28

161 7 0
                                    

"Tak payah buang duit nak jaga budak tu nanti bawak malang, tu betina tu pun dah bawak malang dekat sayang mami ni" kata Faiezah sambil mengusap muka Zaaef, Zaaef terus menarik mukanya dan berjalan mengambil Airis dan menarik tangan Milea keluar dari rumah
"Qar nak pergi mana?!" Soal Zareana
"Qar datang dengan cara baik jumpa family Qar tapi yang Qar dapat cacian mami dekat isteri, anak dan sahabat Qar" kata Zaaef lembut cuba menahan amarahnya

"Apa salah ke mami cakap. Betul kan Milea" kata Faiezah sambil memandang Milea, Milea hanya diam di belakang Zaaef
"Sayang masuk kereta dulu bawak Airis" arah Zaaef, Milea angguk
"Mami, Qar mengharapkan selepas 5 tahun Qar hilang mami akan cuba terima isteri dan sahabat Qar. Tapi Qar salah, mami tak pernah nak cuba terima isteri dan sahabat Qar. Mami pun tak pernah setuju dengan apa keputusan Qar. Qar dah 30 tahun, tapi mami still layan Qar macam 3 tahun. I need my own life. Qar nak hidup Qar sendiri Qar cuma minta mami dengan kakak terima orang yang Qar pilih SENDIRI" kata Zaaef yang masih cuma tenang

"Mami dah uruskan pernikahan Qar dengan Akila 2 bulan lagi" kata Faiezah
"WHAT!!!" Terkejut Zaaef, Iqmal, Umar dan Zahiriena. Umar yang hanya duduk terus berjalan mendekati Zaaef
"Kenapa you suka buat keputusan yang bodoh?!!" Marah Umar
"Keputusan I selalu betul untuk anak I" kata Faiezah
"Mami tak pernah serik ke?!" Akhirnya Zaaef hilang sabar dengan Faiezah. Iqmal terus mendekati Zaaef dan mengusap belakangnya
"Akila yang terbaik untuk Zaaef bukan betina tu!!" Marah Zareana

"Boleh Qar kahwin dengan Akila tapi satu syarat!" Kata Zaaef
"Anything Mami dengan kakak akan buat untuk Qar" kata Zareana
"Hai pernikahan Qar, abang Iqmal dengan dadi pun kena kahwin dengan perempuan lain supaya mami dengan akak rasa apa yang Milea rasa" kata Zaaef dan terus memeluk Umar dan Iqmal dan meninggalkan mereka. Tiba dalam kereta Zaaef terus menangis semahunya dalam pelukkan Milea
"I'm sorry" kata Milea dan terus memandu ke taman tempat pertama kali mereka berkenalan

"Dekat mana ni??" Soal Zaaef
"Tempat pertama kita dating" kata Milea dan terus keluar dari kereta untuk membukakan pintu Zaaef
"Bila masa kita dating" soal Zaaef pelik
"Lepas bie bawak sayang jumpa papa, abang Iqmal dengan Riena" kata Milea sambil lap air mata Zaaef
"Now kita bawak baby kita jalan jalan tempat first dating mama dengan didi dia" kata Milea, Zaaef terus menolak stroller Airis sambil memegang tangan Milea
"Abang tak sempat bawak sayang pergi honeymoon, jalan jalan, sambut anniversary kita pun tak pernah" kata Zaaef
"It's okay sayang tak kisah pun, asalkan bie tak tinggalkan sayang macam dulu" kata Milea

"Mami dah uruskan pernikahan bie dengan Akila 2 bulan lagi" kata Zaaef, Milea terus memeluk Zaaef
"I believe in you, sayang tahu mesti ada jalan untuk kita" kata Milea
"Kenapa kita susah nak bahagia??" Soal Zaaef
"Hey, tak elok cakap macam tu. Mungkin kita banyak dugaan sekarang but one day kita akan bahagia, ada perkahwinan yang awal bahagia last berkahir dengan penceraian. Insyaallah, Allah akan bagi satu hadiah yang tak terkira untuk kita and now pun kita ada hadiah dari Allah" kata Milea, Zaaef memandang, tak faham
"Ni Eliesha Airis binti Tawfeeq Atiq" kata Milea, Zaaef tersenyum

