[38]

899 96 3
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart



•••



Mata aku terus tercelik apabila rasa mual mula menyerang. Kaki berlari laju ke arah tandas dan segala isi perut dimuntahkan.

Sampai pusing kepala aku apabila memuntahkan semua makanan yang aku isi ke dalam perut sepanjang hari. Usai muntah, aku berkumur- kumur supaya rasa kurang enak itu hilang.

"Okay tak ni?"

Aku menganggukkan kepala pada Adrian yang sudah terduduk di atas katil. Tentu dia juga terjaga apabila mendengar aku muntah - muntah.

Tubuh dibaringkan di sisi Adrian. Mata dipejam.

"Awak nampak tak sihat," ujar Adrian tegas. Dia memandang wajah pucat aku tajam. Tidak berpuas hati apabila aku hanya mengangguk sebagai jawapannya tadi.

Dengan malasnya aku membuka mata. Wajah Adrian di sebelah aku pandang. "Saya okay. Biasalah kalau pregnant. Nak buat macam mana," jawab aku pasrah.

Selama ini pun bukannya dia ada di sisi aku setiap kali aku muntah atau sakit - sakit. Dia hilang, dia koma dan dia hilang ingatan di hospital. Jadi disebabkan itu, aku berseorangan menanggung sakit ini. Dah biasa sangat dah.

Adrian membaringkan badannya di sebelah aku. Namun tubuhnya mengiring menghadap aku. "Selalu ke muntah - muntah macam tu?" Soalnya.

Aku angguk lagi.

Sejak aku naik angin semalam, aku langsung tidak menegur Adrian. Nak tegur pun malas. Biar dia sedar sikit yang aku pun ada hati meskipun aku tetap yakin dengan diri aku. Tapi kalau dia layan aku macam orang asing, tak ke sakit hati?

"Awak marah saya lagi?" Wajah dinginnya menyapa mata. Dia mendekatkan wajahnya dengan aku.

Keluhan berat aku lepaskan. "Dah lewat malam ni, tidurlah. Esok kita nak jumpa Whilly," mata dipejam rapat. Bukan nak mengelak, hakikatnya aku memang terlampau penat dan perlukan rehat.

Adrian terus menarik tubuh aku ke dalam pelukannya sehingga dahi aku terlanggar dada bidangnya. Tangannya merangkul erat pinggang aku. "I'm sorry."

Tidak membantah apabila dipeluk, malah aku terus mencium harumannya. Rasa rindu padanya membuak - buak. "Saya dah maafkan."

Ubun - ubun aku dikucup lembut. "I wish I'll remember all of our memories, Zahra." Bisiknya kedengaran sayu. Tangannya mengusap lembut belakang badan aku.

Aku diam di dalam pelukannya. Diam sebab air mata dah nak jatuh huhu. Wajah aku dirapatkan pada dadanya. Rindukan Adrian, rindukan Adrian.

"Honestly, Zahra. Saya suka tengok awak. Keyakinan awak, ketabahan awak... but..."

Aku terus memeluknya erat. Esakan kecil aku mula kedengaran. "Just hug me and never let me go. Just hug me cause I miss you so much."

Adrian diam. Pelukannya pada pinggang aku dieratkan. "I'm sorry."

"Just hug me,"

"Zahra..."

"I won't give up on us."

Dan malam itu, malam pertama aku tidur di dalam dakapan seorang Adrian selepas dua bulan lebih aku tidur bermandikan air mata penuh rindu.






Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now