30

183 8 0
                                    

"Lain macam je sayang ni, sayang tak buang bie dalam laut kan??" Soal Zaaef risau
"Tengoklah mood sayang macam mana" kata Milea sambil tertawa perlahan

Mereka tiba di Avani Sepang Goldcoast Resort selepas sejam perjalanan dari hospital Zaaef
"Okay dah sampai" kata Milea, tiba tiba keadaan jadi sunyi selepas Milea keluar dari kereta
"Sayang?? Oo sayang!" Panggil Zaaef tiada nyahutan. Zaaef sudah memegang kain yang menutupi matanya bersedia untuk membukanya. Baru Zaaef mahu membuka ikatan Milea tiba terus memegang tangan Zaaef untuk berhenti.

"Sayang pergi mana??" Soal Zaaef
"Sorry ada hal dengan pembeli bie tadi" kat Milea dan terus memapah Zaaef keluar dari kereta
"Pembeli?!! Kita dekat mana ni sebenarnya?? Bie minta maaf tinggalkan sayang lama sangat, bie janji bie tak akan tinggalkan sayang, janganlah jual bie dekat siam!!" kata Zaaef risau Milea menutup mulut menahan tawa. Selepas mendengar pintu tertutup Milea membenarkan Zaaef membuka kain yang menutup matanya. Zaaef terdiam melihat bilik yang besar dan dihias cantik untuk pasangan honeymoon
"Where are we??" Soal Zaaef dengan mata yang melilau dan berkaca

"Somewhere" kata Milea sambil berjalan mendekati Zaaef yang masih blur
"Come here" ajak Milea sambil menarik tangan Zaaef ke balkoni. Milea berdiri di hadapan Zaaef dan menarik tangan Zaaef memeluknya
"Sayang tak jual bie kan??" Soal Zaaef
"Tak akan sayang sanggup jual cinta hati sayang ni" kata Milea sambil memegang erat tangan Zaaef yang sedang memeluk erat badannya
"We have been married for 5 years, tapi kita tak pernah sambut anniversary walaupun tahun pertama" kata Milea, wajah Zaaef berubah

"Hey, it's not your fault. Tahun kelima sepatutnya kita sambut sama sama tapi sayang rosakkan. I'm sorry, but now we have 4 days in here. Sayang nak bie take a rest before balik, nanti kena layan Airis and uncle uncle dia" kata Milea
"Thanks sayang" ucap Zaaef dan melepaskan ciuman di dahi Milea
"Sayang about majlis tu" Milea terus menutup mulut Zaaef dari terus bersuara
"Kita lupakan semuanya buat sementara ni boleh?? 4 hari ni just kita berdua je boleh??" Pinta Milea
"Okay, just for us" kata Zaaef, Milea tersenyum

***

Tak sampai seharian Milea dan Zaaef meluangkan masa bersama tiba tiba Zaaef mendapat panggilan dari Faiezah, Zaaaef terus menutup phonenya
"Siapa call??" Soal Milea
"Mami" jawab Zaaef
"Kenapa tak angkat??" Soal Milea
"Malam tadikan sayang cakap 4 hari ni lupakan segalanya hanya kita berdua je, lupa??" Soal Zaaef sambil mencubit hidung Milea
"Mana tahu emergency ke??" Kata Milea
"Kalau emergency dadi atau abang Iqmal yang akan call" kata Zaaef
"Call je lah balik, sian mami" kata Milea
"Sayang setuju ke dengan perkahwinan bie dengan Akila tu??" Soal Zaaef, Milea terdiam

"Sayang??" Panggil Zaaef selepas tiada jawapan
"Kalau itu takdir sayang bermadu, nak buat macam mana??" Kata Milea dengan senyuman
"Dengar sini, mati hidup semula pun bie tak akan kahwin dengan perempuan desperate tu. Bie dah janji bie tak akan menduakan sayang" kata Zaaef
"Tapi tak ada sesiapa pun boleh lawan jodoh kan" kata Milea sambil memeluk erat Zaaef. Zaaef hanya diam dan membalas pelukkan Milea