"Sayang thanks for everthing" ucap Zaaef
"Thanks juga, kalau sayang tak setuju dengan syarat bie dulu, mungkin mak tak dapat di selamakan dan adik adik terpaksa berhenti belajar. Thanks sempurnakan family sayang" kata Milea sambil memeluk Zaaef
"Bie, ada makan tak makanan yang sayang bagi dekat bie semalam??" Soal Milea, Zaaef tiba tiba tersentap dengan soalan Milea

Throwback...
"Doktor Zaaef! Emergency!!" Panggil seorang nurse, Zaaef terus berlari masuk ke bilik kecemasan. Satu tubuh terbaring di lantai dan menggeletis dengan buih keluar dari mulut
"Intubation!!" Pinta Zaaef sambil menghulurkan tangan. Keadaan yang huru hara berubah tenang kembali selepas 3 minit pesakit tak bernafas
"Baru sampai ke patient tu??" Soal Zaaef
"Entah, masa saya tengah uruskan patient katil 4 tadi tiba tiba sorang masuk then terus pengsan" terang nurse, Zaaef hanya diam mendengar tiada apa respon

"Nanti cari maklumat pesakit tu ye" kata Zaaef, nurse hanya angguk. Zaaef terus berlari ke kerusi tempat dia bersembang dengan Milea dengan harapan Milea dan Airis masih di situ, tetapi tiada. Zaaef memusingkan badan semula ke pintu bilik kecemaasan tiba tiba aseseorang memanggilnya
"Doktor Zaaef! Ni isteri doktor bagi" kata nurse, Zaaef tersenyum
"Terima kasih" ucap Zaaef dan terus masuk ke dalam biliknya. Baru Zaaef mahu menyuapkan makanan ke dalam mulut, dia dipanggil lagi. Zaaef keluar dari bilik sambil membawa bekal makanan dan meletakkannya di atas kaunter

Pesakit kecemasan tak berhenti membanjiri bilik kecemasan, tiada sesiapa yang sempat menyuap apa apa makanan melainkan air sahaja. Tangisan, jeritan bunyi mesin kedengaran jelas membuatkan bilik kecemasan makin huru hara. Tepat jam 5 pagi bilik kecemasan mula tenang, hanya kedengaran tangisan budak dan bunyi mesin. 40 minit kemudian, akhirnya bilik kecemasan sunyi semula, tiada tangisan, jeritan dan bunyi mesin hanya pembersih yang ada sedang membersihkan darah di lantai.

Zaaef tersenyum apabila matanya tertumpu pada bekal makanan yang diberikan Milea
"Doktor nak makan ke bekal tu??" Soal salah seorang nurse, Zaaef angguk
"Sorry doktor, makanan doktor tadi, patient yang accident tu termasukkan tangan dia. So saya nak buang tadi, tapi teringat doktor nanti cari pula so saya tutup pakai kertas dengan salotip je" terang nurse, Zaaef hanya diam, kecewa
"Tak apa lah tak ada rezeki saya" kata Zaaef sambil tersenyum kelat
End Throwback...

"Sorry sayang" kata Zaaef
"It's okay, nanti sayang masakkan lagi. Bie nak makan apa??" Soal Milea
"Nak nasi goreng petai, udang sambal petai dengan masak lemak jering" kata Zaaef, Milea tersenyum
"Okay tapi nanti mesti Miraz bising" kata Milea
"Kenapa??" Soal Zaaef
"Dia tak makan" jawab Milea, Zaaef hanya angguk faham










Stay tune for part 29 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now