27

165 6 0
                                    

Tiba Zaaef di hospital, semua nursenya sedang bersiap menantikan ketibaan ambulans
"Hi doktor" ucap nurse dan pembantu doktornya
"Hi semua, so apa kita ada hari ni??" Soal Zaaef
"Wanita, 57 tahun, darah tinggi colaps dekat rumah" kata seorang nurse
"Okay Ramy boleh take over??" Soal Zaaef, Ramy sebagai doktor angguk
"Next??" Soal Zaaef
"Remaja, 16 dan 15 tahun, jatuh tangga sekolah, bergaduh" kata nurse
"Okay saya take over" kata Zaaef, tiba ambulans mereka uruskan dengan tenang dan baik

Selepas 4 jam menguruskan remaja yang retak kaki dan tangan. Zaaef baru mahu duduk, matanya tertumpu pada Milea bersama Airis yang berjalan mendekatinya. Zaaef terus berlari mendapatkan mereka, risau
"Sayang okay?!" Soal Zaaef sambil memeriksa seluruh tubuh Milea dan Airis
"Sayang okay lah" kata Milea sambil tersenyum
"Dah tu buat apa dekat sini??" Soal Zaaef
"Saja melawat Bie" kata Milea
"Betul betullah sayang" kata Zaaef, betul betul risau
"Boleh sembang dengan bie kejap??" Soal Milea tiba tiba serius, Zaaef terus menarik tangan Milea ke kerusi berdekatan

"Kenapa??" Soal Zaaef lembut
"Tadi sayang jumpa doktor" kata Milea
"Kenapa?? Sayang tak sihat, Airis demam ke" soal Zaaef sambil meletakkan tangan di dahi Airis
"Tak, relax bagi sayang cerita sampai habis boleh??" Pinta Milea, Zaaef angguk
"Tadi sayang jumpa doktor, sayang tanya pasal" kata Milea, tiba tiba
"Doktor Zaaef!! Emergency!!" Jerit seorang nurse
"Sayang balik lah, nanti cerita dekat rumah. Tak pun nanti Bie call sayang. Sorry sayang" kata Zaaef dan melepaskan ciuman di dahi Milea dan Airis. Kemudian dia terus berlari meninggalkan Milea dan Airis

Milea hanya tersenyum dan terus bangun berjalan ke kaunter emergency
"Ye boleh saya bantu??" Soal perempuan di kaunter
"Tolong bagi ni dekat doktor Asyqar Zaaef" pinta Milea sambil menyerahkan makanan untuk Zaaef
"Puan siapa ye??" Soal perempuan itu
"Saya isteri dia" kata Milea sambil tersenyum
"Baik nanti saya sampaikan" kata perempuan itu
"Terima kasih" ucap Milea, perempuan itu hanya tersenyum. Milea terus berjalan ke kereta

***

Milea melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 3 pagi, Zaaef masih belum balik dan Milea tak dapat apa apa panggilan dari Zaaef. Lama menunggu akhirnya Milea tertidur bersama Airis

Zaaef tiba di rumah tepat pukul 6 pagi, Zaaef terus masuk ke bilik dan membersihkan diri dan bajunya yang berdarah. Kemudian Zaaef perasan Airis di sebelah Milea. Zaaef terus baring di sebelah Milea dan memeluknya dari belakang. Milea tersedar dan terus pusing menghadap Zaaef dan memeluknya

"Pukul berapa dah??" Soal Milea dengan mata yang masih tertutup
"Pukul 6:20" kata Zaaef
"Bie penat??" Soal Milea
"Sikit" kata Zaaef
"Nak sayang urutkan??" Soal Milea
"Tak apa, Bie nak tidur ngantuk" kata Zaaef, Milea angguk dan memeluk erat Zaaef

Zaaef tersedar apabla Airis memukul mukanya. Zaaef terus mencapai phonenya
"Pukul 11 dah" kata Zaaef. Zaaef terus mendukung Airis dan meletakkan di atas badannya
"Mama mana sayang??" Soal Zaaef, Airis hanya bermain dengan muka Zaaef
"Bie dah bangun" kata Milea, Zaaef hanya senyum
"Kenapa sayang tak kejut Bie??" Soal Zaaef
"Bie off kan, sayang biarlah bie rehat" Kata Milea
"Semalam sayang nak cakap apa??" Soal Zaaef sambil duduk menghadap Milea