4 hari yang sangat bermakna buat Zaaef dan Milea. Hari ini Zaaef terpaksa masuk ke hospital selepas bercuti selama seminggu
"Morning" ucap Zaaef
"Morning doktor, wah berseri seri macam orang baru kahwin" kata Remy
"Dah macam macam lah awak" kata Zaaef, malu
"Incoming!!!" Jerit seorang nurse. Bermulalah hari untuk Zaaef dan anak buahnya

***

Seminggu lagi tarikh pernikahan Zaaef dan Akila yang ditetapkan oleh Faiezah. Sedang Milea leka melayan Airis, Faiezah dan Zareana tiba tiba muncul di depan pintu
"Mami, kakak masuklah dulu" jemput Milea lembut
"Tak payah!! Aku nak bagi tahu kau waktu pernikahan Qar nanti aku tak nak tengok muka kau!! Kalau aku nampak kau tahulah apa aku nak buat nanti" ugut Faiezah
"Mami nak buat apa dekat anak isteri Qar??" Soal Zaaef yang baru balik

"Qar, mana ada apa apa, Qar salah dengar kot" kata Faiezah, Zaaef terus melangkah mendekati Milea dan Airis
"Sayang didi" kata Zaaef sambil mencium Airis
"Hey, bie kotor cium anak pula" tegur Milea
"Kalau tak boleh cium Airis, cium mama dia lah" kata Zaaef dan terus melepaskan ciuman di pipi Milea. Faiezah dan Zareana meluat melihaat mereka
"Qar!" Panggil Zareana, Zaaef hanya memandang
"Nah ni baju untuk minggu depan" hulur Zareana
"Make sure jangan lambat ye" pesan Faiezah
"Kalau Qar tak nak datang" kata Zaaef
"Qar nak malukan mami lagi!!" Marah Faiezah

"Mami buat keputusan sendiri, mamilah yang kena tanggung" kata Zaaef, tiba tiba Milea mengambil baju dari Zareana
"Tak apa mami, Milea akan pastikan Qar datang tepat pada masanya" kata Milea, Zaaef terus memandang tepat Milea
"Bagus tapi make sure jangan pegang lama sangat tau baju tu nanti busuk and rosak pula. Berjuta baju tu tau. Kau bukannya mampu nak bayar balik kalau rosak. Okay lah kami balik dulu, jumpa minggu depan ye" kata Faiezah dan terus melangkah keluar dari kawasan rumah

"Sayang memang nak Bie kahwin??" Soal Zaaef, Milea tunduk dan angguk perlahan
"Bie balik sini sebab nak hidup bahagia dengan sayang dan Airis, dan Bie mengharapkan sayang bantu bie untuk mempertahankan perkahwinan ni sampai akhir hayat kita. Bie tak sangka sayang sendiri yang hancurkan perkahwinan kita" kata Zaaef jelas kecewa di wajahnya

"Lebih baik aku duduk sana sampai mati!!! Tak payah balik sini kalau ini yang kau buat!!!!" Tiba tiba Zaaef meninggikan suara dan terus berlalu pergi. Milea terduduk menangis sambil memeluk Airis. Latifah terus memeluk erat anaknya
"Betul apa kata Iman tu, patutnya kakak pertahankan rumah tangga kakak. Kenapa buat keputusan macam tu??" Soal Latifah selepas Milea mula tenang
"Kakak minta maaf mak" kata Milea dan terus naik ke atas sambil mendukung Airis dan membawa baju nikah Zaaef.

Selepas menyusukan Airis dan tidurkannya, Milea menunggu Zaaef balik sehingga terlelap di meja solek. Milea tersedar selepas terdengar bunyi pintu bilik air tertutup, Milea melihat jam yang menunjukkan pukul 4 pagi
"Bie nak air panas?? Sayang buatkan" Soal Milea lembut selepas Zaaef keluar dari bilik air tetapi tiada jawapan yang keluar. Zaaef terus mencapai baju, bersiap dan terus keluar dari bilik selepas melepaskan ciuman pada Airis. Milea menghantar Zaaef ke pintu dan menghulurkan tangan untuk salam tetapi tidak diendahkan Zaaef. Selepas Zaaef hilang dari pandangan Milea terus terduduk menangis semahunya.










Zaaef merajuk pula 😕😕

Stay tune for part 31 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora