CHAPTER 7

283 43 1
                                    

"Ok,clear!"

Setelah memastikan Jong Kook,lelaki bengis berbadan sasa itu tidak kelihatan mengawasi pagar eletrik,Chanyeol dan Suho lekas keluar dari tempat persembunyian mereka dan meluru ke arah sebuah kotak besi yang berada bersebelahan pintu masuk pagar tersebut.

Kotak tersebut terpaksa dibuka dengan pencungkil kerana penutupnya dikunci dengan mangga.

"Cepat matikan pagar elektrik ni," gesa Chanyeol. Sesekali dia memerhati sekeliling,memastikan Jong Kook tiada. Suho mengangguk faham,mengamati lama beberapa kompenan dan wayar wayar berselirat di dalam kotak tersebut.

"Cepatlah wei! Nanti Jong Kook datang! Naya kita nanti!" kata  Chanyeol.

"Kejaplah!" Suho menarik satu injap pada kotak tersebut. Serta merta arus elektrik yang mengalir pada pagar tersebut mati.

"Ok done!" Suho mengangkat thumbs up pada Chanyeol.

Terlebih dahulu,Chanyeol melekapkan jarinya pada pagar tersebut untuk memastikan tiada arus elektrik. Hanya rasa sejuk besi yang dirangsang oleh reseptor jarinya. Selamat!

"Mana kunci tu,"soal Chanyeol.

Suho menyeluk poket seluarnya. Segugus kunci yang diikat pada keychai dihulurkan pada Chanyeol. Suho mencuri kunci tersebut dari bilik pengawal. Nasib baiklah Si Jong Kook tinggalkan kunci tersebut. Nampaknya,kerja mereka cukup senang.

Chanyeol terus memasukkan kunci ke dalam lubang mangga. Kunci dipulas 360° dan mangga tersebut terlerai dari rantainya. Pintu pagar itu dikuak sedikit. Mereka berdua keluar melepasi pagar tersebut. Pintu pagar itu ditutup semula. Mereka lekas berlari ke dalam kawasan hutan,menuju ke arah kawasan paya yang mereka lalui semalam.

*    *    *    *

Selepas kenyang mengisi perut dengan dua keping roti bersama segelas susu,Jong Kook kembali semula ke pondok pengawal untuk berehat sekejap. Semalam,dia tak dapat tidur,ulang alik satu resort untuk mencari ular yang dah makan Kai.

Dahi Jong Kook berkerut. Barang barang di dalam pondok bersepah,seperti baru saja digeledah oleh seseorang. Kunci pagar elektrik yang tadinya elok berada di atas meja kerjanya dah lesap. Tak silapnya,memang kunci tersebut dia letakkan di atas meja,tapi sekarang dah takde. Konklusinya,seseorang telah memecah masuk ke dalam pondok dan mengambil kunci pagar elektrik.

Jong Kook terus melihat skrin komputer yang disambungkan pada cctv. Rakaman beberapa minit tadi,selepas dia meninggalkan pondok dilihat dengan penuh teliti.

Skrin komputer memaparkan dua orang lelaki meluru ke arah pintu pagar elektrik. Salah seorang daripada mereka berdua membuka pintu pagar utama elektrik. Jong Kook sudah mendapat jawapannya. Sayangnya,wajah kedua dua lelaki tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas.

"Shit!" Jong Kook menepuk meja kasar. Dia terus keluar dari pondok menuju ke arah pagar elektrik. Kotak punca kuasa yang menghidupkan arus elektrik pada pagar tersebut kelihatan terbuka. Injapnya telah ditarik,menyebabkan pagar elektrik tidak berfungsi.

"Babi! Dasar bodoh! Kalau aku dapat tangkap korang berdua,siap aku kerjakan," Jong Kook tak henti henti menyumpah seranah. Dia menaikkan semula injap. Pagar elektrik berfungsi semula. Pintu masuk pagar tersebut dikunci semula dengan kunci pendua.

"Korang belum tentu dapat balik semula ke sini dengan selamat," Jong Kook tersenyum sinis,terpacak berdiri di situ sambil pandangannya dialihkan ke luar pagar. Sesekali,dia tergelak kecil. Mereka bertiga sengaja menempah buat,menjadikan diri mereka sebagai mangsa Anacondas. Bodoh!

 𝘼𝙉𝘼𝘾𝙊𝙉𝘿𝘼𝙎Where stories live. Discover now