25

182 8 2
                                    

"Didi minta maaf ye Airis sayang, Didi ingat mama terima Airis lepas Didi cerita benda yang sebenar. Tapi Didi silap, Airis kena teman Didi okay sentiasa jadi kekuatan untuk Didi okay" kata Zaaef pada Airis

Tiba di hospital, Zaaef disambut oleh pengarah hospital dengan baik
"Selamat Datang Dr. Asyqar Zaaef" ucap pengarah
"Terima kasih doktor"
"Dr. Hilan cakap awak pelajar terbaik, jadi saya yakin awak akan jadi doktor yang terbaik juga" kata Pengarah
"Insyaallah I will do my best" kata Zaaef
"Jom saya hantar awak ke department awak" ajak pengarah, Zaaef angguk. Tiba di bilik kecemasan bahagian yang dijaga oleh Zaaef

"Guys! Can I have you attention 1 minute please!" Pinta pengarah memandangkan bahagian kecemasan sedang tenang
"Kenalkan ni Dr. Asyqar Zaaef dia yang akan menjadi ketua bahagian kecemasan terbaru kamu semua" kata pengarah
"Hi, Assalamualaikum semua" ucap Zaaef
"Waalaikumsalam" balas mereka
"Make yourself at home Zaaef and good luck. Anything you can call me" kata pengarah, Zaaef angguk. Belum sempat Zaaef duduk mahu mengenali nurse dan doktor yang lain, bilik kecemasan dibanjiri 5 mangsa kemalangan.

Zaaef terlalu sibuk sehinggakan dia tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 5 petang, waktu dia kena menjemput Airis dari taska
"Allah, anak aku" kata Zaaef selepas melihat jam ditangannya, tiada pilihan dia terpaksa meminta bantuan Mirza. Mirza yang suka dengan budak setuju tanpa berfikir

***

"Doktor, doktor tak balik??" Soal seorang doktor
"Pukul berapa dah??" Soal Zaaef
"Dah pukul 2 pagi dah doktor"
"Ya Allah!! Terima kasih Rita" ucap Zaaef
"Ramy doktor, Rita tu siapa??" Soal Ramy
"Astafirullah, sorry sorry. Saya balik dulu ye" kata Zaaef, Ramy angguk sambil tersenyum. Zaaef memandu berhati hati balik ke rumah. Tiba di rumah Zaaef terus mencari Airis. Selepas memastikan Airis sudah tidur, Zaaef masuk ke bilik untuk melihat Milea pula

Zaaef mendekati Milea yang nyenyak tidur dan mengusap kepalanya
"I'm so sorry sayang, patutnya Bie baru balik kita spend time together tapi Bie kecewakan sayang, balik lewat macam ni. Bie nak cerita macam macam benda dengan sayang tapi sayang dah tidur tak apa Bie nak cerita juga sayang dengar dalam mimpi tau" kata Zaaef
"Masa Bie dekat LA setiap hari, setiap minit dan setiap saat Bie ingat dekat sayang. Sayang pun tau Bie hensem so ramai perempuan mengendeng dekat Bie tapi semua Bie tolak. Termasuklah mama Airis. Dia tertarik dengan Bie masa Bie solat dan dia kawan dengan Bie dan banyak tanya pasal islam. Dalam setahun lebih macam tu dia ajak Bie kahwin tapi Bie tolak then dia hilang" cerita Zaaef dengan air mata yang mula mengalir

"Bie rasa bersalah so Bie dengan Tawfeeq cari dia balik. Sebulan macam tu Tawfeeq jumpa dia dan Tawfeeq yang mula ajar dia pasal Islam. Setahun selepas tu dia orang kahwin. Lepas Tawfeeq kahwin, Bie balik Malaysia tak ada orang teman sunyi. 2 tahun macam tu masa Mirza dengan Miraz graduate dia orang teman Bie tengok Mirza dengan Miraz graduate then tiba tiba mama Airis nak beranak. Masa kelahiran Eliesha Airis hari tu cerah, panas tapi sejuk je rasa. Tawfeeq dan mama Airis happy sangat tengok Airis tapi kegembiraan tu sekejap. Tak sampai sejam selepas lahir Airis, mama Airis meninggal. Hari tiba tiba hujan lebat" akhirnya air mata Zaaef mengalir deras

"Tawfeeq masa tu kuat sangat tapi satu hari dia masuk bilik Bie bagi Bie satu business card dengan surat then dia cakap dia nak cari barang persiapan untuk Airis sebab kita orang nak bawa dia pergi LA. Masa tu dia tak bagi Bie ikut. Malam tu lewat, dia tak sampai sampai rumah. Bie call dia, dia cakap on the way balik. Tak sampai 15 minit Bie dapat call Tawfeeq terlibat dalam kemalangan melibatkan orang mabuk. Masa tu Bie hilang arah, Lepas urus jenazah Tawfeeq dan selesaikan hal Airis, Bie terus balik LA tanpa sesiapa tahu termasuk mak dengan Dadi" Zaaef masih menguatkan diri untuk mencerita segalanya pada Milea walaupun dia tahu Milea tak mendengarkannya

"Sampai LA, Bie untung dapat kenal orang yang baik dekat hospital sana. Dia orang banyak tolong Bie jaga Airis. 3 days before balik Malaysia Bie jumpa family mama Airis. Tapi dia orang tolak Airis siap ugut kalau Bie masih nak berikan Airis pada dia orang, dia orang akan jual Airis. Itu sebabnya Bie beranikan diri bawa Airis balik Malaysia dan ini permintaan terakhir Arwah Tawfeeq dan Eliesha, mama Airis untuk jaga Airis dan didik dia dengan agama yang cukup dan kasih sayang yang cukup" kata Zaaef

"Bie faham andai sayang perlukan masa, sebab tu Bie tak pernah paksa sayang untuk terima Bie dan Airis tapi Bie merayu sangat pada sayang. Jangan tinggalkan Bie lagi. Bie tak mampu dah. Sumpah Bie tak mampu" kata Zaaef dengan air mata deras. Tiba tiba terdengar tangisan Airis. Zaaef terus berlari ke bilik sebelah.

"Sayang Didi. Okay lapar ye kejap Didi buat susu okay" kata Zaaef lembut sambil menggelupur membuat susu. Walaupun sudah menjaga Airis hampir 3 minggu tetapi Zaaef masih lagi kekok untuk mandikan Airis, membuat susu dan menidurkan Airis. Kadang kadang Zaaef tertidur dahulu sebelum Airis, kadang kadang tertukar stokin dan sarung tangan dan kadang kadang pampers yang dipakai Airis juga terbalik.

"Masuk air dulu ke susu dulu eh??" Soal Zaaef
"Ke nak sejukkan air dulu??" Soalnya lagi
"Berapa banyak letak air eh??"
"Ya Allah! Benda yang sama je apasal aku tak ingat ni!" Geram Zaaef
"Susu nak letak 2 sudu ke 10 sudu eh?? Ke 5 sudu?? Ke 15?? Nak letak gula ke??" Soal Zaaef
"Susu dia yang mana satu eh?? Ni ke ni??" Soal Zaaef walaupun dua dua bekas yang dipegang adalah susu Airis
"Jap macam mana nak sejukkan air?? Nak masukkan botol susu dalam peti sejuk ke?? Arrh! Aku masukkan air je lah" Geram Zaaef
"Masuk susu dulu Bie"










😳😳

Stay tune for part 26 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now