CHAPTER 1

339 50 5
                                    

"Hyung,trylah usya yeoja kat sebelah hyung tu," Chanyeol menyiku bahu Baekhyun sambil menjuihkan bibirnya ke satu arah. Baekhyun mengalihkan pandangan ke arah seorang wanita yang berdiri tidak jauh darinya. Wanita tersebut nampak sedang ralit menikmati pemandangan laut.

"Hi!" sapa Baekhyun sambil menghulurkan tangannya ke arah wanita tersebut.

"Nak apa?" soal wanita itu.

"Nak berkenalan boleh tak?" balas Baekhyun,mengenyitkan matanya. Wanita itu menjeling Baekhyun tajam. Tangan Baekhyun langsung tidak disambut.

"Tak payah nak ngada-ngada. I ni wife orang,so jangan nak menggatal," kata Ji Hyo. Baekhyun terus melarikan tangannya dari Ji Hyo,takut suami Ji Hyo nampak.

"Err,sorry! Sorry! Datang honeymoon kat sini ke,"

"No. I datang sorang diri. Errrr......husband I busy. Lagi pun i datang sini atas urusan kerja. Btw,selamat berkenalan. Nama I Song Ji Hyo," Ji Hyo memperkenalkan dirinya. Baekhyun mengangguk senyum.

"Nama saya Byun Baekhyun. Nice to meet you," balas Baekhyun. Chanyeol yang berada di sebelah Baekhyun gelak sakan dapat kenakan kawannya itu.

"Yeol,menda kau ni! Dia tu bini oranglah bongok," telinga capang Chanyeol ditarik. Memang nak kena Chanyeol ni,ada ke patut suruh ngorat bini orang. Tak ke naya Baekhyun nanti.

"Manalah aku tahu dia tu bini orang,"

"Lain kali make sure lah dulu awek yang kau suggest tu single ke taken," marah Baekhyun,mencebik. Malu dia dibuatnya.

Dalam diam,Ji Hyo tergelak kecil melihat pergaduhan antara Chanyeol dan Baekhyun. Senang je Baekhyun kena tipu. Sebenarnya,Ji Hyo sengaja bagitahu Baekhyun yang dia dah kahwin.....takdelah lelaki yang nak menggatal dengan dia. Lagipun,Ji Hyo bukannya perempuan yang minat layan lelaki,usianya sudah pun hampir mencecah angka 30....tapi still tidak berkahwin lagi.

Kepala Kai tiba-tiba je terasa pening. Pandangannya berpinar. Bau laut menusuk masuk ke dalam rongga hidung,membuatkan Kai mual. Tubuhnya terasa terombang ambing sehingga Kai gagal mengimbangkan tubuhnya.

"Kau ok tak ni Kai?" soal D.O,memegang bahu Kai erat.

"Bwuaarrkk!" Kai memuntahkan semua isi perutnya pada baju D.O. Habis baju T-shirt D.O basah dengan muntah Kai.

"Kai,aishhh habis kotor baju aku," jerit D.O.

"Pehal ni wei?" Lay datang ke arah mereka berdua. Kai sudah terbaring di atas lantai.

"Kai muntah. Aku rasa dia kena mabuk laut," kata D.O. Lay memeriksa keadaan Kai. Kai pengsan.

"Kau pergi panggil Encik Kwang Soo sekarang!" arah Lay nampak panik. D.O bergegas ke bilik pemanduan.

"Encik Kwang Soo,kawan saya pengsan. Dia mabuk laut," kata D.O. Kwang Soo mengambil bekas first aid dan keluar dari bilik pemanduan bersama-sama D.O.

"Sapu minyak angin ni kat kepala dan hidung dia. Bawa dia ke bilik rehat sekarang. Kalau dia dah sedar nanti,suruh dia makan ubat," Kwang Soo menyerahkan sebotol minyak angin dan beberapa biji ubat yang diletakkan di dalam plastik kecil kepada D.O. D.O mengangguk faham. Lay memapah Kai menuju ke bilik rehat.

*    *    *    *

Feri yang dinaiki oleh 50 orang pelancong itu berhenti di hadapan jeti. Seorang demi seorang turun dari feri.

"Selamat Datang ke Paradise Resort. Syurga percutian untuk anda semua," beberapa orang gadis cantik menyambut kedatangan 50 orang pelancong itu dengan menyarungkan kalungan bunga pada leher mereka.

"Wahh,cantiknya pulau ni," kata Xiumin,sedikit tertarik dengan keindahan Paradise Island.

"Aku jamin percutian kita kali ini akan jadi memori yang paling terindah," tambah Chen. Chen menangkap beberapa keping gambar di sekelilingnya.

