17

177 11 0
                                    

2 hari mereka selesaikan semua dengan bantuan Umar, Iqmal, Zahiriena dan Tawfeeq
"Next flight kita sama kan??" Soal Tawfeeq, angguk Zaaef
"Nah air" kata Milea sambil meletakkan dulang di atas meja
"Ya Allah thanks Milea" ucap Tawfeeq. Selepas selesai makan malam dan minum Umar, Iqmal, Zahiriena dan Tawfeeq minta diri

Selepas mandi, Zaaef terus naik ke katil dan mendekati Milea
"Kau nak apa?!" Soal Milea risau sambil menolak Zaaef
"Kau sayang aku tak??" Soal Zaaef, Milea hanya diam sambil menutup muka
"Jawab cepat sebelum aku cium kau" kata Zaaef
"Macam mana aku nak sayang kau kalau kau tak bagi aku sayang kau" kata Milea
"Kalau aku cakap aku sayang kau, kau boleh sayang aku balik??" Soal Zaaef, Milea mengangkat bahu. Zaaef terus duduk

"Aku minta maaf kalau niat sebenar aku cuma gunakan kau untuk aku lari dari calon Mami" kata Zaaef
"Maksud kau??" Soal Milea
"Dadi bagi cadangan dekat aku untuk aku bawa cinta pandang pertama aku jumpa dia dan pada masa tu kejadian kita berlanggar tu baru sangat. Nak di jadikan cerita dalam tempoh aku mencari cinta pandang pertama tu aku demam dan aku dengar perbualan kau dengan doktor dan adik adik pasal masalah kewangan jadi aku ambik kesempatan untuk bantu kau dengan bayaran bantuan kau kena kahwin dengan aku" kata Zaaef

"Tu maksud kau gunakan aku??" Soal Milea
"Ye tu niat sebenar aku paksa kau kahwin dengan aku. Aku anggar kita kahwin tak akan sampai setahun dan selepas tu aku akan ceraikan kau. Tapi benda tu makan diri aku" kata Zaaef
"Makan diri??" Soal Milea yang tak faham apa maksud Zaaef
"Dadi suruh aku bawa cinta pandang pertama so aku bawak kau jumpa dia. Tu jawapan dia Milea" kata Zaaef, Milea terdiam
"Maksud kau, kau dah jatuh cinta dekat aku sejak kita berlanggar dekat Perth??" Soal Milea
"Sejak kita berlanggar dekat KL" kata Zaaef

"Kau gila lah" kata Milea
"Aku faham kau marah aku tapi aku minta satu je dari kau" pinta Zaaef, Milea hanya memandang
"Aku tinggalkan kau dengan hati aku, aku harap kau akan jaga diri kau, jaga mak, jaga adik adik dan paling penting jaga hati aku sampai bila bila. Aku minta kau setia tunggu aku balik. Insyaallah panjang umur ada jodoh aku janji aku akan kembali dekat kau walau apa jadi sekali pun. Tu janji aku dekat kau" kata Zaaef sambil memegang erat tangan Milea

"Pasal rumah, kelengkapan rumah, duit rawatan mak, duit Uni dan belanja adik adik jangan risau aku akan uruskan semua dan kau tak payah bayar balik. Tu memang tanggungjawab aku. Cuma tu je aku minta kau setia dengan aku, jangan percaya apa apa berita yang bukan dari mulut aku, Dadi, abg Iqmal, Riena dan Tawfeeq. Boleh janji dengan aku??" Soal Zaaef
"Kau bukan pergi lama pun kan??" Soal Milea risau
"Boleh janji tak??" Soal Zaaef sambil memegang erat tangan Milea
"Aku janji" kata Milea, Zaaef terus melepaskan ciuman di dahi Milea, Lama

Keesokkan harinya, Milea bangun dan terus menyiapkan sarapan. Kemudian mengejut Zaaef
"Iman" kejut Milea
"Aku sayang kau Milea" mengigau Zaaef
"Iman!" Kejut Milea lagi sambil menggoncangkan badan Zaaef
"Hmm" nyahut Zaaef
"Bangunlah" arah Milea, Zaaef terus duduk
"Jom solat sekali" ajak Milea sambil tunduk
"Apasal kau tunduk??" Soal Zaaef
"Tak ada apa apa" kata Milea dan terus bangun dari katil. Zaaef mencapai tangan Milea
"Aku harap, aku masih dapat dengar suara kau setiap kali aku bangun tidur" kata Zaaef
"Dah lah cepat bangun, aku nak ambik wuduk balik" kata Milea dan terus masuk ke dalam bilik air

Selepas mengambil wuduk, Milea menghadap cermin
"Aku pun sayang kau Asyqar Zaaef Iman, sayang sangat sangat" kata Milea. Tiba tiba terdengar Zaaef mengetuk pintu
"Kau ambik wuduk ke buat apa lama sangat tu??" Soal Zaaef, Milea terus keluar. Sementara menunggu Zaaef, Milea menyiapkan baju seragam Zaaef.
"Buat apa tu??" Tegur Zaaef yang masih berkemban
"Kau ni pergi pakai baju lah!!" Arah Milea sambil menutup mata
"Apasal malu tengok badan aku yang sado ni??" Sakat Zaaef
"Cepatlah Iman!!" Arah Milea, Zaaef terus capai baju pagoda dan kain pelikat

Selepas solat, Milea menyiapkan Zaaef
"Kau nak tahu tak??" Soal Zaaef sambil bermain dengan rambut Milea
"Apa??" Soal Milea dengan jantung berdegup laju
"Ni lah yang aku bayangkan dulu sebelum aku kahwin. Aku nak isteri aku siapkan aku sebelum pergi kerja, siapkan breakfast untuk aku, hantar aku dekat depan pintu, salam aku sebelum aku pergi kerja, cakap i love you lepastu lambai aku" kata Zaaef, Milea hanya diam
"Andai aku pergi lama, kau setia tau dengan aku" kata Zaaef, Milea angguk

Selesai menyiapkan Zaaef, mereka turun ke bawah untuk sarapan
"Ni mak punya ke??" Soal Zaaef selepas perasan bubur di atas meja
"Haah, nanti aku nak suap mak. Kau breakfast sendiri eh" kata Milea
"Aku breakfast sekali dengan mak lah" kata Zaaef
"Serious??" Soal Milea
"Apasal muka aku nampak main main ke??" Soal Zaaef
"Ye lah, aku siapkan" kata Milea, Zaaef terus menapai mangkuk bubur dan bawa masuk ke dalam bilik Latifah

"Assalamualaikum Mak, boleh Iman masuk??" Soal Zaaef
"Waalaikumsalam, masuklah" kata Latifah dari dalam
"Wah hensem menantu mak ni" puji Latifah
"Hensem eh??" Soal Zaaef
"Mak jangan puji lebih lebih nanti kembang menantu mak tu" sakat Milea
"Apa cakap macam tu dekat suami" tegur Latifah
"Meh bagi aku suap, kau breakfast nanti lambat" arah Milea sambil menghulurkan dulang pada Zaaef
"Pergi mana pulak Iman??" Soal Latifah
"Pergi Los Angeles Mak" kata Zaaef
"Dekat mana tu??" Soal Latifah
"Luar negara Mak" kata Zaaef, latifah angguk

Selepas sarapan, Milea meninggalkan Zaaef dan Latifah berdua di bilik sementara dia pergi ke dapur
"Mak, Iman nak bagitahu sesuatu ni" kata Zaaef
"Apa dia??" Soal Latifah
"Iman pergi lama. Iman minta maaf sebab Iman tinggalkan Milea, mak dengan adik adik terlalu awal" kata Zaaef
"Kamu pergi berkerja kan, tak ada apa apa lah. Cukup kamu tak lupa tanggungjawab kamu dekat Milea" kata Latifah
"Iman tak pergi untuk berkerja mak"










Agak agak apalah tujuan sebenar Zaaef eh 🤔🤔
Stay tune for part 18 🤗🤗

Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now