ST 29

347 17 1
                                    

"You, I ada benda nak bagitahu you ni." Kataku.

Aku pilih hari ini untuk memberitahu Amna tentang Iza. Aku tak nak Amna kecil hati andai dia tahu tentang kemunculan semula Iza bukan dari mulut aku sendiri. Lagipun, aku lihat hari ni dia ceria saja. Benda sensitif macam ni, elok dibincangkan bila kita dalam mood baik. Kan? Baru otak rasional sikit.

"Apa dia?" Tanya Amna.

Aku menariknya duduk dihadapanku. Bersila. Selesa.

Sambil tersenyum, dia memandangku dan mengangkat keningnga bertanyakan tentang hal yang aku ingin katakan.

"Iza contact I semula." Kataku.

Aku nampak perubahan wajahnya. Dan aku nampak macam mana dia cuba untuk senyum kembali seperti tadi. Aku nampak pedihnya dia untuk menerima perkara ini. Tapi dia tenang. Seakan dia sudah jangka ini yang terjadi.

"Alhamdulillah. Baguslah tu. Doa kita termakbul. Untuk Iza kembali kepada you." Katanya dengan suara yang cuba diceriakan.

Aku diam.

"Are you happy now?"

Aku diam. Ya. Aku bahagia bersama Amna.

"Mestilah you happy, kan? Apa punya soalan lah I tanya." Dan dia ketawa. Menutup rasa pilu dihati.

Ting!

Ada mesej bertalu masuk ke telefon bimbit Amna.

"Siapa?" Tanyaku.

"Zimi."

Aku tarik nafas dalam. Ini satu mahkluk yang tak faham. Amna milik aku. Kenapa perlu ganggu dia lagi? Tak boleh ke biarkan aku dan Amna bahagia? Tak payah nak menyibuk.

Aku tahu. Amna anggap Zimi sebagai kawan. Begitu juga Zimi dan Zafuan. Mereka hanya berkawan. Tapi, aku tak mampu nak tahan rasa cemburuku.

"Kalau I minta you delete nombor dia, boleh kan?" Pintaku.

"You are my husband. Of course boleh." Dan aku lihat sendiri dia mendelete nombor Zimi dengan selamba. Aku pinta juga dia unfollow Zimi di Instagram dan Facebook.

Amna hanya ikut tanpa bantahan. Amna sekarang memang jarang melawan kata-kataku. Kalau dia tak setuju pun, dia diam. Dan akan hanya cakap diwaktu yang lain.

Aku kagum dengan Amna. Dia sentiasa tahu macam mana nak buat hubungan kami aman dan tenteram. Dia sentiasa tahu macam mana nak buat aku rasa bahagia.

Kata-katanya yang minta aku buka sedikit ruang dihatiku untuknya, buat aku sedar perasaan sebenar aku kepadanya. Kerana permintaan itu, aku mula memahaminya. Dan aku mula sedar, aku tak pernah melayannya selayaknya seorang suami melayan isterinya. Dan kerana itu, aku kula mahu berubah.

Jika Iza ajar aku untuk bersabar, Amna ajar aku bagaimana mahu menerima kekurangan dan kelebihan seseorang. Amna ajar aku untuk mengawal amarahku. Amna ajar aku untuk meletakkan diri aku ditempat orang lain. Supaya aku faham setiap tindakan seseorang itu.

"Kita tak nak tukar panggilan kita ke?" Tanyaku. Aku rasa, ini adalah langkah permulaan untuk aku tunjukkan rasa sayang aku kepadanya.

"Contoh?"

"Abang sayang?"

Cadanganku itu menerima cebikan dari Amna.

"Mama papa?"

Dan akhirnya kami setuju untuk ibu dan abi.

"So, bila perancangan nak ambil Iza sebagai isteri?" Tanya Amna tiba-tiba.

"Tak ada plan apa-apa pun." Jawabku.

Sememangnya aku tak pernah ada rancang apa-apa dengan Iza. Sejak dia menghubungiku, aku tak pernah berjumpa dengannya. Langsung tak terlintas diminda aku untuk bertemu muka dengannya.

Salamku Untuk Kali Terakhir 2 ( Faiz )Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt