7

201 8 0
                                    

"Benda dah jadi Qar, Dadi nak Qar tunaikan janji tolong dia and after marriage treat her like a queen" arah Umar, Zaaef angguk faham
"Thanks Dadi sentiasa bagi Qar peluang untuk cari kebahagiaan sendiri" kata Zaaef
"Dadi ni lelaki, Dadi faham apa Qar rasa walaupun Dadi tak pernah lalui apa yang Qar lalui bila dengan Mami and kakak tapi Dadi tahu sakit" kata Umar
"Thanks Dadi, Qar janji Qar akan jaga Milea, sayang dia macam Qar sayang nyawa Qar sendiri dan bimbing dia" janji Zaaef
"Dah lah jom naik, Qar kena rehat esok nak bawak flight" ajak Umar, mereka terus naik ke atas

Keesokkan harinya tepat pukul 8 Milea sudah berada di depan pintu pagar
'Aku dekat bawah' messege Milea
'Tunggu jap aku turun' balas Zaaef. Zaaef terus turun ke bawah dan matanya tertumpu pada Umar, Iqmal, Izzham, Izziena dan Zahiriena yang sedang sarapan bersama
"Qar breakfast sekali" ajak Iqmal
"Umm sorry Milea dah ada dekat depan nanti Qar breakfast dengan dia je" tolak Zaaef
"Flight pukul berapa??" Soal Umar
"Pukul 11" jawab Zaaef
"Sempat, panggil Milea tu masuk breakfast sekali" arah Umar

"Mami?? Akak??" Soal Zaaef tak mahu timbul pergaduhan
"Dia orang bangun lewat tak apa panggil je pandai pandai lah Dadi cover kalau dia orang bangun awal" kata Umar
"Okay" Zaaef akur dan keluar
"Wey, masuk Dadi ajak breakfast sekali" kata Zaaef
"Tak apa lah" tolak Milea
"Cepat nanti Dadi terasa satu hal pulak, cepat lah" paksa Zaaef, Milea terpaksa akur dan keluar dari kereta

"Assalamualaikum Dadi" ucap Milea
"Waalaikumsalam, duduk breakfast sekali. Lama lagi flight Qar tu" kata Umar. Milea duduk dan mengambil makanan. Sedang mereka leka makan sambil bersembang tiba tiba Faiezah dan Zareana turun
"Morning" ucap mereka serentak, hampir tersembur makanan yang diamakan Zaaef. Zaaef memegang tangan Milea dan berbisik
"Diam je jangan cakap apa apa"
"Siapa ni??" Soal Faiezah
"Ni anak angkat I" jawab Umar
"Bila masa you ambik anak angkat??" Soal Faiezah pelik

"Anak Dadi yang tiga orang ni tak cukup ke??" Soal Zareana
"Suka hati Dadi lah, Dadi yang tanggung bukan suami kamu tu" kata Umar
"Ke perempuan madu I??" Soal Faiezah
"Mengarut lah you ni! Mimpi lagi ke apa??" Soal Umar
"Cakap je I tak marah pun" kata Faiezah
"You ingat kita baru kahwin semalam?? Dah 33 tahun ayat you tu dah masak untuk I" kata Umar
"Dadi kita orang gerak dulu lah" kata Zaaef sambil bangun dari kerusi

Tiba tiba Faiezah menghalang laluan Zaaef, Zaaef memegang tangan Milea dan menolak Milea ke belakangnya
"Qar cancel flight hari ni for Mami please prince" pujuk Faiezah
"Kenapa?? Qar mana boleh cancel flight last minute macam ni" kata Zaaef sambil
"Mami tak sihat lah, Qar teman Mami pergi hospital please" rayu Faiezah
"I'm sorry, Mami pergi dengan Riena lah" cadang Zaaef
"I want you" pujuk Faiezah lagi

"Okay, Qar cancel flight" kata Zaaef , terkejut Umar, Iqmal dan Zahiriena
"Thanks my dear, Mami naik atas kejap nak siap. Kakak jom" kata Faiezah. Zareana membontoti Faiezah ke atas.
"Kunci kereta kau" minta Zaaef
"Buat apa??" Soal Milea
"Cepat lah!!" Tegas Zaaef lagi, Milea menyerahkan kunci kereta pada Zaaef
"Riena hantar kereta kak Milea dekat location abg bagi nanti" arah Zaaef
"Dadi kita orang gi dulu" kata Zaaef
"Hah ye lah, cepat keluar!! hati hati safe flight" kata Umar. Selepas bersalaman dan mencapai beg Zaaef dan Milea terus keluar dari rumah

"Masuk kereta aku cepat!" Arah Zaaef
"Tapi kereta aku" kata Milea
"Masuk je!!" Tegas Zaaef sambil menarik tangan Milea masuk ke dalam kereta dan terus memandu ke Airport
"Mana Qar??" Soal Faiezah yang baru turun
"Dia dah gi kerja" kata Umar. Faiezah geram dan terus naik semula ke atas