"Ouh pasal tu. Semalam lepas bie pergi kerja, mak bagitahu sayang yang bie tengah cari ibu susuan untuk Airis" kata Milea, Zaaef angguk
"So sayang pergi hospital semalam jumpa doktor, nak tanya pasal ibu susuan. Doktor cakap sayang boleh jadi ibu susuan Airis tapi banyak proses nak kena lalui" kata Milea
"Sayang serius ke??" Soal Zaaef, Milea angguk laju
"Sayang tak nak ada pemisah antara bie dengan Airis dan Airis dengan adik dia nanti" kata Milea, Zaaef hanya diam tak bersuara
"Bie tak setuju??" Soal Milea

"Tak bukan Bie tak setuju, bie happy cuma proses tu tak senang. Bie risau" kata Zaaef
"Dia tak perlu any operation kan??" Soal Milea, Zaaef geleng
"Just makan ubat je" kata Zaaef
"Sayang okay, doktor dah cerita kesan sepanjang proses semua, sayang ready but bie kena always dengan sayang lah" kata Milea, baru terukir senyuman di wajah Zaaef
"Okay" kata Zaaef

Selepas makan tengah hari, Zaaef duduk di ruang tamu bersama Airis. Tiba tiba Milea duduk di sebelah Zaaef
"Bie jom jumpa mami" ajak Milea, Zaaef terus merenung Milea
"Are you serious?!" Soal Zaaef, Milea angguk
"Riena call sayang tadi masa Bie tidur. Mami rindu bie and bie pun tak jumpa Riena, Izzham dengan Izziena lagi kan??" Soal Milea Zaaef angguk
"Kita bawak Airis jumpa nenek dia" kata Milea
"Hari ni??" Soal Zaaef
"Esok Bie dah start kerja balik" kata Milea. Zaaef hanya angguk dalam risau

Selepas bersiap mereka tunggu Mirza balik untuk menemani Latifah
"Jaga mak, jangan main game je" pesan Milea
"Ye, apa apa call" kata Mirza
"Mak kita orang pergi dulu ye" kata Zaaef dan bersalaman dengan Latifah
"Bawak kereta elok elok" pesan Latifah, Zaaef angguk. Zaaef terus memandu ke rumah Umar. Tiba di depan rumah Zaaef tak sedap hati, Milea sedar riak wajah Zaaef terus memegang tangan Zaaef
"We'll gonna be fine" kata milea, Zaaef hanya tersenyum kelat

Keluar dari kereta, mereka disambut oleh Zahiriena dan anak buah mereka
"Abang sihat??" Soal Zahiriena dalam pelukkan Zaaef, mata Zahiriena tertumpu pada Airis yang didukung Milea
"Ni ke anak abang Tawfeeq??" Soal Zahiriena, Milea angguk, Zahiriena tersenyum dan terus mengusap pipi Airis
"Comelnya, mata dia biru. Mesti ikut mak dia kan" kata Zahiriena, Milea angguk
"Jom masuk, abang Iqmal dengan Dadi pun ada" kata Zahiriena, lega hati Zaaef

"Assalamualaikum" ucap Zaaef
"Waalaikumsalam, cucu atok" Umar terus mendukung Airis
"Anak mami" Faiezah terus memeluk Zaaef dan menjeling Milea
"Mana Qar pergi 5 tahun ni??" Soal Faiezah
"Qar sambung belajar" kata Zaaef
"You tengok cucu you ni, mata dia biru" kata Umar
"Dia bukan cucu I lah! Kenapa Qar ambik budak tu?? Bagilah dekat keluarga budak kampung tu" kat Faiezah

"Arwah Tawfeeq tak ada family" kata Zaaef
"Hantar dekat rumah anak yatimlah sayang mami, tak payah buang duit nak jaga budak tu nanti bawak malang, tu betina tu pun dah bawak malang dekat sayang mami ni" kata Faiezah sambil mengusap muka Zaaef










🤬🤬 AMBOI SEDAPNYA CAKAP!!!

Stay tune for part 28 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now