EPILOG

176 25 13
                                    

Hyerim bingkas bangun dari sofa sebaik mendengar bunyi doorbell di pintu utama. Daun pintu dikuak.
Bibir Hyerim mengukirkan senyumam menyambut tetamunya itu.

"Ehh Sehun! Ada apa ni you datang sini?"soal Hyerim, mempelawa Sehun masuk ke dalam rumah namun Sehun menolak. Dia hanya mahu berdiri di luar saja. Mungkin kedatangannya hanya sekejap untuk bertanyakan sesuatu.

"Ji Hyo dah balik?"soal Sehun. Wajahnya nampak risau. Soalan dari Sehun itu hanya dibalas dengan gelengan kepala Hyerim. Sehun hampa.

"Sepatutnya minggu lepas lagi dia dah balik. Dia cakap dia pergi outstation seminggu je, tapi ni dah masuk dua minggu,"suara Hyerim turut berbunyi kesal. Ji Hyo menghilang tanpa apa apa pun khabar.

"Dia ada call tak sewaktu dia kat sana,"Sehun menyoal lagi. Hyerim tahu Sehun cukup risaukan Ji Hyo.

"Adalah jugak dia text aku masa mula mula dia sampai kat sana. Dia cakap dia ok. Lepas beberapa hari tu, dia senyap je sampai la sekarang. Aku try call tapi tak dapat,"Hyerim meletakkan tangannya di bahu Sehun. Pantas wajah Sehun berubah pucat. Ada sesuatu yang dah jadi ke? Hyerim tak pasti. Moga Ji Hyo dijauhkan dari segala bala.

"Petang tadi ada nelayan jumpa Baekhyun terdampar kat persisiran pantai,"ujar Sehun, membuatkan dahi Hyerim berkerut, alis keningnya terangkat naik.

"Baekhyun?"Nama yang cukup asing bagi Hyerim. Kalau Sehun nak terangkan sekarang pun, macam tak sesuai je.

"Ohh Baekhyun tu kawan aku. Dia dan kawan kawan aku yang lain pun join sekali holiday trip yang Ji Hyo join tu,"terang Sehun.

"Habis tu, takan diorang jumpa Baekhyun sorang je? Ji Hyo? Ji Hyo mana?"suara Hyerim naik seoktaf. Bahu Sehun digenggam. Sehun menggeleng seketika dengan wajah kesal. Hyerim menekup mulutnya, menahan jeritannya.

"Apa dah jadi ni sebenarnya? Kenapa Ji Hyo tak balik balik?"

"Idk. Kita tunggu Baekhyun sedar. Dia mungkin tahu apa yang jadi,"

*    *    *    *

Beberapa minggu kemudian,

Sehun meletakkan plastik berisi makanan itu ke atas meja. Ruang tamu nampak sedikit berterabur. Beberapa botol soju yang kosong bergolek di atas lantai bersama kotak pizza dan plastik jajan.

"Baekhyun! Baekhyun! Dah macam kandang babi,"keluh Sehun. Baru je tinggalkan beberapa hari rumah ini, dah jadi macam tempat pelupusan sampah. Baekhyun keluar dari biliknya sambil mengenyeh mata.

"Rumah ni kau tak reti nak kemas ke? Tahu duduk je! Gelandangan kat kaki lima tu diorang takan sepahkan tempat diorang tumpang tidur jadi macam ni tau, tak macam kau,"sindir Sehun sempat menjeling ke arah Baekhyun. Baekhyun menguap, labuhkan punggung di sebelah Sehun. Boleh pulak Baekhyun buat bodoh.

"Kau tahu kan aku baru je keluar hospital ni! Aku tak sembuh sepenuhnya lagi ni tahu tak,"Baekhyun buka je mulut, terus menguap bau busuk alkohol. Buat Sehun terpaksa menekan hidungnya.

"So, orang sakit ni boleh ke teguk soju? Baekhyun, ada benda aku nak tanya kau,"

"What?"Baekhyun menjungkitkan kedua dua bahunya.

"Kau sure ke kau sorang je  yang selamat keluar dari pulau tu. Kawan kawan kita yang lain mana? Apa dah jadi sebenarnya?"soal Sehun.

