[13]

1K 134 12
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart




•••

Dari tingkap di dalam biliknya, dia memandang lama pintu rumah hadapan. Lama, kerana satu hari nanti dia tidak akan melihatnya lagi.

Adrian memejamkan matanya buat seketika. Tidak pernah dia rasa ambil berat dan peduli tentang orang seperti mana dia rasa untuk perempuan muslim itu.

Daddy dan papa sangat menjaga pergaulannya. Jadi, Adrian lebih kerap berada di rumah untuk bermain piano ataupun keluar untuk bersukan. Tiada masa untuk bercinta, lepak, atau buat benda merepek.

Tapi, sejak dia jumpa perempuan tu. Dia rasa dia sangat pelik. Sampai Adrian sendiri hairan dengan dirinya. Kalau daddy minta belikan barang rumah di kedai, laju je dia hulur tangan. Kalau Crystal nak main taman, dia terlebih rajin nak tolong teman.

Aminah Zahra.

Perempuan yang sudah lelah dengan dunia. Sampai bibirnya sentiasa meminta kematian dari Tuhan. Tapi sekejap sahaja, bibir itu akan tersenyum manis semula seperti keperitan hidup itu tidak menyakitinya.

Dia sakit dengan hidup dia, dia nak mati. Tapi, sampai sekarang Adrian terfikir. Kenapa Tuhan perempuan itu tidak menarik nyawanya sahaja?

Dan-

Kenapa Zahra hanya meminta mati saat itu sahaja. Bila dia sedar, dia seperti bersyukur masih melihat dunia padahal dia mengharapkan dia menghilang dari bumi.

"Adrian,"

tiba tiba bahunya ditepuk dari belakang. Adrian menoleh. "Yes papa?" Soalnya penuh sopan.

David tersenyum melihat anak lelakinya. Kepala Adrian diusap lembut. "Are you okay?" Soalnya. Sudah hampir setengah jam dia perhatikan Adrian yang termenung seorang diri di tingkap itu.

Adrian terdiam mendengar soalan papanya. Kepalanya dianggukkan. "I am fine. Why do you ask me?" Soalnya kembali. Jarang sekali papanya menyoal begitu. Jadi hairan pula.

David menggeleng perlahan melihat anaknya. Tengok pun dah tahu tak okay, menipu lagi. Matanya turut memandang arah pandangan Adrian.

"You look weird, Ad." mereka berbalas pandang buat seketika. "You ask me to move to other house, but you look so sad. What's bothering you, son?"

Adrian menggeleng perlahan. Dia masih belum sedia nak cakap hal itu dengan ayahnya.
"I'm okay, pa."

"Fine." David mengalah. Malas nak mengorek rahsia anaknya lagi. Dia faham, Adrian memang seorang yang pendam. "But I want to ask you something."

"What?" Soal Adrian kembali. Dia memandang ayahnya hairan.

"You love her?"

Jantungnya berhenti berdegup.

Adrian membuang pandangan ke depan. "Who?" Soalnya buat - buat tidak tahu. Padahal dia tahu, ayahnya maksudkan perempuan itu.

David tersenyum sinis apabila anaknya masih buat - buat tidak faham. "That muslim girl, Zahra."

Nafas Adrian seakan terhenti mendengar nama itu. Dia memandang David lama.

"Do you love her?"

Adrian mengangkat bahunya. "I don't know." Jawabnya jujur. Entah perasaan itu cinta ataupun apa, yang dia tahu dia mahukan perempuan itu untuknya.

Is it love?

David tersenyum. "She is a nice girl, Ad. I just in love with her attitude. She is so charming and cheerful. I don't mind if you love her." dia memulakan bicaranya. Teringat telatah Zahra yang selamba dan mudah mesra itu, tidak hairan Adrian juga jatuh suka.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now