BAB 2

3.8K 121 4
                                    

JANUARI 2010

"Rin,aku nak tanya sikit boleh?Aku sebenarnya hairan lah dengan kau ni.Kenapa kau macam benci sangat dekat Fam tu?Aku tengoklah ada dalam 24 jam pertujuh hari sekolah termasuk kelas tambahan kau mesti gaduh dengan dia."

Tengah ralit meneliti soalan esei biologi boleh pula Ira tiba-tiba menyoal soalan cepumas.Entah datang dari mana angin dan ideanya untuk bertanya.Airina segera menutup buku ditangan.Memandangkan dia sudah malas berfikir dan membelek nota,dan ditambah pula Ira tiba-tiba membuka topik untuk dia bercerita.Tidak akan dia tolak untuk bermalas-malasan.Lagipun,bila sebut pasal Aryan memang hilang terus mood belajarnya.

Alasan lah Rin!

Orang tak seru nama Aryan pun tetap juga kau malas.Haha.

"Kau memang nak tahu sangat ke kenapa?"

Aleen laju mengangguk lalu Airina menarik nafas panjang sebelum memulakan ceritanya.

MEI 2009

Panggg!

Bunyi letupan kecil itu terdengar begitu kuat memecah kesunyian kelas 4 Sains.Mulut Airina melopong tatkala melihat tulisan di papan tulis yang terletak di bahagian belakang.Rakan-rakan sekelasnya pula tiba-tiba muncul dari sebalik meja sepertinya bersembunyi di situ.

Dia menekup mulut tanda terharu. Sweet teruk diorang ni!

'Happy Birthday Aryan Airina'

Tulisan yang tertulis itu dipandang lalu dia senyum selebarnya.Gembira menerima kejutan yang tidak disangka-sangka itu.Tak lain tak bukan mesti idea salah seorang dari tiga orang bestfriendnya.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to Aryan Airina.
Happy birthday to you.."

Lagu itu dinyanyikan penuh girang lalu berganti dengan sorakan dari mulut semua orang. Aleen tiba-tiba muncul dari pintu belakang dengan menatang sebiji kek dan berjalan perlahan-lahan ke arahnya dengan senyuman nipis.

Chocolate Cake Ice-Cream.

Itu adalah kek yang mereka lihat di Sweet's Bakery tempoh hari sewaktu dia dan Aleen berjalan-jalan ke bandar.Patutlah Aleen tiba-tiba menyoal tentang kek apa yang dia suka.Tak ada angin tak ada ribut sangat random tiba-tiba bertanya pasal kek.Airina tidak langsung curiga malah menjawab tanpa banyak tanya.Kek itulah yang dia pilih ketika itu.

Kerana dia sangat sukakan coklat.

"Aleen..."

Meleret nama Aleen diseru.Hampir tumpah air matanya kerana dalam mereka suka membahan satu sama lain sebagai kawan,Hani,Aleen dan Ira serta rakan-rakan sekelasnya tidak lupa akan hari jadinya.Siap buat kejutan ramai-ramai begini.Terasa dirinya begitu berharga.Airina terus meniup lilin yang hampir mencair itu.Dia harus cepat kerana sekarang sudah waktu pulang ke rumah.

Dan dia ada urusan yang lebih penting untuk diselesaikan.

Seusai makan dan minum apa yang tersedia semua orang sudah mula bersiap-siap untuk pulang.Terutamanya Airina.Habis saja suapan mihun gorengnya yang terakhir dia terus bergegas menyimpan barang-barangnya ke dalam beg.Sisa-sisa jamuan juga sempat dia tolong simpankan.

Selesai segalanya Airina terus bangun dan berlalu keluar dalam sekelip mata dari kelas 4 Sains itu.

"Laju teruk ah Rin tu."

MR VS MRSWhere stories live. Discover now