35

203 6 0
                                    

Zaaef, Milea dan Airis tiba di KLIA tepat jam 3 petang. Driver sudah menunggu di ketibaan
"Tuan, puan!!" Panggil Driver, Zaaef terus menolak trolley mendekati driver
"Pak husin sihat??" Soal Zaaef sambil menyambut salam Husin
"Alhamdulillah, Tuan dengan Puan??" Soal Husin
"Alhamdulillah sihat" kata Milea
"Tuan nak balik rumah Tuan ke rumah Tan Sir??" Soal Husin selepas menyelesakan diri di tempat pemandu
"Pergi rumah dadi lah pak Husin" kata Milea, Zaaef hanya diam. Husin angguk dan terus memandu ke rumah Umar.

Tiba di rumah Umar, Husin terus ke bonet untuk mengangkat barang
"Tak payah bawa masuk pak Husin, letak je dekat kereta saya" kata Zaaef, Husin hanya akur. Zaaef melangkah masuk ke dalam rumah bersama Milea dan Airis
"Assalamualaikum" ucap Zaaef
"Waalaikumsalam, wah berseri seri orang baru balik honeymoon" kata Umar
"Dadi sihat??" Soal Zaaef sambil bersalaman dengan Umar
"Alhamdulillah" kata Umar
"Mami mana dadi??" Soal Zaaef

"Macam biasa" kata Umar, Zaaef hanya diam tahu sangat perangai maminya
"Milea dengan Airis macam mana?? Okay?? Best jalan jalan??" Soal Umar
"Best, terima kasih Dadi" ucap Milea, Umar hanya senyum
"Abang Iqmal dekat office ke dadi??" Soal Zaaef
"Tak lah, dekat atas tengah tidurkan budak budak. Kejap lagi turun lah" kata Umar
"Amboi mentang mentang honeymoon disponsor kutuk abang lah tu" kata Iqmal sambil menuruni anak tangga
"Kenapa Qar rasa macam tak ada apa apa jadi eh??" Soal Zaaef pelik keadaan rumah seperti biasa tak seperti dulu
"Apa yang nak jadi??" Soal Iqmal, pelik

"Mami dengan kakak tak mengamuk ke??" Soal Zaaef
"Lepas Qar lari hari tu, dia orang keluar pagi balik malam" kata Iqmal
"Protest lah tu" kata Umar. Zaaef hanya senyum
"Kita orang tak stay sini lah nak balik rumah tengok mak" kata Zaaef
"Lupa abang, rumah kosong tau. Mirza, Miraz dengan Riena bawa mak jalan jalan" kata Zaaef
"Pergi mana??" Soal Milea

"Sabah, baru je semalam pergi. InsyaAllah minggu depan balik" kata Iqmal
"Korang duduk je lah sini" kata Umar, Zaaef angguk
"Kalau macam tu, Milea masak lah" kata Milea
"Tak payah, pembantu rumah ada. Milea rehat je" kata Umar
"Tak apa dadi, lama dah tak memasak mengidam" kata Milea, Zaaef yang terkena morning sickness hanya diam.
"Sejak Milea mengandung dadi tak pernah tengok Milea muntah ke lembek ke" kata Umar, pelik
"Memanglah dadi, yang lembek, muntah semua Qar yang kena" kata Zaaef
"Patutlah, muka adik abang ni pucat semacam je" sakat Iqmal. Pecah tawa Umar dan Milea melihat Zaaef yang beremosi

Selesai memasak dan solat maghrib mereka makan bersama
"Bau apa ni sayang??" Soal Zaaef apabila tiba di meja makan
"Favorite bie lah, udang petai" kata Milea, Zaaef terus loya tekak
"Bluek!" Zaaef terus lari ke dapur
"Bie!" panggil Milea sambil mengejar Zaaef
"Aik tak pernah dia tolak petai ni" kata Iqmal
"Kena pembawakan budak macam tu lah" kata Umar
"Dia tak nak abang makan" kata Iqmal

