38

181 4 0
                                    

Zaaef tiba di Autralia selepas sehari perjalanan dan 4 hari di Australia. Kemudian terus ke LA 2 hari perlajanan. Tiba di LA Zaaef terus ke hotel membersihkan diri kemudian ke Universitinya dahulu

*tulisan ni bercakap dalam bahasa inggeris (author punya BI hancus)*
"Asy??" Tegur seseorang, Zaaef memandang ke arah suara yang memanggil
"Prof Chris" Zaaef terus bersalaman dengan lecturernya
"Awak buat apa dekat sini?? Bukan awak dah balik Malaysia??" Soal Chris
"Betul, saya ada kerja" kata Zaaef
"Kerja di hospital mana??" Soal Chris
"Tak, saya dah berhenti jadi doktor. Sekarang saya jadi pilot semula" kata Zaaef
"Ruginya awak dan Feq pelajar terbaik" kata Chris, Zaaef hanya senyum

"Feq meninggal seminggu sebelum kami tamat prektikal" kata Zaaef
"Saya minta maaf, kalau awak tak kisah, dia meninggal sebab apa??" Soal Chris
"Kemalangan di Malaysia" kata Zaaef, Chris mengusap belakang Zaaef
"Takziah ye" kata Chris. Selepas bersembang kosong Chris minta diri kerana ada kelas dan Zaaef pula saja jalan jalan di kawasan universiti dan ke tempat dia, Tawfeeq dan Eliesha lepak dahulu
"Feq, Elie aku datang sini balik sorang je. Sedar tak sedar hampir setahun korang pergi, tempat ni pun tak banyak berubah. Airis Alhamdulillah sihat, dia membesar dengan baik dan bijak macam korang. Sekarang umur dia dah 11 bulan, dah pandai menyiarap. Pernah sekali tu aku terlepas pandang jauh dia pergi" kata Zaaef dalam hati dengan air mata yang mula mengalir

"Airis ada adik, Alhamdulillah aku dapat anak kembar lelaki. Aku namakan dia Aatiq Zaireel Hadi dan Aatiq Zairee Hafi. Aku ambil nama kau Feq supaya setiap kali aku tengok anak anak aku teringat kau. Feq, Elie korang tahu muka Airis dah sebijik macam muka Elie dengan mata biru dia rambut blonde lagi, dia cuma ikut hidung dengan telinga kau je Feq. Aku ingat nak biarkan rambut dia panjang biar jadi macam Rapunzel" kata Zaaef sambil tersenyum dengan air mata yang tetap mengalir
"Serius aku rindu gila perangai masuk air korang tu. Semoga korang berada dalam kalangan orang orang yang beriman" kata Zaaef dan kemudian membacakan Alfatihah untuk Tawfeeq dan Eliesha. Sedang Zaaef jalan keliling taman tempat mereka selalu duduk membuat assignment tiba tiba seorang perempuan menegur Zaaef

*tulisan ni bercakap dalam bahasa inggeris (author punya BI hancus)*
"Asy??" Tegur perempuan itu
"Mrs Howson" spontan Zaaef melihat wajah ibu Eliesha
"Panggil je Belinda" kata Belinda, Zaaef angguk
"Awak macam mana sekarang??" Soal Belinda
"Saya okay, awak??" Soal Zaaef
"Saya okay" kata Belinda
"Mana Mr Howson??" Soal Zaaef

"Dah meninggal bulan lepas" kata Belinda
"I'm so sorry" kata Zaaef
"Tak apa, cucu saya macam mana??" Soal Belinda, Zaaef terus mengeluarkan phonenya dan menunjukkan gambar Airis
"Nama dia Eliesha Airis binti Tawfeeq Atiq" kata Zaaef, Belinda mnegalirkan air mata dengan senyuman
"Muka dia macam Eliesha masa kecil" kata Belinda
"Awak nak ambil Airis ke??" Zaaef sendiri tak tahu mengapa dia menyoal soalan itu
"Biarlah dia duduk dengan awak, saya yakin dia akan bahagia dengan keluarga awak. Lagi pun agama kami berbeza" kata Belinda