Baekhyun diam. Dia menggapai plastik yang Sehun bawakan tadi. Ada satu cup kopi suam dan sandwich. Dia teguk kopi itu sebelum kembali bersuara.

"Aku cuma boleh cakap, masa kat sana kitorang kena attack dengan ular besar. Ular yang telan dan makan manusia. I know it's sound nonsense. Kau nak percaya ke tak, terserah. Aku dah try selamatkan diorang, tapi gagal. Mian!"balas Baekhyun, dah malas nak bahas perkara yang sama yang disoal oleh Sehun berulang kali.

"Kau kenal Ji Hyo. Aku tahu kau ada jumpa dia kat sana. Tell me apa dah jadi pada Ji Hyo,"disogok dengan soalan itu, terus tersembur kopi di dalam mulut Baekhyun.

"Wait...wait! Apa kau cakap ni? Aku tak fahamla? Ji Hyo? Ji Hyo mana ni?"Baekhyun buat buat tak faham. Tahu dengan helah Baekhyun itu, Sehun menghamburkan.

"Sesuatu dah jadi kan antara kau dengan Ji Hyo kat sana,"

"Tak, apa kaitan kau dengan perempuan tu,"Muka Baekhyun berkerut. Berkerut bukan terkejut dengan kata kata Sehun, tapi berkerut menahan perutnya yang tiba tiba sakit, memulas. Dadanya turun naik dengan kuat. Tubuhnya menggeletar. Nafasnya tercunggap kerana sukar untuk bernafas.

"Baekhyun, aku sanggup buat apa saja untuk Ji Hyo. Hari ni, aku lunaskan hasrat Ji Hyo yang tertangguh. Aku nak dia happy. Kau faham kan,"Sehun menepuk nepuk pipi Baekhyun. Mulut Baekhyun mengeluar buih buih putih dengan banyak yang bercampur darah. Darah turut mengalir keluar dari rongga hidungnya.

"Kau.....kauuu letak racun dalam kkoppi tu,"mata Sehun terbeliak. Mulutnya ternganga luas sebelum mengelupur dia jatuh ke lantai.

"Mati pon!"Sehun berjalan ke pintu masuk. Daun pintu dikuak untuk membenarkan seorang perempuan yang sudah lama menunggu di luar itu masuk.

"Dah settle?"soal Hyerim. Sehun angguk.

"Bantu aku angkat mayat ni,"

"So, kau nak buat apa lepas ni?"Hyerim balut tubuh Baekhyun dengan plastik hitam. Sehun pula bersihkan darah dan apa apa yang patut, yang boleh meninggalkan kesan cap jarinya.

"Kita buang je dia dalam sungai. Biar kena makan dengan buaya,"balas Sehun.

"Yang plan hujung minggu tu jadi ke tak?"

"Jadi lah. Aku dah sewa boat. Kita pergi ke pulau tu, cari Ji Hyo, bawak balik dia balik sini,"

"Kau yakin ke Ji Hyo hidup lagi?"

"Yup!"

*    *    *    *

"Aku kat mana?"Ji Hyo rasakan semuanya sangat gelap, seperti dia masih terperangkap di dalam lubang jahanam itu, atau mungkin sekarang berada di dalam perut ular gergasi yang dah menelannya.

"Dont worry Ji Hyo! Kau selamat! Kau selamat,"rasa seperti tubuhnya dipeluk erat. Ji Hyo kenal suara itu. Sangat kenal.

"Kim!"

Okey guys....dah habis. Vote and comment. Thanks kepada yang sudi baca dan vote ff ni. Sorryla kalau ada beberapa part dlm ff ni yang tak best ke, yang korang tak suka ke. Semua kekurangan, kesilapan....mohon dimaafkan. Bye guys. Jumpa lagi ye. Aku sayang readers yang baca ff ni😍😍😍😘😘😘 Muah. Yang dah nak buka sekoLah tu, selamt kembali ke sekolah ye.

@nekkho- 04/07/2020

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

 𝘼𝙉𝘼𝘾𝙊𝙉𝘿𝘼𝙎Where stories live. Discover now