CHAPTER 13

152 22 12
                                    

Hari kian menjengah ke senja. Cahaya dari celah celah pokok kian hilang satu persatu menjadikan suasana kelam dan malap. Unggas-unggas di sekeliling bersahutan menyanyi, sepertinya bergembira akan menyambut kedatangan malam.

Ji Hyo yang bersandar pada batang pokok untuk beberapa jam itu bangun dan menggeliatkan tubuhnya yang lenguh. Penat masih terasa. Otot otot masih terasa berat dan mungkin tidak menyingkirkan asid laktik sepenuhnya untuk berfungsi dengan baik. Di sekitarnya, Baekhyun, Kyung Soo, Lay dan Jong Kook masih terbaring lena. Mereka nampaknya sangat kepenatan selepas bergelut dengan situasi tadi. Otak dan tubuh, kedua duanya memerlukan rehat dalam satu masa.

"Baek!"Ji Hyo mendekati Baekhyun. Bahu Baekhyun digoncang seraya nama lelaki itu dipanggil dengan suara yang lembut. Beberapa saat kemudian, Baekhyun terbangun dengan mata separa mencelik. Dia menguap beberapa kali dan menggosok kelopak matanya untuk menghilangkan sisa mengantuk.

"Are you ok?"soal Baekhyun, lalu mengheret tangan Ji Hyo untuk digenggam. Ji Hyo mengangguk dan membalas dengan segaris senyuman. Senyuman yang cukup membuatkan Baekhyun lega.

"I promise you that I will bring you out from this fucking place,"kata Baekhyun. Tubuh Ji Hyo dipeluk. Ji Hyo melentokkan kepalanya pada lengan sasa Baekhyun, merasakan haba hangat dari kulit Baekhyun.

"Baek, janji dengan aku walau apa pun jadi kat kita....kau mesti selamat,"balas Ji Hyo memegang lembut pipi Baekhyun. Tompokan darah yang dah kering di pipi lelaki itu disapu lembut. Baekhyun menguntum senyuman yang terus membuatkan Ji Hyo cair.

"No. Kau pon kena selamat!"

Dua pasang mata itu saling menatap lama. Pandangan masing masing seakan akan memberi isyarat pada bibir mereka supaya bergerak ke arah satu sama lain dan bercantum erat.

"Alah, nak bercium ke, nak romen ke please cari tempat tersembunyi sikit. Takan kat depan kitorang ni pon nak show off gak. Kepunan nanti kami ni,"suara menyindir dari Jong Kook terus memintas suasana romantik Ji Hyo dan Baekhyun itu. Mereka meleraikan ciuman, dan mengalikan kepala  ke arah bertentangan. Pipi masing masing merona merah. Wajah ditundukkan sambil tersipu malu.

"Potong ah kau Jong Kook! Aku baru nak tengok Baekhyun buka baju Ji Hyo,"Lay mengeluh dengan wajah hampa.

"Wtf Lay! Kau ni asal blue sangat. Ok, yang tadi tu tak sengaja. Anggap je korang tak nampak apa apa. Aku dan Ji Hyo.....err kitorang cuma kawan je,"Baekhyun menggelengkan kepalanya, cuba menafikan tanggapan mereka. Ji Hyo hanya diam. 'Cuma kawan je' kata Baekhyun tadi agak buat dia sedikit terkilan.

"Dah dah, dah nak malam ni. Kita nak tido kat mana malam ni,"celah Kyung Soo menyedarkan mereka.

"Tido kat sini jelah!"balas Jong Kook.

"Bonggok, kau nak kita kena telan dengan ular ular tu ke?"

"Dah tu kau ada tempat lain ke nak tido! Ke kau nak pergi redah hutan untuk ke terowong tu. Lagi la cepat kau mati kena makan dengan ular ular tu. Kita stay je kat sini dulu malam ni. Masing masing kena bergilir berjaga. Esok baru kita sambung pergi ke terowong,"cadangan dari Jong Kook itu takde satu pon yang berani membantah. Jong Kook tu diorang dah official lantik sebagai ketua. Lagipun, takde saper yang berani nak ingkar pada Jong Kook yang garang tu.

"Ermm, gais....bekalan makanan kita ni aku rasa hanya cukup untuk malam ni je. Aku cuma sempat bawak dua tin sardin, roti dan air mineral,"Kyung Soo keluarkan bahan makanan dari begnya. Nasib baik dia sempat bawak makanan sebelum lari masuk hutan tadi. Lay dan Baekhyun kumpulkan ranting ranting kayu dan daun kering untuk buat unggun api. Diorang hanya tidur beralaskan daun daun dan rumput.

Longgokkan kayu dan daun kering itu dinyalakan. Cahaya jingga menerangi mereka yang mengelilingi unggun api itu. Mereka berbagi roti itu dan makan bersama sardin. Air mineral 100ml tu pulak sedakar cukup tiga teguk sorang je.

 𝘼𝙉𝘼𝘾𝙊𝙉𝘿𝘼𝙎Where stories live. Discover now