[12]

1.2K 137 7
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart

•••

Pintu rumah yang diketuk bertalu - talu itu mengejutkan aku dari lena. Aku bangun dan bergegas membuka pintu rumah. Lamanya aku tidur, dari lepas zuhur sampai pukul enam petang! Ini kalau walid tahu ni memang mintak kaki.

Rambut yang panjang mengurai diikat sanggul sebelum pintu dibuka perlahan.

"Assalamualaikum!" Zahirah masuk rumah dengan tangan didepakan. Lagak macam sepuluh tahun tak balik rumah. Padahal baru empat hari pergi sana.

Tanpa menghiraukan Zahirah yang membebel macam mak nenek pasal perjalanan mereka ke Jordan, aku terus mengucup tangan ummi penuh hormat. "Ummi rehatlah. Kalau nak makan, Zahra ada masak sup ayam." bagasi di tangan ummi bertukar tangan.

Ummi mengusap lembut kepala aku. "Zahra sihat? Pucat je muka anak ummi ni."

Belum sempat aku menjawab, Zahirah dah berlari mendapatkan aku. Tangannya merasa haba badan aku. "Haah la kak! Badan kau boleh tahan panas ni!" Jeritnya.

Drama Queen punya adik. Aku demam ni bukannya tak pernah demam. Tangan aku laju mengetuk dahinya geram. "Dah okay lah!"

Zahirah mencebik. Dia mencekak pinggang. "Aku ni risau kau boleh keluarkan perangai beruk eh?" Semburnya lalu tangan mengibas muka sendiri.

Ummi menggeleng perlahan melihat telatah dua ketul anak daranya. Makin pening kepala dia jadinya. "Isy kamu berdua ni, tahu dek walid cakap kasar macam itu, padan muka."

Aku dan Zahirah berbalas senyuman. Baru nak sambung sesi pergaduhan merepek, suara seseorang memberi salam terus mematikan niat.

Siapa lagi kalau bukan walid? Erm.

"Ummi mana?" Walid terus menyoal. Huluran tangan aku hanya disambut nak tak nak. "Walid lapar, mintak ummi masakkan."

Dalam hati, aku merungut geram dengan sikap walid. Ingat ummi tu hamba abdi ke nak arah itu ini? Isy! Kalau aku dapat suami macam walid ni awal - awal dah angkat bendera putih! Menyerah kalah!

"Ummi penat, dalam bilik." Itu dia Zahirah tolong jawabkan.

Walid mengerutkan dahinya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. "Habis tu, walid pun penat. Dengan tak makannya lagi. Suruh ummi masakkan untuk walid dulu."

Aku mengetap bibir. Wajah walid dipandang, "Ara ada masak sup, walid nak makan?" Aku tanya sebab selalunya walid tak mahu makan masakan aku. Maklumlah, perempuan sundal masak siapa nak makan?

"Walid nak ummi masakkan."

Mata aku bertembung dengan sepasang mata Zahirah. Aku menghantar isyarat padanya supaya memanggil ummi untuk walid.

"Kamu ada keluar pergi mana - mana ke Zahra?" Soal walid pada aku sekaligus menghentikan jantung aku dari berfungsi.

Bibir mengukir senyuman bagi menutup gementar. Kepala digeleng lemah. "Tak ada..wa-walid." bohong aku. Kalau bagitahu perkara sebenar, silap - silap kena halau rumah terus.

Walid menganggukkan kepalanya. "Baguslah, jangan buat hal belakang walid." pesannya.

Aku hanya mengangguk faham. Lalu kaki diatur ke bilik sendiri.

Ya Allah, permudahkanlah jalan aku.



•••


Vic setan
Sorry, Zahra. I am
really sorry! Please
forgive me!

Kita Berdua✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora