BAB 39

1.5K 57 1
                                    

Pintu pejabatnya dikuak dari luar.Terjegul wajah lelaki tinggi lampai dengan sebuah fail ditangannya.

"Jadi Ed,macam mana?Apa yang kau jumpa pasal perempuan cantik ni?"

Lelaki tinggi lampai itu tersenyum singkat.Fail biru ditangannya terus dihulurkan kepada majikannya.

"Macam yang Encik Rasy syak,dia memang kenalan Aryan.Tapi dia sendiri pun dah lama tak berhubung dengan Aryan.Bertahun-tahun."

Arasy hanya mengangguk.

Aryan Airina Binti Haji Omar
SMK GAMMA JAYA

Tekanya Airina dan Aryan kenal semasa bersekolah di sekolah yang sama.Dan sekolah juga tempat terakhir mereka ada kaitan dengan satu sama lain.Selebihnya Aryan turut menghilangkan diri dari hidup gadis itu.

"Mereka agak rapat Encik Boss.Diorang pegang jawatan ketua pelajar sama-sama masa dekat sekolah dulu."

Eddy menambah

"Aku tahu Ed.Kalau diorang tak rapat takkanlah Airina tu mengigau-ngigau sebut nama Aryan.Tak apa Ed.Kau tak perlu kisah pasal hubungan diorang sebab aku tak rasa hubungan tu ada kaitan dengan kita.Sekarang kita cuba cari dia dekat mana-mana dulu.Kalau tetap tak jumpa kita berhenti setakat ni."

Arasy sempat membuka fail ditangannya.Satu persatu maklumat yang dibekalkan oleh Eddy dibelek sehelai demi sehelai.Tak banyak yang Eddy dapat tapi sudah cukup sekurang-kurangnya untuk membuktikan siapa perempuan yang dia baru saja temui.

"Encik Rasy pasti ke nak hentikan pencarian abang Encik ni?Saya boleh cuba ikhtiar cara lain kalau encik betul-betul nak cari dia."

Eddy memberi cadangan.Dia tahu walaupun Arasy berkata sebegitu,jauh di sudut hatinya lelaki itu masih berharap untuk dipertemukan dengan darah dagingnya yang hilang.

"Tak apa Eddy.Aku yakin suatu hari Tuhan sendiri yang bawa dia kepada aku.Aku hanya kena tunggu."

Eddy mengangguk tanda mengerti.Apa-apa sahaja keputusan majikannya dia harus turuti kerana tugasnya memang mengikut arahan.

******

LUTUTNYA yang lenguh diketuk secara manual dengan tangannya.Dah hampir beberapa jam dia melilau di pusat membeli belah tu,barang yang dibeli cuma sekangkang kera saja.Inilah dia apa yang berlaku bila dia ikut mamanya membeli belah.Bila yang seorang kaki shopping tapi yang seorang lagi kaki rehat dekat rumah.Dia pantang shopping lama-lama ni,cepat penat.

"Mama,lama lagi ke?Kita dah pusing berapa tingkat dah ni.Apa yang mama nak beli sebenarnya?Patutnya kita beli barang basah dekat tingkat bawah tu sekejap lepastu kita dah lama balik,mama."

Airina mengomel tak henti-henti.Mamanya boleh saja buat tak endah.Kedua-dua tangan tua itu masih sibuk membelek gantungan pakaian di hadapannya.

"Alang-alang kita datang,kita kenalah tengok semua benda,Rin.Kalau sales boleh la beli."

Dahinya diurut laju.Pening kepala melayan karenah mamanya membeli belah sakan.Kalau dia pula tak ingin la nak jejak pusat membeli belah ni.Baik beli online.Lagi-lagi sekarang,macam-macam benda yang wujud.Lazada lah shoppe lah apa lah.Jadi buat apa nak habiskan tenaga keluar meronda pusat beli belah ni.

Tak henti-henti dia membebel.

Sudahlah dia geram dengan papanya.Bila mama suruh teman shopping ada saja alasan,sibuklah.Nak kemas kebun lah apa lah.Nak lari lah tu.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now