bukan tak rindu. Tapi...

Aku nak uruskan hal Iza dengan tenang. Lagipun, aku rasa, Amna selamat berada dirumah mak. Lebih selamat dari berada dirumah kami kerana aku khuatir, Iza akan datang dan menyerang Amna. Dengan keadaan Amna yang sedang mengandung, aku takut sesuatu terjadi kepada Amna. Tekanan emosinya paling aku mahu elakkan.

Aku memang tak tunggu lama, sebaik saja aku tahu Amna selamat, aku terus berjumpa dengan Iza. Menerangkan status diriku yang sudah beristeri. Dan bakal ada anak. Aku juga memberitahunya, Amna adalah isteri aku yang sah.

Tapi, Iza langsung tak nak percaya. Dia kata aku hanya bohong sebab masih marahkan dia. Aku tunjukkan kad nikah kami. Tapi, Iza anggap aku memalsukan kad nikah tersebut.

Hari-hari Iza telefon. Aku abaikan. Kemudian, dia datang ke rumah. Masih juga aku abaikan. Hampir 3 minggu keadaan itu berlangsung. Akhirnya, Iza diam.

Bila seminggu lebih dah berlalu tanpa Iza mengganggu hidupku dan aku pasti Iza sudah berputus asa, aku balik ke rumah mak. Aku mahu Amna kembali ke rumah kami. Kerana tempat dia adalah bersamaku. Dan aku rindukan dia. Sangat-sangat.

Tapi Amna bertindak nelarikan diri. Mujur balik ke rumah mama. Kerana itu, aku ingin segera pulang ke rumah. Berjumpa dengan kekasih hatiku.

Sebaik sampai dipintu rumahku, aku nampak titikan darah. Belum sempat aku masuk, telefon bimbit aku berbunyi. Zafuan menelefon. Memaklumkan yang dia membawa Amna ke hospital.

Jantung aku, bagaikan mahu gugur. Nyawa aku rasa terbang. Aku tak segera ke hospital. Keadaan aku tika itu, aku tak yakin untuk memandu. Aku masuk ke dalam rumah. Aku duduk. Bertenang. Tapi sebaik melihat tompokan darah di anak tangga, buat aku makin cemas.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Where stories live. Discover now