Gadis-gadis tersebut membawa mereka ke pintu masuk resort. Peliknya, resort tersebut di kelilingi oleh pagar elektrik yang berduri-duri.

"Hati hati ya,para pelancong tidak dibenarkan untuk sentuh pagar ni sebab ada elekrik," kata salah seorang gadis tersebut mengingatkan mereka.

"Kau rasa,kenapa dia pasang pagar elektrik kat sekeliling resort ni?" soal Suho,ingin tahu kerana sekeliling resort tersebut sepenuhnya dipagari dengan dawai besi yang berduri,tak seperti resort-resort lain yang pernah dia kunjungi.

"Mungkin untuk elakkan binatang-binatang buas masuk ke dalam resort. Lagipun,sekeliling resort ni penuh dengan hutan,tak ke banyak binatang buas yang boleh buat menceroboh dan kacau," balas Chanyeol memberi pandangannya. Dengan adanya pagar elektrik tersebut,keselamatan penghuni resort lebih terjamin.

"Ok,kita akan berkumpul di dewan terlebih dahulu untuk mendengar ucapan dari pemilik Paradise Resort," kata gadis gadis tersebut memandu 50 orang pelancong itu ke dewan utama. Resort tersebut taklah besar sangat. Tapi suasanya cukup nyaman dan redup. Bunyi kicauan burung dan unggas dari hutan berkumandang di sekeliling.

Semua pelancong berkumpul di dalam dewan utama. Seorang lelaki berkot hitam naik di atas pentas sambil diiringi oleh dua orang lelaki di sebelahnya. Lelaki tersebut melambaikan tangan.

"Selamat Datang ke Paradise Resort,syurga pelancongan anda. Nama saya Yoo Jae Suk,pemilik resort ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda semua kerana telah terpilih untuk menyertai percutian di sini selama 4 hari 3 malam secara percuma. Di sini kami akan menyediakan segala keperluan dan aktiviti aktiviti menarik sepanjang anda anda semua berada di sini. Kami jamin,anda semua akan menikmati percutian ibarat di syurga apabila anda berada di sini. Sekian,terima kasih!" Jae Suk mengakhiri ucapan dengan memberikan tunduk hormat kepada mereka. Mereka memberikan tempukan gemuruh pada Jae Suk saat lelaki itu turun dari pentas.

"Kwang Soo,Gary tolong bawa pelancong-pelancong kita ke bilik mereka masing-masing," arah Jae Suk pada pekerja-pekerjanya.

Para pelancong dibawa keluar dari dewan menuju ke bilik masing-masing. Setiap bilik dikongsi 2 atau 3 orang.

"Ni bilik encik!" gadis tersebut menyerahkan anak kunci pada Chanyeol. Baekhyun,Chanyeol dan Suho berkongsi satu bilik. Bilik yang berdindingkan buluh itu agak besar dan cukup muat untuk menempatkan mereka bertiga.

"Kalau ada apa-apa,encik boleh call pihak kami atau pergi ke kaunter," kata gadis tersebut meminta diri untuk pergi. Chanyeol menahan tangan wanita itu.

"Nombor telefon awak berapa? Saya takut saya rindu awak,so boleh saya call awak," Chanyeol kenyitkan mata pada wanita itu. Wanita tersebut tersenyum tawar,lekas mengalihkan tangan Chanyeol dan berlalu pergi tanpa berkata apa apa pun. Chanyeol kena reject mentah-mentah. Malu beb! Baekhyun dan Suho menggelakkan Chanyeol.

"Come onlah bro. Kau belum power lagi nak mengayat perempuan. Kalau aku jadi perempuan tu pun,aku takan tergoda dengan kau," sindir Suho. Chanyeol mencebik malu.

"Wei,cepatlah bukak pintu ni! Aku nak berak ni! Dah tak tahan. Ke korang nak aku terberak kat sini," marah Baekhyun sambil memegang perutnya yang terasa memulas.

Chanyeol terus membuka pintu tersebut. Baekhyun berlari masuk ke dalam bilik dan masuk ke dalam tandas.

"Woi,beg beg Baekhyun ni saper nak angkat?"

"Kaulah yang kena angkat," Chanyeol selamba tinggalkan Suho di luar dengan beg beg bagasi Baekhyun. Padan muka! Sengaja dia mahu kenakan Suho. Tadi bukan main lagi Suho gelakannya.

"Arrgghhhh!"

Jeritan nyaring Baekhyun dari dalam tandas mengejutkan Chanyeol dan Suho. Mereka berdua terus meluru ke arah tandas,pergi mendapatkan Baekhyun.

 𝘼𝙉𝘼𝘾𝙊𝙉𝘿𝘼𝙎Where stories live. Discover now