[21]

1K 113 9
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart



•••


"Nak apa - apa ke?" Tangannya menarik aku untuk duduk sebelum meletakkan sebuah bantal di belakang badanku. "Nak air milo panas? Saya buatkan?" Adrian menyoal lembut. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.

Aku menggeleng lemah. "T-tak apa..." mata aku melekap pada Zaid yang sedang berdiri di depan katil aku bersama ummi, walid dan Zahirah. "Zahra nak rehat." aku pandang ummi mengharapkan dia faham apa yang aku maksudkan.

Ummi pandang walid. "Jom bang kita keluar dulu, Zahra nak rehat tu."

Setuju dengan kata ummi, walid dan Zahirah berlalu meninggalkan aku, Adrian dan Zaid di dalam bilik ini. Suasana menjadi jeda seketika.

"Ad, ambikkan tudung saya." pintaku pada Adrian. Hakikatnya aku tidak selesa menunjukkan mahkota dan aurat aku pada Zaid. Meskipun dia-

abang yang dikandungkan oleh ummi aku sendiri.

Akur dengan permintaan aku, Adrian mencapai tudung sarung aku di belakang pintu. Kemudian, tudung sarung itu dipakaikan pada aku.

"Kenapa Zahra pakai tudung dengan abang?" Sudah lama mendiamkan diri, akhirnya Zaid bersuara. Suaranya bergetar apabila mahu berbicara dengan adiknya sendiri. Atau lebih tepat, adik yang dia sendiri hancurkan.

Aku terdiam. Mata langsung tidak mahu memandang lelaki yang sudah menghancurkan hidup aku itu.

Zaid mengeluh berat. Dia berjalan setapak ke hadapan. "Zahra, abang nak cakap dengan Zahra sekejap." Matanya jatuh pada Adrian. "Berdua."

Adrian segera bangun dari duduknya, namun pantas aku mencapai tangannya. Aku memandang Zaid tajam. "Aku tak nak cakap dengan kau berdua."

Dia mengangguk faham. Wajahnya ditundukkan. "Zahra ma-makin cantik."

"Aku tak ada masalah nak dengar merapu! Kau nak apa?!" Jerkah aku sehingga bahunya ternaik akibat terkejut.

Pertama, Zaid terkejut kerana Zahra di hadapannya ini bukan lagi Zahra yang dia tinggalkan lima tahun lalu. Lima tahun lalu, Zahra merupakan adik yang paling periang dan ceria. Malah, sangat lembut dan menyayangi dia.

"Abang tahu abang salah. Abang nak minta-"

Aku merengus kasar. Mata tajam merenung wajah yang menunduk kesal itu. "Lepas lima tahun kau tinggalkan aku dengan dosa kau, kau datang nak minta maaf, Zaid?! Ahmad Zaid Harith, kau tak layak dapat kemaafan aku!" Jerit aku sekuat hati.

Puas dapat meluahkan kemarahan aku pada lelaki itu. Dia tidak pernah layak menerima kemaafan aku. Kerana dia, aku hilang segalanya di dalam hidup. "Kau fikir salah kau kecil ke, Zaid?" Air mata aku jatuh mengalir.

Adrian di sisi setia menggenggam sebelah tangan kanan aku bagi menyalurkan kekuatan. Dia hanya diam melihat pertengkaran dua beradik itu.

Zaid terdiam. Dia kelu tanpa bicara. Memang salahnya kerana menipu ummi dan walid, salah dia sebab hancurkan kehormatan adik kandung sendiri dan tidak mengaku silap. Salah dia.

"Kenapa kau tunjukkan muka kau pada aku lagi, Zaid?" Soal aku lemah. Mata memandang Zaid lama. Seorang lelaki yang paling aku sayangi suatu ketika dahulu, namun kini... hanya seekor jantan yang terlalu jijik untuk aku pandang. "Kau tak layak dapat kemaafan aku."

"Abang salah, abang tahu. Abang minta maaf sangat - sangat, Zahra." Zaid sudah mendekati aku. Dia duduk melutut di tepi katil. Kelopak mata yang berair itu sikit pun tidak melembutkan hati aku.

Kita Berdua✔️Where stories live. Discover now