22

203 7 0
                                    

Selama 5 tahun dia message Zaaef dia tak pernah dapat apa apa balas dari Zaaef, blue tick pun tidak pernah dapat tetapi keajaiban terjadi pada Milea di hari ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
"Waalaikumsalam Baby. Happy fifth anniversary too. I'm so sorry for leave you. I will back as soon as possible. I love you too and I miss you too baby"

Jantung Milea bagai mahu pecah melihat messegenya dibalas Zaaef. Tetapi perbualan mereka hanya berhenti disitu dan itu adalah hadiah anniversary yang akan Milea ingat sampai bila bila.

***

Seminggu selepas itu, Umar dan Iqmal yang sedang leka menyipkan kerja, Zaaef tiba tiba muncul di depan mereka bersama baby dalam pelukkannya. Iqmal yang tak menunggu terlalu lama terus memeluk adik iparnya dan diikuti Umar, rindu tak terkata lagi. Puas berpeluk, Zaaef duduk di sofa
"Anak siapa ni??" Soal Umar
"Kau jangan buat hal Qar, Milea setia gila dekat kau" kata Iqmal
"Qar tak akan curang dengan Milea sedangkan dia setia dengan Qar" kata Zaaef
"Dah tu ni anak siapa??" Soal Iqmal. Belum sempat Zaaef menjawab tiba tiba Mirza dan Miraz merempuh masuk

"Sampai hati abang" kata Mirza dan terus keluar dari bilik
"Miraz tak sangka" kata Miraz lalu mengikut Mirza. Zaaef terus memberikan baby itu kepada Iqmal dan mengejar Mirza dan Miraz
"Mirza! Miraz!!" Panggil Zaaef dan terus mencapai tangan mereka
"Lepaslah!!" Rentap Mirza
"Abang explain semua dekat korang, please dengar dulu" rayu Zaaef
"Kakak kita orang macam orang gila tunggu kau!! Kau buat macam ni dekat kakak aku!!" Marah Miraz
"Please abang merayu, dengar dulu abang cerita apa yang jadi sebenarnya, please" rayu Zaaef bersungguh sungguh, Mirza dan Miraz akur

Tiba di bilik Umar, baby yang dipegang Iqmal sedang menangis, Zaaef terus mengambil baby tersebut dan memujuknya. Selepas baby itu tenang Zaaef mula bercerita

Throwback...
"Mak, Iman nak bagitahu sesuatu ni" kata Zaaef
"Apa dia??" Soal Latifah
"Iman pergi lama. Iman minta maaf sebab Iman tinggalkan Milea, mak dengan adik adik terlalu awal" kata Zaaef
"Kamu pergi berkerja kan, tak ada apa apa lah. Cukup kamu tak lupa tanggungjawab kamu dekat Milea" kata Latifah
"Iman tak pergi untuk berkerja mak, Iman sambung belajar" kata Zaaef
"Sambung belajar??"

"Haah mak, Iman sambung balik pelajaran yang Iman tinggal dulu. Ye lah nak jadi pilot kan" kata Zaaef
"Kamu belajar apa??" Soal Latifah
"Medical mak" kata Zaaef
"Kamu boleh jadi doktor lah ni??" Soal Latifah
"Haah, Iman anggarkan dalam 5 tahun Iman belajar termasuk dengan berkhidmat semua. Jadi nanti balik sini Iman dah boleh terus kerja" kata Zaaef
"Pergi jelah, Mak tak ada hak nak halang kamu. Ye lah kamu nak belajar bukan nak buat benda pelik" kata Latifah

"Tapi Iman tinggalkan Milea awal sangat mak, tak sampai seminggu kita orang kahwin, Qar dah tinggalkan dia lama macam ni" kata Zaaef, rasa bersalah
"Tak apa itu memang bahagian dia. Allah dah tetapkan macam ni perkahwinan korang. Mana tahu lepas Iman balik sini hubungan korang lebih baik ke" kata Latifah
"Mak tak marah??" Soal Zaaef
"Kenapa mak nak marah??" Soal Latifah
"Ye lah tinggalkan anak mak"
"Kamu tinggalkan dia pergi belajar, bukan curang dengan dia" kata Latifah sambil tersenyum

"Iman janji, Iman akan bagi mak surat. Tapi mak janji dengan Iman jangan bagitahu Milea atau adik adik sebab yang tahu Iman pergi belajar ni mak dengan Dadi je" kata Zaaef
"Kenapa tak bagitahu dia??" Soal Latifah
"Iman takut tak sanggup mak, Mak pun tahu Iman ni lemah dengar Milea tu sedih" kata Zaaef
"Ye lah, mak janji" kata Latifah setuju
"Ni pasal keperluan rumah, ubat mak, yuran adik adik, belanja adik adik Iman tetap uruskan. So mak cuma jaga kesihatan mak je. Pasal duit tak payah risau. Iman akan bagi adik adik belanja, Iman akan bagi duit tiap bulan" kata Iman, Latifah angguk

***

Setiap bulan Zaaef dan Tawfeeq akan balik ke Malaysia untuk berjumpa dengan Latifah dan Umar tetapi tanpa pengetahuan yang lain.
"Abang Mirza mana ada kak" kata Miraz
"Dia pergi mana??" Soal Milea
"Entah baru je keluar naik motor" kata Miraz
"Mak yang minta dia keluar tadi beli barang, mana mak tahu kamu nak keluar. Kalau mak tahu mak tak suruh dia keluar" kata Latifah. Selepas Miraz dan Milea keluar, Zaaef dan Tawfeeq masuk ke dalam rumah
"Assalamualaikum" ucap Zaaef
"Ya Allah! Waalaikumsalam. Kenapa kurus menantu mak ni??" Soal Latifah
"Pelajar mak, ala yang penting Iman sihat kan" kata Zaaef, Latifah senyum

Mereka balik ke Malaysia selalunya hanya 3 hari sahaja untuk berjumpa dengan Latifah dan Umar kemudian menguruskan hal universiti Mirza dan Miraz. Selepas selesai semua mereka akan balik ke LA semula. Jadual itu berterusan sehingga 2 tahun
"Kita rest kejap lah, nanti kita keluar cari barang dapur" kata Tawfeeq
"Ye lah, aku pun penat gila ni" setuju Zaaef yang juga penat baru balik dari universiti. Selepas puas berehat, mereka keluar ke supermarket.

"Sorry" kata Tawfeeq apabila tersentuh tangan seorang perempuan yang juga mahu mengambil barang yang sama
"Is okay" kata perempuan itu dan kemudian terus meninggalkan Tawfeeq
"Hi Eliesha" tegur Zaaef
"Hi Asy" balas Eliesha
"This is my friend, Feeq" kata Zaaef
"Hi" ucap Tawfeeq, Eliesha hanya senyum
"I got to go" kata Eliesha, Zaaef angguk

Eliesha seorang kristian tetapi dia mula minat dengan Islam selepas melihat Zaaef solat. Selepas Zaaef solat, Eliesha mesti akan duduk di sebelah Zaaef untuk menyoal macam macam soalan tentang Islam. Satu hari Tawfeeq dan Zaaef solat berjemaah dan Eliesha datang seperti biasa
"Please be my husband" kata Eliesha
"Hey, what wrong with you??" Soal Zaaef terkejut
"I want to be Islam and please marry me" pinta Eliesha, Zaaef dan Tawfeeq saling berpandangan
"I'm sorry, I'm married" kata Zaaef. Selepas kejadian itu, Eliesha tak mahu berjumpa dengan Zaaef lagi dan membuatkan Zaaef rasa bersalah










Zaaef tetap dengan janjinya pada Milea.. harap Eliesha boleh terima dan tak ganggu Zaaef 😌😌
Stay tune for part 23 🤗🤗
Sorry lately ni author sebok sikit.. sorry ye 🙏🏻🙏🏻

Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz