BAB 8

1.8K 102 1
                                    

Kepala yang terasa pedih dan berat di sentuh perlahan-lahan oleh Airina.Mata terasa berpinar-pinar.Airina cuba mencelikkan kelopak matanya yang memberat.Jantungnya seakan-akan terhenti tatkala tiada langsung sumber cahaya yang mampu terlihat.Airina menelan liur.

"Allah,aku dekat ma—mana ni?"Seraya itu air mata mulai bergenang di tubir mata.Sungguh dia takutkan suasana itu.Gelap gelita yang hanya bersuluhkan cahaya bulan,sunyi sepi dan hanya bunyi burung hantu dan cengkerik memecah kesunyian.Kegelapan itu membuatkan dia membayangkan apa-apa sahaja makhluk yang boleh keluar dari kegelapan itu dan menerkamnya.Saat itu Airina cuba mengingat kembali apa yang telah terjadi.

Dan dia mengingat jelas,cubaannya mencapai kasutnya tadi telah gagal dan dia telah jatuh ke cerun di tengah-tengah hutan.Berkemungkinan dirinya dijumpai amat nipis memandangkan tempat dia jatuh agak jauh dari kawasan perkhemahan.Kalau tak silap,ini sudah checkpoint ke tiga.Serentak matanya tertancap pada lututnya.Satu serpihan kayu tajam terlekat elok di kakinya yang sudah berlumuran darah.Dahinya juga.Kekuatan dicari lalu dengan senafas kayu yang mencucuk itu ditarik kuat.Satu tempikan kecil mulai kedengaran saat kayu itu mulai tercabut dari lututnya.Pedihnya semakin terasa dan darah pekat semakin deras mengalir dari luka itu.

"Tolong!Sesiapa tolonglah!"Airina menjerit sekuat tenaganya yang tinggal.Walau apapun,dia perlu menyelamatkan diri atau dia terpaksa berehat di situ menunggu bantuan,ditemani nyamuk dan serangga,dalam kedinginan.Luka pada lututnya juga perlu segera diubati.Sudah beberapa kali Airina melolong memohon bantuan tetapi usahanya hampa.Tenaganya sekarang mulai habis dan tekaknya semakin kehausan.

Titisan mutiara jernih mula membasahi pipi Airina.Saat itu dia terpaksa akur dengan keadaan dirinya yang berseorangan di tengah-tengah hutan yang sunyi.Luka kakinya yang begitu dalam dan luas turut meragut pergerakannya.Andai dia mampu berjalan,sudah pasti dia akan berusaha mencari jalan keluar tapi malang sekali pergerakannya terbatas.Yang mampu dia lakukan sekarang hanyalah berdoa dan memohon perlindungan dari Allah SWT.

"Papa Mama, Rin takut."

*****

"Ya Allah,kau pertemukanlah aku dengan Airina.Sesungguhnya aku takut terjadi apa-apa pada dia.Semoga kau melindungi dia Ya Allah.Dan kau berikanlah perlindungan pada aku juga dalam usaha aku untuk menyelamatkan si dia."

Doa tidak henti-henti dipanjatkan di dalam lubuk hati Aryan.Nafasnya sedari tadi tidak teratur dan sesak di dadanya tidak langsung menghilang.Sakit yang telah lama hilang mula bertandang kembali.Sudah masuk 30 minit dia berkeliaran di tengah hutan itu tapi tiada satupun petunjuk tentang keberadaan Airina. Ini sudah checkpoint yang keempat.Langkah Aryan terhenti.Keluhan kasar dilepaskan.

"Mana kau ni?Suka sangat susahkan orang lain kan,Rin?Kau tahu tak yang aku risaukan kau?Aku tak mungkin..tak akan mungkin..mampu terima apa-apa yang terjadi pada kau."

Jiwa Aryan mula berkecamuk.Kepekatan malam itu mula mendatangkan pelbagai mimpi buruk di kepalanya.Lututnya semakin lemah lalu dia jatuh terduduk.

Sungguh ketakutannya saat itu semakin membuak-buak.Takut akan terjadi apa-apa pada gadis bernama Aryan Airina itu.Dan dia sama sekali tidak tahu, kenapa rasa itu ada padanya sekarang.

Dan tidak terduga dek Aryan apabila jantungnya semakin kuat berdegup.Malah nafasnya semakin tidak teratur.Aryan mula memegang dadanya yang kian sesak.Sakit dan perit pada bahagian itu semakin lama semakin kuat mencengkam.Dan pada saat itu juga badannya menjadi longlai dek sakit yang tidak tertanggung.

"Allahuakhbar.."Mulutnya perlahan-lahan menyebut.Cahaya rembulan yang memancar terang sedikit sebanyak membantunya untuk melihat.Melihat ke dalam gelapnya kawasan hutan ini.

Tatkala itu,sepasang matanya menangkap sesuatu di sebalik semak yang tidak jauh darinya.Dengan segala kudrat yang ada,tangannya cuba mencapai objek itu.Kasut Crog berwarna biru ditangannya itu dipandang lama.Kasut itu sudah sedikit kotor dicemari lumpur.Tapi yang menghairankan,kenapa hanya sebelah saja yang tinggal?

"Airina.."

Nama itu meluncur laju di bibirnya.Kesakitan yang dirasai semakin mencengkam jasad.Perlahan-lahan tubuhnya rebah ke tanah.Aryan cuba menyeluk poket,mencari sesuatu yang mampu membantunya.Sebotol kaca mengandungi tablet ubat dikeluarkan.Dengan tangan yang terketar-ketar,Aryan membuka penutup botol itu.Lalu beberapa biji pil putih disuakan ke dalam mulut.Tidak lama sebelum matanya mulai terkatup.

***

Airina memandang ke sekeliling.Kegelapan malam semakin lama semakin tenggelam ditelan masa.Dan saat itu Airina tersedar yang suasana gelap sudah menjangkau waktu pagi.Sudah sejam lebih dia tertidur di hutan itu.Dari jam 3 setengah pagi sehingga sekarang,jam 5.

Itu sajalah tempat dia bergantung.Jam tangan yang masih utuh di pergelangan tangan kanannya.Sekurang-kurangnya dia masih mampu menentukan masa.

Luka pada lututnya yang sudah kering dipenuhi darah itu disentuh perlahan.Pedihnya begitu terasa sehingga ke tulang hitam.Dengusan kecil kedengaran keluar dari bibir mulut Airina.Mengapalah saat ini juga kakinya tidak mampu berdiri sendiri.Airina mengucap panjang tatkala dia terlupa akan takdir dan ketentuan Allah.

"Sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian."
(QS.Muhammad : 31)

Masih terngiang-ngiang hadis yang pernah dibacakan oleh arwah Tok Lang suatu ketika dulu.

"Kau kena ingat Rin,ini ujian.Allah tak akan uji kau kalau kau tak kuat."Seraya itu dirinya mulai membina semangat.

"Tolong!Sesiapa?!Tolong!"Sekali lagi dia menjerit.Apa yang mampu dia lakukan di saat pergerakannya terbatas seperti itu hanyalah dengan menjerit berharap agar ada sesiapa yang bakal mendengar.Tapi sayangnya,suaranya sudah serak akibat tekaknya yang sudah kehausan.

Tatkala itu Airina memandang susuk sesuatu yang sedang bergerak tepat di hadapannya.Matanya membulat.Air matanya yang sudah beransur kering kembali membasah.

Adrenaline-nya sekali lagi datang menemaninya.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now