37

178 7 0
                                    

"Semua naik dulu ikut Milea, nanti Qar bawa baby" kata Zaaef, mereka angguk dan terus mengikut Milea ke ward. Tak lama kemudian Zaaef tiba bersama baby
"Assalamualaikum semua" ucap Zaaef
"Waalaikumsalam, comelnya" kata mereka, Zaaef terus memberikan kepada Latifah. Kemudian Zaaef keluar dan masuk dengan satu lagi baby. Semua terdiam
"Anak siapa tu??" Soal Umar
"Kembar ke?!!" Soal mereka serentak, Milea dan Zaaef hanya angguk dan senyum
"Patutlah mak tengok perut kakak lain, tak terfikir pula kembar" kata Latifah. Zaaef memberikan baby kepada Faiezah

"Muka macam Qar masa kecik kan bang" kata Faiezah
"Baby nanti besar jangan ikut perangai didi tau, ikut perangai mama. Nanti jadi kurang bijak macam didi" kata Zahiriena
"Mulut kau!" Geram Zaaef sambil mencubit pipi Zahiriena
"Milea nak pantang dekat rumah dengan mak ke dekat rumah Mami??" Soal Faiezah
"Mana mana Milea tak kesah" kata Milea
"Milea duduk rumah dengan mak lah, nanti mama datang tengok. Rumah Milea dekat dengan hospital apa apa senang" kata Faiezah, Umar tersenyum melihat isterinya yang dulu suka ikut kepala sendiri akhirnya menjadi sorang yang bertolak ansur

"Apa nama dia orang??" Soal Miraz
"Aatiq Zaireel Hadi Bin Asyqar Zaaef Iman dan Aatiq Zairee Hafi Bin Asyqar Zaaef Iman" kata Zaaef
"Atiq?? Macam pernah dengar je" kata Zahiriena
"Nama arwah Tawfeeq, Tawfeeq Atiq" kata Zaaef
"Sedap, mami suka. So ni Hadi dan ni Hafi betul??" Soal Faiezah, Zaaef angguk. Mereka balik selepas hampir seharian di hospital tinggal Zaaef dan Milea bersama
"Assalamualaikum" ucap Zaaef yang baru balik dari cafe
"Waalaikumsalam" balas Milea
"Baby tidur ke??" soal Zaaef, Milea angguk. Zaaef terus duduk di sebelah Milea

"Tutup mata" pinta Zaaef
"Buat apa??" Soal Milea
"Tutup lah" kata Zaaef, Milea hanya akur dan menutup matanya. Zaaef memegang tangan Milea
"Buka mata" kata Zaaef. Milea membuka mata perlahan
"For me??" Soal Milea apabila melihat sebentuk cincin di jari kelingking Zaaef. Zaaef angguk, terus memegang tangan Milea dan menyarungkan ke jari manis Milea

"Ni untuk Hadi dan ni untuk Hafi" kata Zaaef sambil memberikan rantai pula
"Bie, sayang tak minta pun" kata Milea
"Sayang tak minta tapi bie yang bagi" kata Zaaef, Milea tersenyum. Zaaef memakaikan rantai pada Milea
"Suka??" Soal Zaaef, Milea angguk dan terus memeluk Zaaef
"Thanks bie, jadi suami sayang dan bahagiakan sayang" kata Milea
"Bie yang kena say thanks dekat sayang sebab lahirkan hero bie yang comel dan hensem ni. Terima segala kekurangan bie, maafkan segala salah bie dan sabar dengan bie" kata Zaaef, Milea memeluk Zaaef dengan lebih erat. Zaaef mencium dahi Milea

Milea balik ke rumah selepas 2 hari di hospital. Faiezah dan Latifah sudah menunggu di rumah. Hari hari Faiezah datang ke rumah untuk membantu Latifah, menguruskan Milea, Hadi dan Hafi. Airis pula diuruskan Zaaef
"Qar!! Kenapa Airis pakai pempers terbalik tu?!!" marah Faiezah
"Terbalik ke Mami??" Soal Zaaef
"Kamu dah jaga Airis tu nak setahun dah. Pakai pempers pun boleh terbalik lagi!!" Marah Faiezah
"Asalkan tak bocor bolehlah tu mami" kata Zaaef
"Memanglah tak bocor tapi Airis tu tak selesa, betulkan cepat!!" Arah Faiezah, Zaaef hanya akur dan membetulkan pempers Airis. Milea yang dengar jelas Zaaef dimarahi Faiezah hanya tertawa

Cukup 7 hari umur Hadi dan Hafi mereka membuat majlis Akikah untuk mereka dan Airis. Majlis yang dibuat agak besar kerana Umar mahu memperkenalkan sekali Milea dan bakal menantunya
"Terima kasih kerana sudi hadir majlis akikah cucu saya, Aatiq Zaireel Hadi Bin Asyqar Zaaef Iman, Aatiq Zairee Hafi Bin Asyqar Zaaef Iman dan Eliesha Airis binti Tawfeeq Atiq" tetamu mula bersuara tentang Airis kerana binti Airis bukan Zaaef dan nama anak Zaaef ada nama Bapa Airis. Zaaef terus mendekati Umar
"Hi Assalamualaikum semua, saya Zaaef anak Tan Sri Umar. Untuk pengetahuan semua, Eliesha Airis adalah anak sahabat saya yang meninggal akibat kemalangan dan saya diamanahkan untuk menjaga anak arwah. Kemudian saya namakan anak saya dengan Aatiq untuk saya rasa arwah dekat dengan saya" jelas Zaaef, tetamu mula berhenti berkata selepas mendapat penjelasan daripada Zaaef

Selepas majlis tamat, mereka balik ke rumah Umar. Tetapi Miraz menghantar Wawa balik
"Awak nak tanya family Tan Sri Umar sebenarnya siapa?? Kenapa family awak pun rapat dengan dia??" Soal Wawa
"Family dadi ialah family mentua kakak saya" kata Miraz
"Tapi kenapa Tan Sri sampai nak sponsor kahwin kita?? Sampai sebelah saya pun dia sponsor" soal Wawa
"Dadi dah macam family kami. Sejak kakak kahwin dengan abang Iman, abang Iman yang tampung perbelanjaan perubatan mak, pelajaran saya dan abang saya. Masa abang Iman pergi sambung belajar 5 tahun dadi lah yang ambil alih tengokkan kita orang tapi perbelanjaan still abang Iman yang bayar" kata Miraz
"Maksudnya??" Soal Wawa yang masih blur
"Dadi dah anggap saya dan abang saya sebagai anak dia. Tak ada istilah cuma keluarga biras. Kami bebas keluar masuk rumah dadi macam anak dia. Kalau awak nak tahu dulu mami bukan macam sekarang" kata Miraz, Wawa hanya memandang perlukan jawapan

"Dulu mami tak suka perkahwinan abang Iman dengan kakak saya sebab tak sama taraf. Dadi lah yang cover dan dadi, abang Iqmal dan Riena lah yang plan dan bawa abang saya masa pernikahan kakak saya, sebab sepatutnya hari tu adalah pernikahan abang Iman dengan pilihan mami dan pilihan mami tu lah yang bakar rumah dadi haritu" kata Miraz
"Wah kisah abang awak dah macam cerita drama lah" kata Wawa, Miraz hanya tertawa
"So macam mana Puan Sri boleh terima kakak awak??" Soal Wawa
"Kakak saya selamatkan dia masa kebakaran tu. Alhamdulillah mami tak ada apa apa serius cuma melecur sikit. But kakak saya pengsan and kalau awak perasan kaki kakak saya ada parut, itulah parut masa kakak saya selamatkan mami" kata Miraz, Wawa terdiam kagum
"Nasib baik family awak terima saya. Kalau macam abang Iman dengan kakak saya, saya surrender sebab saya tak sekuat abang Iman" kata Miraz, Wawa tergelak

***

Zaaef terpaksa ke LA 2 hari selepas majlis akikah
"Bie balik kan??" Soal Milea semasa membantu Zaaef mengemas barang
"Aik, pergi pun belum dah rindu dah?? Kenapa??" Soal Zaaef sambil mengusap pipi Milea
"Dulu bie pergi LA 5 tahun tak balik" kata Milea sambil memuncungkan mulut
"Tu dulu, kali ni InsyaAllah tak ada apa apa masalah 2 minggu je" kata Zaaef
"Kenapa sebelum ni kalau pergi satu tempat seminggu kali ni 2 minggu??" Soal Milea, Zaaef tersenyum
"Sebab kali ni bukan pergi 1 tempat je, bie dari KL ke Australia then dari Australia ke LA and lepastu baru balik KL" kata Zaaef sambil mengusap kepala Milea

"Bie janji 2 minggu je, no extra time" kata Zaaef
"Janji?!" Soal Milea kembali
"Janji kalau tak ada masalah flight" kata Zaaef
"Tengok tu!!" Rengek Milea
"Ye lah kalau masalah flight tu bie tak boleh buat apa. Lagi pun kalau flight masalah selalunya extra sehari je paling lama 2 hari" kata Zaaef, Milea tetap merengek
"Janganlah macam ni sayang, berat bie nak pergi kerja. Nanti masuk berita 'pilot Malaysia Airlines Captain Aysqar Zaaef Iman memusingkan kapal terbang secara mengejut balik ke KLIA tanpa masalah pada kapal terbang'" gurau Zaaef, Milea hanya tersenyum. Zaaef mengusap kepala Milea

"Bie try my best balik tepat pada masanya okay sayang" pujuk Zaaef, Milea angguk. Zaaef terus memeluk Milea










Kembar!! Zaaef kena pergi LA pula... jangan tak balik sudah

Stay tune for part 38🤗🤗
Jangan lupa like, share and comment tau 😉😉

Cinta Lapangan Terbang ✔️✔️Where stories live. Discover now