[19]

1K 124 5
                                    

i knew it from the start
that you are the breath
to my suffocating heart

•••

Hampir empat jam memandu, akhirnya kereta Adrian sudah memasuki halaman rumah Mak Tok. Atau lebih tepatnya, rumah keluarga belah walid aku.

"Zahra, is this your hometown? Kenapa dia tak m-macam kampung pun?" Mata Adrian melilau melihat kawasan sekeliling halaman kampung aku.

Di kawasan ini hanya ada rumah banglo tiga tingkat milik Mak Tok. Memang banglo ini tidak mewah mana, tapi tidaklah nampak macam kampung. Di belah kanan banglo ada kolam renang berbentuk bulat dan di belah kiri pula penuh dengan pokok dan tanaman dan juga reban ayam Mak Tok.

Aku tersengih. "Awak ingat kampung saya yang bilik air kat luar tu ke?" Soal aku dengan gelak kecil. Tali pinggang dibuka. Lalu mata melihat kawasan rumah Mak Tok yang sudah dipenuhi empat buah kereta.

Tapi, kereta walid belum ada lagi. Maknanya walid tidak ada lagi lah kan? Bagus!

"Jomlah turun. Badan saya pun dah lenguh ni," badan sendiri diregangkan.

Adrian mencebik. Tangannya mengetuk perlahan kepala aku. "Saya yang drive, awak pulak sakit badan!" Rungutnya lalu terus keluar daripada kereta.

Tanpa berlengah, aku turut keluar daripada kereta. Setelah Adrian mengambil bagasi kami berdua, kami berjalan beriringan masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah, cucu mak tok!" Seorang wanita tua yang bertongkat itu berjalan mendekati aku di muka pintu. Wajahnya jelas teruja, kerana sudah bertahun aku tidak pulang ke kampung. "Zahra... sihat?" Mak tok mengusap perlahan pipi aku.

Aku tersenyum manis. "Zahra sihat, mak tok sihat tak?" Soal aku mesra.

Laju Mak Tok mengangguk. Dia memeluk erat tubuh aku sebeluk bertalu - tali kucupan hinggap pada dahi aku. "Cantiknya cucu mak tok ni sekarang. Eh-" mata mak tok memandang Adrian di sisi aku hairan.

Aku turut memandang Adrian. Menyuruhnya salam Mak Tok dengan sopan. "Ni Adrian," nafas dihela perlahan. "Suami Zahra."

"Hah? Kamu biar betul Zahra!" Mak Tok sudah terlopong tidak percaya. Dah bertahun tak jumpa cucu, sekali jumpa terus bawa cucu menantu?

"Kenapa la walid kamu tak bagitahu Mak Tok?" Mak tok melirih sesal. Hari bahagia cucu kesayangannya, sepatutnya dia turut meraikan hari itu.

Tangan aku terus memeluk bahu mak tok. "Alah mak tok jangan la sedih. Walid nak bagitahu, tapi tak sempat. Lagipun, Zahra memang nak cepatkan pernikahan sebab-"

Alamak mati kutu nak menipu ni. Nak tipu apa ni weyh.

"Sebab saya baru masuk islam, jadi tak boleh tunggu lama. Errrr." Adrian dah garu kepala. Tak tahu nak goreng apa lagi.

Aku senyum. "Alah, darah muda kan mak tok? Nak bercinta tak boleh, tu yang walid suh nikah terus. Tak apa, nanti bersanding kita buat grand okay?" Padahal aku berharap sangat memang tak ada persandingan.

Kalau tak bersanding pun hidup jugak. Ye tak?

Mak tok hanya mengangguk faham lalu matanya merenung Adrian tidak lepas. "Kamu ni... cina ya?"

Laju Adrian mengangguk. "Haah, mak tok."

"Baru masuk islam?" Soal mak tok lagi. Mak aih garangnya dengan suami aku.

Adrian angguk.

"Hah, naik bilik kamu rehat dengan laki. Satgi mak tok suh zahirah tidur bilik mak tok aje."

Sebab selalunya bilik itu aku kongsi dengan zahirah.

•••



Dengan muka selamba tahap anak gajah campur sifat malu aku yang dah pudar untuk seorang Adrian, aku terus berlari memeluk tubuhnya yang baru lepas keluar dari bilik air itu. "Aaaaaaaa handsomenya suami saya!"

Kita Berdua✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz