BAB 33

1.2K 57 4
                                    

"Irfan?Boleh tak kau tolong aku?Kali ni saja."

Minda Irfan masih menerawang memikirkan kata-kata Aryan ketika dalam telefon semalam.Suatu permintaan daripada Aryan yang buat dia pening kepala.Kerjanya mudah sahaja,tapi benda yang mudah itulah mudah juga kantoi.

Dia menghela nafas berat.Tangannya dihulurkan ke dalam laci meja.Patung beruang kecil berwarna putih yang berada dalam laci mejanya dikeluarkan.Sekeping nota dan coklat yang terselit di pinggang teddy bear itu ditenung lama.Ini kalau ada yang nampak,mahu saja dia dicop sukakan Airina pula.Dah macam budak baru nak up,bagi surat cinta bagai.

Aryan ni satu hal.Sudahlah patung itu dia yang beli,kertas dan coklat itu pun dia yang beli.Yang menulis?Itu pun kerja dia juga.Nak bagi pada Rin?Pun kerja dia.Aryan cuma pilih saja,nasib baik memilih tu pun bukan dia.Sekarang nak bagi macam mana?

"Irfan,jom kantin."

Amin menepuk bahunya.

Hampir saja dia lempar patung beruang kecil yang ada di tangannya itu.Mahu menanggung malu 40 hari dia nanti.Segera dia sembunyikan semula ke dalam meja.

"Bro,aku rasa perut aku sakit lah.Kau pergi saja dulu.Nanti kalau okey,aku pergi cari kau dekat sana."

Irfan memberi alasan.Perut sengaja dipegang,pura-pura sedang sakit.Tak pasal-pasal pula dia menipu Amin hari ni.Boleh jadi dia pula yang sakit perut sebab tak makan hari ni.Tak apalah,demi brotherhood antara dia dan Aryan.

"Tak apalah kalau macam tu.Tapi Fan,kalau kau nak apa-apa datang cari aku cepat.Aku bukan apa,risau lah kau tenat,nanti orang cop aku kawan tak bertanggungjawab pula."

Amin mendabik dada.

"Choi kau Min,nak sangat aku sakit."

Amin ketawa besar sebelum dia membawa diri ke kantin.Irfan menghela nafas lega.Line memang dah clear.

"Kali ni saja aku tolong kau,Aryan.Kalau kau suruh lagi,memang aku tak adanya nak buat dah."

Mulutnya sempat lagi mengomel panjang seraya kakinya melangkah mendekati meja Airina.Patung beruang yang berada ditangannya segera dia masukkan ke dalam meja Airina.Ini semua idea hak cipta terpelihara daripada Aryan lah ni.Harap-harap Airina jumpa.Kalau tidak,cair lah si coklat.

Usai menjalankan tugasnya,segera Irfan berlari keluar dari kelas itu.Tak mahu fikir panjang lagi dah,dia dah jalankan kehendak Aryan.Sedar atau tidak tentang hadiah yang berada di bawah meja itu,tugas Airina lah pula yang menjumpainya.

Demi Aryan!

*******

HABIS sahaja kelas kimia pagi itu mereka berjalan beriringan keluar.Kantin dituju untuk mendapatkan sarapan pagi.

"Rin,petang nanti kita study rumah aku eh."

Hani menerpa dan memeluk Airina dari belakang.

Airina macam biasa,tak banyak bicara.Hanya membalas dengan anggukan kepala.Lepas mereka tahu yang Fahmi Aryan dah pindah sekolah,mereka mula perasaan akan perubahan di wajah Airina.Kawan mereka yang selalu on kalau diajak bergurau itu sudah mula berubah 360 darjah.Setiap kali mereka cuba berborak bersama dengan Airina,dia cuma membalas dengan anggukan atau gelengan saja.

Kalau lucu dia ketawa singkat,kalau sedih dia kerut kening saja,dan kalau diikutkan,selama ini dia memang banyak cakap.Memang lah Airina tak banyak cakap bila dengan orang asing,tapi kalau dengan mereka?Airina lah yang paling banyak mulut bercerita.Sampaikan semua rahsia Airina cerita.Tak pernah mereka menyembunyikan sesuatu hal dari satu sama lain.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now