[9]

1K 131 14
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart






•••



Aku gelak mengekek tengok Adrian yang naik berang apabila Whilly mempermainkan dia. Masalahnya marah pun comel, kejar sambil angkat selipar. Lepastu kaki sendiri yang sakit. Alahai. Gewwwaaaaam titew. Eh, Zahra. Tacooood aku baca balik.

Paling tak boleh blah bila Whilly hanya buat bodoh bila Adrian menjerit sakit. Haih menghiburkan sungguh.

"Whilly memang perangai dia... tingtong sikit." Tiba - tiba Victor mengambil tempat di sebelah aku. Dia menarik lutut rapat ke dada. Selamba aje tiru gaya aku duduk atas rumput nih.

Kening diangkat pada Victor, "and you are the cold one." Sakat aku selamba. Dah dua hari aku luangkan masa bersama Adrian dan kawan - kawan dia, aku mula kenal perangai masing - masing.

Kalau si Whilly, ataupun nama gelaran dia Whilly the Dolphin, memang sangat kepala masuk air. Aku sangat selesa dengan Whilly sebab dia seorang yang mudah mesra.

Victor mengerutkan dahinya. "Well, I am not that bad. I am a romantic boyfriend you know?" Lain pula dengan si Victor muka tegang sepanjang masa dan suka ambil serius apa yang orang kata. Kalau bawa bergurau, last sekali mesti berperang.

Aku cakap sebab aku dah berperang dengan dia HAHAHA. Tapi itulah, walaupun dia ni nampak macam tak ada perasaan, tapi dia seorang je yang dah ada girlfriend. Untunglah girlfriend dia, dapat boyfriend adik beradik dengan singa. HAHAHA.

"Well, Ad pun dingin jugak kan?"

Aku kerut dahi pada Victor. "Dia okay je dengan saya. Tak adalah garang macam awak," kata aku selamba dan diselitkan perlian di hujung ayat.

Victor menjeling aku tajam. "But dia tak pernah ada girlfriend,"

Girlfriend?

Kepala digelengkan laju. "Eh, saya bukan girlfriend dia lah!"

Namun, Victor hanya tergelak melihat aku. Kepalanya digelengkan berkali - kali. "No, Zahra! Maksud I, kawan perempuan!"

Bibir dijuihkan. Mata menjeling Victor yang tergelak lucu itu tajam. "Mana lah saya tahu," sumpah aku rasa nak selam muka dalam jamban. Berangan je nak jadi girlfriend Adrian!

"You want to be his girlfriend?"

Aku pandang Victor hairan. "Isy, apa cakap macam tu. Saya dengan dia kawan aje lah." nafi aku.

Victor hanya mendiamkan diri. Matanya memerhatikan gelagat Adrian yang tidak habis - habis dibuli oleh Whilly.

"Saya seorang muslim,"

Victor memandang aku lama. Bawah bibirnya digigit, "if he is a muslim, you want him?"

Tersentak.

Bibir dikunci rapat. Dia patut tahu, isu hati dan perasaan sangat tidak patut dibangkitkan saat ini. Lagi - lagi isu agama kami yang berbeza.

"Look, Zahra." Dia bersuara kembali.

Dengan malasnya aku menoleh memandang Victor di sebelah. "Apa?" Dia tahu tak aku tengah makan hati sebab dia tuduh aku nak Adrian tadi! Hisy!

Victor mengeluh berat. "He doesn't have a girlfriend. Not even one! Daddy and papa dia kongkong dengan siapa dia berkawan and for Ad, dia memang tak perlukan kawan yang ramai. Lagi - lagi perempuan."

Wajahnya diraup kasar. Dari matanya, aku tahu dia bingung. Dia hairan kenapa Adrian mahu berkawan dengan aku. Dan ya... aku pun hairan.

"Dia lagi sanggup main piano dari berkawan. Even keluar dengan I and Whilly pun jarang. But when he said that you are his friend, I tahu dia sebenarnya harapkan yang you and dia..."

Aku mengetap bibir dan mendengar penjelasan Victor itu dengan khusyuk.
Sedangkan aku tahu, aku tak perlu tahu apa - apa pasal Adrian.

"And when you nak kawan dengan kitorang jugak, dia sanggup tinggalkan piano kesayangan dia tu demi nak keluar tiap hari. Just untuk jumpa you!"






•••






"Auch!"

Kepala yang terasa pusing itu dipegang. Aduh, hampeh punya Whilly. Yang dia tendang bola dekat aku ni apahal? Yang Adrian pun satu, tahanlah bola tu sebelum kena aku! Kang aku biul siapa nak kahwin dengan aku! Adrian? Hisy! Sempat aku membebel di dalam hati sambil tangan mengusap - usap kepala sendiri.

"Awak okay tak ni?" Adrian datang mendekat. Dia duduk mencangkung di depan aku.

Aku mencebik. "Ada nampak macam happy ke? Isy!" Rungut aku geram. Hampeh punya soalan. Luku nanti baru tahu.

Yang paling tak boleh blahnya, Adrian boleh pula menahan senyuman dia melihat aku yang kesakitan ni. "So awak nak saya buat apa?" Soalnya acah - acah blur.

Bola yang di sebelah aku ambil dan baling ke mukanya geram. "Apa?!"

Bola di tangan disambut dengan jayanya. Bibirnya mengukir senyuman manis. Bola diletakkan di sisi. Dia mendekati aku. Muka diangkat memerhatikan dahi aku.
"Nak saya belikan ubat?"

Aku menjuihkan bibir. Wajah innoncent itu dipandang tajam. "Ingat kdrama, bila heroin sakit hero tolong rawat? Eeey, pergilah! Dia yang sengaja nak kita sakit," bebel aku geram. Kalau boleh nak je aku sumbat kasut dalam mulut manusia bernama Adrian Chong ni.

"Awak nak jadi heroin saya ke?" Senyuman Adrian bertukar nakal. Keningnya diangkat pada aku.

Eeeeey, Zahra!!!

Tangan aku mencapai kotak air di sebelah lalu dibaling geram padanya. Bibir diketap menahan malu yang menggunung. "Tak nak lah eeeey! Tak malu!"

Punggung diangkat. Belakang baju dikibas menghilangkan tanah yang melekat. Adrian juga turut melakukan perkara yang sama.

"Saya serius ni, nak saya belikan ubat ke?"

Aku menggeleng laju. "Tak payahlah! Sakit sikit je ni. Esok lusa eloklah." jujur dah lama tak ada orang tanya keadaan aku seperti ini. Selama ini, kalau aku sakit pun pandai - pandailah aku jaga diri sendiri.

Ummi sibuk nak jaga makan minum walid. Walid pula mana perasan aku sakit ke mental ke dah nak bunuh diri ke apa.

Jadi, aku tak pernah rasa dikasihi dan diberi perhatian sebegitu.

Adrian menghela nafasnya perlahan. Tangan dimasukkan ke dalam poketnya. "Lebam dah dahi tu. Sorry."

Aku tersenyum segaris. "Relaks lah. Saya okay je lah." Apalah sangat sakit dekat dahi ni kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku pernah lalui dahulu. Tambah lagi peritnya sakit hati, sakit dekat dahi ni sekecil kuman je.

Dia mengangguk faham. "I wish you're not lying."

Dahi aku berkerut. "Kenapa pulak?" Soal aku terus.

"Sebab awak tak pernah okay, Zahra." Matanya merenung aku tajam. Seperti memberitahu aku yang dia sangat memahami apa yang aku rasa.

Tapi.

Hakikatnya tiada sesiapa yang faham aku. Tiada sesiapa faham apa yang aku lalui. Orang hanya tahu menilai keburukan aku, namun siapa yang nak nilai semua kedukaan yang aku hadap di dunia ni? Siapa?! Hati aku membentak geram.

Bibir diketap. Aku mengalihkan pandangan pada Whilly dan Victor yang tengah bergusti di tengah padang. "Saya dilahirkan untuk sentiasa okay."

"Awak perempuan, Zahra. Awak perlukan kekuatan supaya-"

"Saya dah tak perlu kuat. Tak perlu. Kalau boleh, saya pilih mati je. Sebab saya tak layak hidup, Adrian. Tak layak."







•••















my heart used to be cold and heavy, but your love made it warm and light.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now