"Walaupun agama awak dan Airis berbeza tetapi Airis tetap cucu awak. Saya tak halang kalau awak nak jumpa dia. Bila bila, kalau ada masa saya akan bawa dia jumpa awak" kata Zaaef, Belinda angguk setuju. Sebelum Belinda meminta diri, Belinda memberikan satu rantai yang dibelikan khas untuk Eliesha
"Dulu rantai ni dipakai Eliesha hadiah birthday dia yang ke 15 tahun. Eliesha pulangkan pada kami semasa dia membuat keputusan mahu memeluk Islam kerana dipaksa Howson. Saya berikan rantai ini pada Airis. Awak tolong ye" kata Belinda, Zaaef angguk dan mengambil rantai. Kemudian Belinda senyum dan terus berjalan meninggalkan Zaaef sendirian

***

Seminggu lebih Zaaef meninggalkan Milea dan anak anak dia Malaysia. Sepatutnya Zaaef balik lagi sehari tetapi atas masalah teknikal mereka dibenarkan balik ke Malaysia awal sehari. Sedang Milea rehat di ruang tamu tiba tiba seseorang menutup matanya
"Mirza!! Akak malaslah layan korang!!" Geram Milea kerena Mirza suka menyakat Milea sejak tarikh pernikahannya hampir tiba
"Yakin ke ni Mirza" kata Zaaef sambil membuka mata Milea. Milea yang sangat kenal suara suaminya terus memandang ke belakang
"Bukan bie balik esok ke??" Soal Milea

"Ada something jadi so kita orang diarahkan balik sehari awal" kata Zaaef, Milea tersenyum gembira dan terus menggesel pada Zaaef seperti kucing
"Jadi dah kucing jadian dia" kata Zaaef, Milea tetap menggesel pada Zaaef
"Budak budak mana??" Soal Zaaef
"Dalam bilik tidur" kata Milea
"Bie naik atas lah nak mandi. Nanti bie nak story something dengan sayang" kata Zaaef, Milea angguk

Selepas Zaaef mandi, Zaaef terus turun ke bawah semula
"Mak dengan adik adik mana??" Soal Zaaef selepas mengambil tempat di sebelah Milea
"Ikut adik adik cari barang kahwin dengan mami" kata Milea
"Bie nak story apa??" Soal Milea. Zaaef terus meletakkan kepalanya di riba Milea
"Masa bie sampai LA bie saja lepak dekat taman tempat Bie dengan arwah Tawfeeq dan Eliesha tiba tiba mak Eliesha tegur bie" kata Zaaef, wajah Milea tiba tiba berubah
"Dia nak ambil Airis ke??" Soal Milea
"Tak lah" kata Zaaef

"Dia tanya pasal Airis je. Bie ada tanya juga dia nak ambil Airis ke dia cakap biar Airis duduk dengan kita sebab agama dia dengan Airis berbeza" kata Zaaef
"Bie cakap dengan dia, InsyaAllah bila kita ada masa kita bawa Airis jumpa dia. Sayang okay??" Soal Zaaef
"Bie bagitahu ayah Eliesha tak terima Airis" kata Zaaef
"Ayah Eliesha dah meninggal bulan lepas. So mak dia je yang tinggal dekat sana. Lagipun kan Airis satu satunya keluarga yang dia ada" kata Zaaef
"Sayang faham, nanti lepas settle perkahwinan adik adik kita pergilah bawa Airis jumpa dengan nenek dia" kata Milea, Zaaef angguk setuju

Sedang Zaaef membantu Milea menguruskan Hadi, Hafi dan Airis selepas mereka bangun tiba tiba phone Zaaef berbunyi
"Hello siapa ni??" Soal Zaaef
"Ni Aysqar Zaaef Iman ke??" Soal orang dalam talian
"Ye saya, siapa ni??" Soal Zaaef
"Aku Anaslah!!" Kata Anas dengan suara yang tiba tiba ditinggikan
"Sorry aku tak kenal, Anas mana ni??" Soal Zaaef tetap dengan nada biasa
"Scandal bini kau" kata Anas, Zaaef terus mengubah kepada pembesar suara









Tak habis habislah Anas ni 🤬🤬

Stay tune for part 39 🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now