BAB 61

179 13 1
                                    

Jari-jemarinya yang berinai merah terang itu dipandang lama.Akhirnya hari yang selama ini ditunggu kedua orang tuanya muncul jua.Tapi entah kenapa,dalam rasa gembira dia pada harini,ada sedikit terselit kegelisahan.Bukan gementar untuk duduk menyaksikan akad di atas namanya dibacakan sebentar nanti,tapi gementar memikirkan masa depan apa yang menunggunya nanti.

"Rin,dah siap dah?Pengantin lelaki dah sampai.Kita dah kena turun ni."

Muncul maksu menjengah di muka pintu.Memanggilnya untuk turun ke tingkat bawah,tempat yang sudah dipenuhi ramai orang untuk menyaksikan majlis akad nikahnya dengan si bakal suami.

Airina mengangguk perlahan sambil perlahan-lahan bangun dari duduknya.Baju kebaya berwarna putih bersih dipakainya segera ditepuk dan dibetulkan.Dia menarik nafas panjang sebelum kakinya melangkah membontoti maksu.Bibirnya tak lekang berselawat.Entah kenapa dia terlalu gementar sedangkan bukan dia yang melafazkan kalimah akad itu.

Kakinya perlahan-lahan meniti anak tangga.Satu persatu sampailah telinga menangkap suara riuh rendah dan matanya menangkap kelibat orang ramai.Semakin laju degupan jantungnya waktu itu lagi-lagi apabila semua mata sedang memandangnya melangkah turun.

Dari kejauhan tampak susuk tubuh lelaki yang sebentar lagi akan bergelar suaminya.Walaupun dia hanya melihat dari belakang,matanya tetap bersinar-sinar melihat segaknya lelaki itu berbaju melayu berwarna putih.Dia mula mengambil tempat di sudut khas yang menempatkan sebuah pelamin kecil hasil lembut tangan mamanya sendiri.

Sebaik sahaja punggungnya dilabuhkan,matanya tertancap pada susuk si bakal suami.Lelaki itu perlahan-lahan menoleh lalu menghadiahkan sebuah senyuman paling manis di bibirnya.Airina seakan-akan terpana seketika.Dia tidak sempat membalas senyuman lelaki itu kerana dia terkedu.

Adakah disebabkan baju putih yang lelaki itu pakai menaikkan seri wajahnya atau kerana lelaki itu sebentar lagi akan menjadi penghulu di dalam rumah tangganya.

"Aryan? Dah ready ke belum?Kalau dah kita dah boleh teruskan majlis ni."

Aryan menarik nafas panjang dan senyum sekilas tanda dia sudah bersedia.Dia sempat mengalih pandang memandang Airina.Mulutnya hanya mampu menggumam 'cantik' setelah terpesona dengan insan yang dilihatnya.Itulah Aryan walaupun gementar masih sempat mencuci mata.

Seperti tidak percaya gadis yang duduk tidak jauh darinya itu bakal menjadi isterinya.

Majlis ijab dan kabul itu dimulai.

"Aku terima nikahnya..."

Selesai saja kata sah dari para saksi,bacaan doa dibaca untuk menyempurnakan majlis.Setiap orang yang ada disitu kusyuk mengaminkan doa untuk kedua mempelai berharap agar perkahwinan mereka memperoleh kebahagiaan dan jodoh mereka bakal berkekalan hingga akhir hayat.

"Fuyoo tak sangka korang betul-betul kahwin kan.Itulah orang cakap jangan gaduh-gaduh nanti kahwin.Betul rupanya ayat tu."

Hani menjongketkan keningnya ke arah Aryan dan Airina silih berganti sampailah lengannya disiku oleh Faris disebelahnya.

"Selamat pengantin baru korang berdua.Semoga cepatlah korang dapat anak kejar kitorang yang dah beranak tiga ni."

Faris menambah.

Aryan senyum senget manakala Airina sudah naik geli.Apa benda sebut anak-anak pula ni.

Update tentang Hani,gadis itu telah berkahwin dengan Faris dan dikurniakan sudah tiga orang anak perempuan.Dan mereka masih merancang yang keempat,mahu anak lelaki katanya.Faris berkerja sebagai guru matematik tambahan di sekolah menengah manakala Hani sudah menjadi surirumah sepenuh masa setelah melahirkan anak ketiga.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now