BAB 45

885 53 12
                                    

Irfan memandang jam di dinding dengan penuh gelisah.Dia tak risaukan diri dia,yang paling dia risaukan adalah Airina.Macam mana reaksi gadis itu lepas dua belas tahun,dia akan jumpa balik orang yang dah ubah hidup dia,ubah pandangan dia 360 darjah.Boleh ke Airina tengok orang yang dah buat perasaan dia mati lepas bertahun menunggu tanpa khabar berita?Boleh ke dia terima kehadiran yang dia nanti tu sekarang?

Irfan pula yang takut.

Dia dah mula overthinking yang macam-macam.

Gambar yang terletak elok di dalam frame itu ditenung lama.Gambar dia,Aryan dan Airina yang masih muda dengan seragam sekolah.Ada juga rakan-rakan lain.Waktu tu mula-mula mereka belajar bersama.Saat pertama kali mereka tampak rapat sedangkan Airina dan Aryan,tak pernah sekalipun tak bertikam mulut.

"Yan,kalaulah kau tahu betapa kami ni sayangkan kau.Adakah kau akan tinggalkan kami ni begitu saja macam yang kau buat ni?"

Tak semena-mena dadanya terasa sebak.Matanya hampir berkaca.Tapi memikirkan yang dia lelaki,takkan semudah itu dia mengalah dengan perasaan.

"Kau tak sepatutnya tipu Airina lah Yan.Kalau aku yang lelaki ni pun sedih ingatkan kau macam mana dengan Rin?Entah berapa kali dia menangis fikir apa salah dia dekat kau.Kau jahat,Aryan."

Memikirkan emosinya yang sudah tak terkawal,Irfan segera mencampakkan gambar itu kembali ke dalam kotak.Bertahun kotak itu tidak dibuka,dan harini pertama kali dalam sejarah.Sejujurnya dia merajuk,fikirnya dia dah tak mahu kesalkan Aryan.Tapi baru dia sedar,jauh di sudut hati,tak sekalipun dia lupakan sahabatnya.

Tak lama selepas itu,telefon pintarnya berbunyi nyaring.Panggilan yang tertera nama orang yang dia nantikan muncul di skrin.Tanpa berlengah,dia terus menjawab.Dia mengesat mata.

"Hello?"

Suara wanita menyapa gegendang telinganya.

"Oh,dah sampai airport?Tunggu kejap dalam 10 minit lagi Irfan sampai."

Seketika kemudian talian di matikan.Irfan menarik nafas panjang.Kakinya segera melangkah mencapai kunci keretanya dan hala tujunya ialah lapangan terbang,menyambut orang yang sedari tadi dia nanti-nantikan.

Gembira?

Ya semestinya dia gembira sebab dia boleh bertemu semula dengan orang yang dia sayang.

Tapi dia juga gusar dan takut.Kerana untuk membaiki rasa yang tak akan mungkin sama seperti dulu..amat sulit.


************

KERETA yang dipandu Arasy mula memasuki kawasan parking kediaman rumah banglonya.Sesekali Airina menjeling melihat Arasy.Rasa segan pula nak masuk ke dalam lepas tuan rumah sendiri datang jemput.Nanti orang kata apa pula,tuan rumah jemput perempuan personally datang ke rumah.Dengan bajunya yang sedondon.Eh malunya!

"Rin,dah kenapa pandang saya macam tu.Dahlah daripada tadi awal-awal perjalanan awak diam.Saya ada buat awak tak selesa ke?"

Arasy mengeluh panjang.Bukan dia tak perhati tingkah Airina yang macam ralit termenung.Entah apa saja yang dia fikirkan.Dengan anak matanya yang tak berapa yakin saja nak masuk dalam rumah ni.

"Tak,Rasy.Saya bukan tak selesa.Cuma rasa malu lah.Nanti family awak mesti rasa pelik sebab awak jemput saya secara peribadi macam ni.Segan rasanya."

Arasy menepuk dahi.Benda yang macam tu nak dirisaukan.

"Jangan risau family saya tak ramai.Ada ibu dengan makcik pakcik saya sepasang.Keluarga saya tinggal lain benua.Ada rezeki baru boleh jumpa."

Mendengarkan kata-kata Arasy terasa jugalah lega di dada.Tapi melihatkan kakinya yang masih statik di tempat yang sama Arasy mula mengeluh.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now