BAB 5

2.5K 92 4
                                    

Ayam kunyit di dalam bekas makanannya dikuis-kuis tidak berselera manakala nasi putih yang dibawanya masih memenuhi setengah bekas.

"Kau ni tak okay lagi ke?"

Hani menegur. Geram juga melihat tingkah laku Airina yang begitu tidak bermaya. Aleen dan Shahirah pun turut berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak pula pelik kerana masing-masing sudah mengerti kenapa Airina bersikap sebegitu hari ini.

Yang tak lain tak bukan kerana Asri Furqan yang sudah meninggalkan sekolah mereka itu.

"Entahlah Hani.Rasanya dah banyak hari crush dia terbang ke New York sana. Sampai hari ni dia tak lalu makan."

Aleen memintas. Selaku orang yang sudah mengenal Airina lama, lebih lama dari Hani dan Shahirah sendiri, dia tidak pernah pula melihat Airina berperilaku sebegitu. Yalah,Airina pun bukan pernah bercinta atau berscandal dengan sesiapa sebelum ni. Asri Furqan itu seorang sajalah yang dia minat bertahun-tahun. Setia sangat pada yang satu. Bukan macam Shahirah. Diam-diam ubi berisi. Pasang scandal kiri kanan dari tingkatan dua lagi.

Sempat juga dia mengutuk rakan baiknya yang seorang lagi itu di dalam hati.

"Korang ni. Rin minat mamat tu lama kot. Dari Form 1 dia usya. Takkan sesenang itu nak move on. Kan Rin?"

Airina yang dari tadi termenung itu cepat-cepat memandang Shahirah dengan mata yang bersinar-sinar. Mulutnya tiba-tiba juga tersenyum lebar. Akhirnya ada juga orang yang memahami.

"Thankyou dho Shahirah. Respect lah. Dia faham perasaan aku."

Shahirah tersengih senget manakala dua orang lagi yang berada di situ hanya menjeling menyampah.

"Dia tu faham lah kau Rin sebab dia berpengalaman cinta cintun ni. Kau tu, macam mana lah boleh minat sangat dengan mamat tu. Memanglah dia tu cukup pakej tapi entahlah aku tetap tak faham. Kau bukan senang suka orang ni."

Hani tergeleng-geleng. Tak faham betul dia dengan Airina yang boleh sukakan orang sama sampai 4-5 tahun? Kalau setakat handsome, smart dan athletic, dia rasa ada saja student lain yang lebih dari itu.

Macam mana Asri Furqan boleh menjadi begitu istimewa untuk Airina?

"Korang tak tahu kan? Asri Furqan tu pernah selamatkan seorang budak sebaya kita dari bunuh diri. Masa tu kita semua form 1 lagi. Korang pula masa tu belum pindah ke sini."

Mendengar apa yang keluar dari mulut Aleen, Hani dan Shahirah masing-masing ternganga. Ini pertama kali mereka mendengar cerita tersebut. Kenapa kisah ni terlalu underrated sampaikan tidak terkenal langsung dalam kalangan pelajar.

"If you have the ability to love, love yourself first. Itu ayat yang dia pernah cakap dekat budak tu. Dan kebetulan masa tu Rin tengah sedih sebab ada orang ejek dia gemuk.Nak dijadikan cerita lah konon-konon Rin pun terasa dengan ayat dia.Dia rasa kata-kata tu membantu dia bangkit.Hah begitu."

Mereka perlahan-lahan mengangguk. Mengerti dengan apa yang disampaikan kerana mereka sudah mengetahui awal yang Airina pernah jadi chubby suatu ketika dahulu. Malah mereka sudah pernah melihat gambar gadis itu ketika darjah enam. Pipinya gebu sangat comel seperti gula-gula kapas. Berbeza dengan dia yang sekarang. Mungkin faktor usia juga mempengaruhi bagaimana fizikal seseorang itu berubah.

Dan biasalah perempuan kalau diejek tentang gemuk ni tak kira lah peringkat umur, memang mudah saja melenting. Dan yang mengejek pun satu tiada kesedaran. Sekecil apapun ejekan pada orang tu akan bagi pengaruh buruk pada orang tersebut. Jadi jangan sesekali nak ejek orang!

"Rin?"

Mendengar suara yang menyeru namanya itu dia sudah awal-awal menguatkan diri untuk menahan amarah. Tak lain tak bukan mestilah yang memanggil itu adalah musuh ketatnya yang sangat dia tidak suka.Mendengar namapun sudah cukup membuat dia berasa berbulu..

"Kau nak apa ni mat? Kau tak habis-habis lagi nak membebankan Rin ni dengan kerja sampai dia pengsan lagi?"

Tu dia! Belum sempat berkata dah kena lampias. Semua gara-gara Airina jatuh pengsan semalam. Semuanya terus-terusan menyalahkan Aryan kerana mereka sendiri nampak yang Aryan daripada pagi tak henti-henti mengarah Airina buat itulah inilah. Sebab itulah gadis itu sampai gastrik dan pengsan kerana tak sempat menjamah makan dan minum.

Dan sejujurnya Aryan memang berasa bersalah pun.

Airina tak langsung memandang Aryan. Dia hanya terdiam menopang dagu. Tidak menghiraukan rakan-rakannya yang sudah siap sedia menyalai Aryan dengan kata-kata. Fikirnya biarkan saja Aryan disalahkan, biar padan muka. HAHA!

"Ya ya aku tahulah. Memang salah aku pun sebab tak peka anak buah aku kelaparan ke kepenatan. Tapi sebabkan aku tahu salah akulah ni aku nak datang minta maaf. Korang tak cukup lagi ke marah dengan aku sekarang sampai nak tambah-tambah lagi luka di hati aku ni."

Aryan bersuara sambil bibirnya mencebik mempamer wajah sedih. Yang harus dia deal sekarang bukan mereka tapi Airina. Melihatkan gadis itu yang langsung tak menoleh memandang dia, tekanya gadis itu pasti sangat marah.

"Kalau dah tahu salah tu blah sajalah. Ini orang dah tak suka dia lagi nak tunjuk-tunjuk muka."

Hani melampias lagi amarahnya kepada Aryan. Dia sudahlah berdarah panas, Aryan lagi tambah minyak dengan susahkan hidup kawan baiknya. Kalau sikit-sikit boleh dimaafkan lagi. Tapi ini selalu! Dari awal lelaki itu masuk ke sekolah mereka lagi, jarang sangat lah dia lihat Aryan mahu bersikap baik sedikit kepada Airina.

"Dahlah Hani, sebenarnya aku tak ambil hati sangat pun dengan dia kali ni sebab aku tahu salah aku juga. Tapi kali ni sajalah, yang sebelum-sebelum ni dia sakitkan hati aku tu aku tak padam lagi dari ingatan."

Airina akhirnya bersuara sambil menjeling sinis kepada Aryan atas bawah. Kalau boleh dia nak saja Hanani ni membebel dekat Aryan sampai berdarah telinga mamat tu. Tapi dia ada hati nurani, lagipun nanti buat bising saja nanti orang dengar. Suara Hani tu sudahlah tak pakai speaker pun bergema satu sekolah.

"Thanks tau, Rin. Aku memang betul-betul minta maaf. Aku pergi dulu."

Aryan terus melangkah pergi dengan wajahnya yang masih kelat. Tampak jelaslah yang dia betul-betul diselubungi rasa kesal.

Padan muka!

Selama inikan dia suka cari pasal dengan Airina. Hah sekarang biar dia rasa yang dia tu bersalah!

Usai mereka makan pagi itu, langkah diatur bersama-sama pulang ke kelas masing-masing untuk sesi pembelajaran seterusnya.

Baru saja Airina ingin melabuhkan punggungnya di atas kerusi tetapi dia tersentak melihat satu paket coklat berjenama Cadbury terletak elok di situ. Siap dengan reben dan sekeping kertas kecil yang masih berlipat. Nasib baik dia perasan dan belum duduk, kalau tak memang habis dilenyeknya coklat yang lazat dan premium itu.

Sejak bila dia ada Secret admirer ni?

Ke Allah bagi rezeki ada orang minat dekat dia sebabkan dia sabar menghadapi kepatahan hatinya tatkala crush sudah terbang pergi.

Airina sempat berangan.

Sementara cikgu belum masuk itu, dia cepat-cepat mengambil coklat tersebut dan disimpannya ke dalam laci meja. Hanya nota kaki yang terselit itu dia ambil dan pegang. Risau kalau-kalau ada orang nampak dia pegang coklat bereben bagai itu nanti kawan-kawannya mulalah berspekulasi yang tidak-tidak.

"To Aryan Airina, aku minta maaf...lepasni aku akan cuba berbaik dengan kau walaupun susah."

Perlahan-lahan bibirnya membaca.

Secret admirer?

Ini ke hikmah ditinggal crush?

Apabila isi kertas itu difahamkan dia terus melirik ke hujung pada bawah kertas. Nama pemberi dibaca lalu riak wajahnya berubah.

From : Aryan

MR VS MRSWhere stories live. Discover now