Semasa makan malam, Faiezah dan Zareana balik dengan barang shopping penuh di tangan mereka
"Aik salam tak ada?? Usunglah syaitan tu masuk rumah" kata Umar apabila Faiezah san Zareana terus masuk ke rumah tanpa memberi salam. Mereka hanya mengabaikan Umar. Milea memapah Zaaef ke meja makan
"Qar!! Sayang mami!!" Milea terus melepaskan Zaaef dan membiarkan Faiezah memeluk Zaaef
"Busuknya mami ni" kata Zaaef sambil menutup mulut dan hidungnya
"Bluek!!" Zaaef terus lari semula ke dapur
"Qar!! Apa kau dah buat dekat anak aku hah!!!" Tiba tiba Faiezah naik angin

"Hey sudah!! Qar tu kena pembawakan budak, menantu awak tu kan mengandung" kata Umar
"Kalau kau tak mengandung adik aku tu tak macam tu lah!!" Marah Zareana
"Asyikin Zareana!! Jaga mulut tu!!!" Marah Iqmal, Faiezah terus melihat Zaaef di dapur
"Milea bawa makanan naik atas" kata Umar
"Milea tengok abang Iman kejap" kata Milea
"Pergi naik dulu, dadi pergi tengok. Mami ada dekat belakang tu" kata Umar, risau andai apa apa jadi pada Milea
"Iqmal tolong Milea bawa makanan naik atas" arah Umar
"Baik bos!" Kata Iqmal dan terus membantu Milea

"Dari you tolong budak tak ada asal usul tu baik you tolong I ni" kata Zareana
"You belikan?? Bawalah sendiri" kata Iqmal terus membawa dulang naik ke atas bersama Milea
"Mami pergilah! Perfume mami busuk lah" kata Zaaef yang tak berhenti muntah
"You kesian anak tu" kata Umar
"Perfume ni dia yang belikan untuk I" kata Faiezah tak puas hati
"You ni macam tak pernah mengandung pula. Dah pergi depan" arah Umar. Selepas Zaaef lege sikit Umar terus membawa Zaaef naik ke atas. Iqmal pula sudah 'mencekik'

Keesokkan harinya, selepas sarapan Zaaef duduk bersama Umar di laman
"Nah" Milea menghulurkan mangga
"Wah! Lama dah mengidam. Suapkan!" Pinta Zaaef, Milea hanya melayan
"Dadi ada something yang Qar nak bagitahu ni" kata Zaaef
"Apa dia??" Soal Umar
"Qar dengan Milea dah bincang, Qar nak jadi pilot balik" kata Zaaef
"Qar serius ke??" Soal Umar, Zaaef angguk

"Kalau itu keputusan korang, dadi tak kesah" kata Umar
"No!!" Tiba tiba Faiezah membantah
"Qar dah belajar lama lama nak tinggalkan macam tu je?!" Marah Faiezah
"Bukan you yang kerja, anak you yang kerja. Suka hati dia lah" kata Umar
"Dah tu apa kaitan perempuan ni!!" Soal Faiezah
"Dia isteri Qar. Apa sahaja keputusan Qar, Qar kena bincang dan dapatkan persetujuan Milea" kata Zaaef
"Tak ada mami cakap no means no!!!" Marah Faiezah dan terus meninggalkan mereka
"Biar mami tu, dadi setuju dengan keputusan Qar. Jadi je pilot dadi pun suka tengok Qar pakai uniform tu nampak smart" kata Umar, Zaaef tersenyum

***

Hari ke 5, Milea dan Zaaef duduk di rumah Umar
"Sayang jom lah ikut sekali" ajak Zaaef semasa Milea menyiapkannya
"Tak apalah, Bie pergilah dengan dadi. Bie pun dah lama tak naik kuda dengan dadi kan" kata Milea
"Sayang tinggal mami je tau dekat rumah ni, akak tak ada" kata Zaaef
"Ala, tak apa" kata Milea
"Sayang duduk dalam bilik je, jangan keluar sampai bie balik. Makanan nanti bie minta pembantu rumah hantar. Kalau dia orang tak hantar sayang makan je makanan yang bie simpan dalam almari tu" kata Zaaef, Milea hanya angguk malas nak mendengar Zaaef membebel lagi

Milea tertidur selepas menghantar Zaaef keluar. Lena dibuai mimpi Milea tersedar kerana terbau asap dan terasa bahang










😨😨😨

Stay tune for part 36 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now