BAB 38

1.6K 63 8
                                    

Thermos yang berisi bubur nasi yang dia bawa dari rumah itu dibuka.Isi thermos itu terus dituangnya ke dalam mangkuk.Masih panas untuk dimakan.Kakinya melangkah mendekati Airina yang masih berbaring di atas katil.

"Rin,makan jom."

Irfan memandang Airina yang masih ralit menonton kdrama di dalam telefon pintarnya.Setelah beberapa hari gadis itu berkurung di dalam wad,dia sedikit lega setelah diberitahu oleh doktor yang gadisi tu sudah boleh pulang petang ini.Setiap hari dia bergilir dengan keluarga Airina dan Naura untuk menjaga Airina di wad.Tapi itulah kekangan kerjanya sebagai juruterbang.Dia bukan boleh selalu ada di satu tempat.Kalau hari ini dia di Malaysia,esoknya mungkin dia tidur di Eropah dan begitulah seterusnya.

Selain risaukan fizikal Airina,dia turut risaukan mental gadis itu.

Tapi dia tahu,Airina gadis luar biasa.Dia terlalu kuat untuk melayan perasaan traumanya tu terlalu lama.Tengoklah malam tadi,kata Puan Zurina,Airina sudah boleh tidur nyenyak.Tidak mengigau dan meracau seperti sebelumnya.

"Tadi kau bagi aku makan dim sum lah apalah,malam ni tiba-tiba kau suruh aku dinner dengan bubur?"

Airina kerut dahi.

Dari bicara Airina,Irfan mengagak gadis itu memang sudah sihat.Tengoklah banyak pula cekadaknya apabila disuruh makan.

Semangkuk bubur itu diletakkan di atas meja di hadapan Airina. Sudu dihulurkan ke tangan gadis itu.Irfan sengih lebar.

"Habistu takkan aku nak belikan kau steak Gordon Ramsay kot bawa datang sini bagi kau makan.Kau tu pesakit,tak payah cerewet sangat dengan makanan."

Irfan membidas.

"Eleh, sebelum ni bukan main ikut kehendak aku.Cakap tak kisah aku nak makan apa asalkan aku makan.Hari ni dah kena suap bubur."

Sekali lagi Airina mengomel.

"Tu sebab kau tak lalu makan,itu yang aku ikutkan saja kehendak kau.Ni kau dah boleh membebel ni,kira sihat lah ni.Nah,aku kena paksa kau makan bubur ni juga sebab lepasni kau kena telan ubat.Demam kau belum hilang sepenuhnya lagi,kau tahu?"

Irfan menambah lagi.Airina terus pamer wajah toya.Dah seminggu dia cuba untuk hilangkan peristiwa hitam tu dari minda,masa tu dia belum pasti yang mentalnya sudah kuat atau tidak.Sebab itulah dia masih tidak mahu melayan sesiapa bercakap dengannya.Dia masih takut.Tapi sehari dua ini,dia sudah sedikit bertenang.

Asalkan nama lelaki tak guna tu tidak disebut dihadapannya,malah wajah itu tidak muncul dihadapannya,dia pasti tak mengapa.Tapi ada sesuatu yang menjadi tanda tanyanya.Soal lelaki yang menyelamatkan dia?Dia sangat pasti dia seperti melihat seseorang yang dia kenal.

Tapi saat bertanya dengan Irfan,Irfan kata mengarut.Dia sendiri sudah bertemu mata dengan gerangan tersebut.

Katanya muka macam mat rock adalah.

"Lagipun ini kan bubur special made by Irfan yang setiap kali kau sakit kau akan suruh aku buat.Jadi aku buat harini istimewa untuk kau."

Irfan masih fokus dengan misinya membuat Airina menelan makanan.

"Yalah,terima kasih pan pan.Eh Fan,kau memang betul eh ada jumpa lelaki yang selamatkan aku tu?"

Sudah kali kedua dia bertanya.Harapnya Irfan tidak naik muak lah.

Dia memang benar-benar penasaran.

"Ya,lelaki yang kau meracau cakap dia Fam tu kan?Aku ingat kau dah tak nak tanya lagi lepas aku cakap dia bukan Fam.Tak give up lagi rupanya?"

Airina mengeluh panjang.

Dia agak yakin tu sebab dia masih sedar sewaktu dia lihat wajah Fahmi Aryan di depan matanya ketika itu.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now