Dalam perjalanan Milea bersuara
"Kenapa kau tak hantar Mami pergi hospital??" Soal Milea
"Dia tipu, sebenarnya dia nak aku jumpa dengan anak kawan dia" kata Zaaef
"Mana tahu dia betul betul sakit" kata Milea
"Dia kalau sakit tak nak pergi hospital, dia sanggup tahan sakit dari jejak kaki gi hospital" kata Zaaef
"Selalu ke kau buat macam tu??" Soal Milea
"Setiap kali dia suruh aku jumpa anak kawan dia, kadang kadang aku jumpa jugak anak kawan dia tapi aku bawak Tawfeeq and belakon macam kita orang ni gay so perempuan tu tak nak lah kahwin dengan aku" kata Zaaef

"Ke kau memang gay??" Soal Milea
"Eh elok sikit, aku tahu mana baik mana tak lah" kata Zaaef
"Apasal bibir kau??" Soal Milea
"Ouh aku kena tumbuk dengan Tawfeeq semalam" kata Zaaef
"Kenapa??" Soal Milea
"Aku goda dia" kata Zaaef, Milea menjauhkan sedikit dirinya daripada Zaaef
"Hahahahaha!! Relax lah aku gurau je, aku terkejut kan dia semalam" kata Zaaef
"Betul??" Soal Milea
"Nak aku bersumpah ke??" Soal Zaaef
"Tak payah lah" kata Milea

Tiba di Airport mereka duduk lepak di McCafe sementara menunggu flight Zaaef
"Ice chocolate satu" pinta Milea
"Iman kau nak apa??" Soal Milea
"Caramel latte" kata Zaaef, selesai order Milea datang ke meja Zaaef dan menyerahkan coffee padanya
"Thanks" ucap Zaaef
"Ice chocolate??" Soal Zaaef, Milea angguk
"Kenapa kau minat sangat ice chocolate??" Soal Zaaef
"Entah" kata Milea
"Aku nak minta maaf dekat kau sebab aku marah kau hari tu" kata Zaaef

"Ala tak apa salah aku juga sebab jalan pandang phone" kata Milea
"Sebenarnya masa kita terlanggar dekat Perth tu aku lari dari Tawfeeq" kata Zaaef
"Sebab??" Soal Milea
"Aku sengaja habiskan makanan dia" kata Zaaef
"Sengaja eh??" Soal Milea
"Haah, sorry lah" kata Zaaef
"Ala benda dh lepas" kata Milea. Leka bersembang Zaaef tersedar jam pukul 10:20 tiba masanya untuk dia ke belepas

"Dah pukul 10:20 dh aku kena masuk belepas" kata Zaaef sambil mencapai begnya
"Jom lah aku hantar kau dekat pintu" kata Milea, Zaaef angguk. Tiba di pintu belepas, Zaaef ditegur seseorang
"Hi Zaaef"
"Hi Akila" sapa Zaaef kembali
"Kita satu flight to Tokyo" kata Akila
"Yup I know that" kata Zaaef
"Siapa ni??" Soal Akila
"Ouh kenalkan this is my fiance, Milea" kata Zaaef
"Hi" ucap Milea
"Hi"
"Bila you tunang??" Soal Akila
"Baru je semalam" kata Zaaef

"Semalam?? Kenapa tak ajak I??" Soal Akila
"Family je" jawab Zaaef
"Anak dato mana??" Soal Akila
"Orang biasa je, bukan anak dato atau anak orang kaya" kata Zaaef
"Bagi pula Mami you??" Soal Akila, Zaaef hanya senyum
"Eh jom lah" ajak Akila
"You gerak lah dulu, I nak sweet kejap" kata Zaaef, Akila senyum. Zaaef menghadap Milea
"Mak punya opration 4 hari lagi, nanti aku balik kau ambik aku kita terus gi hospital" kata Zaaef
"Kau tak penat ke??" Soal Milea
"Tak apa, ni bawak kereta aku elok elok, jangan ada calar sikit pun, aku tengok ada calar aku potong jari kau" ugut Zaaef
"Potong lah" ugut Milea

"Pandai dh kau eh" kata Zaaef, Milea tersenyum
"Aku gerak dulu, apa apa call je aku, Insyaallah kalau emergency aku try balik" kata Zaaef, Milea angguk
"Jaga diri baik baik, pastikan apa apa berita pasal mak, adik adik atau apa apa jadi dekat kau bagitahu aku, update aku setiap hari faham?? Kau jumpa siapa, kau pergi mana bagitahu aku" pesan Zaaef
"Kalau aku jumpa client pun??" Soal Milea
"Ye! Ni satu lagi, kalau Mami atau kakak aku jumpa kau tak payah pergi sebab bahaya dan terus bagitahu aku cepat cepat" pesan Zaaef
"Buat apa Mami nak jumpa aku??" Soal Milea

"Aku kenal Mami aku tu, yang Akila tu mata mata dia tau, aku yakin dia bagitahu Mami punya faham tak aku cakap ni??" Soal Zaaef
"Ye aku faham" kata Milea
"Last, kereta aku tu kau pakailah 3 hari ni" kata Zaaef
"Kereta aku??" Soal Milea
"Kereta kau aku mintak Riena jaga, nanti aku balik kita ambik" kata Zaaef
"Okay, kau pergilah cepat tadi cakap lambat" kata Milea
"Aku gerak dulu lah, ingat pesan aku" kata Zaaef
"Ye" kata Milea sambil menolak Zaaef










Banyak betul pesanan Zaaef risau betul 😆😆
Stay tune for part 8 🤗🤗

Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Kde žijí příběhy. Začni objevovat