BAB 4

2.7K 100 4
                                    

Hari yang baru serta suasana yang baru setelah dengan rasminya Airina Aryan dinobatkan sebagai Headgirl.Dramatik sungguh bunyinya. Dan kebetulan juga minggu ni diadakan hari sukan sekolah di mana dia pertama kali akan melibatkan diri menguruskan acara besar di mana selama ini dia hanya menjadi penonton tidak berbayar sahaja di tepi padang. Dia bukan suka bersukan. Nak menolong cikgu pun sudah ramai yang memegang watak helper cikgu.

Tapi hari ini begitu berbeza buat Airina di mana dia yang akan menguruskan acara perbarisan.Untungnya dia akan berkerja di bawah seliaan Cikgu Zamir di mana Cikgu Zamir sudahpun menguruskan acara ini dari A ke Z.Dia cuma bantu membuat persedian sedikit dan hanya akan mengambil alih di saat acara berlangsung. Tanggungjawabnya lebih kepada memastikan teknikal berfungsi dengan baik menggantikan posisi Cikgu Zamir yang akan mengikuti acara perbarisan sebentar lagi.

Dan hendak dijadikan cerita untuk dikaitkan dengan untungnya tadi,Cikgu Zamir merupakan cikgu muda yang baru lagi di sekolah itu. Alah,dalam lingkungan 26 tahun begitu.Sampaikan dia tersenarai Top 2 dalam senarai cikgu segak di sekolah.Top 1 pula dipegang oleh Sir Aiman iaitu cikgu praktikal.Tapi lambat laun dia akan dapat Top 1 juga memandangkan cikgu praktikal itu tak kekal lama di sekolah. Lainlah dia yang sudah berpenempatan tetap.

Apapun yang penting sekali adalah barisan guru-guru hot SMK Gamma Jaya seharusnya berterima kasih kepada para gadis-gadis gedik termasuk Airina yang telah menaikkan nama mereka.

Airina mengatur langkah mendekati Cikgu Zamir yang masih lagi duduk di bawah khemah urusetia. Berborak dengan cikgu-cikgu lelaki yang lebih berusia darinya.

"Cikgu Zamir?"

Cikgu Zamir menoleh menghadap Airina.Sempat juga di sengih singkat menampakkan giginya yang cantik tersusun.Amboi tu dia, segak sangat lah dengan baju t-shirt rumah birunya dan seluar track hitam disertakan cap berwarna merah di atas kepalanya.Sungguh menyerlah ketampanannya harini.

"Oh headgirl,ada apa?Macam mana padang?Dah settle belum?"

Airina hanya mengangguk. Maksudnya dia sudah memastikan kawasan padang sudah kosong dari para pelajar yang pagi tadi lalu-lalang di situ.

"Dah,padang dah settle.Ini kertas aturcara majlis yang saya dah fotostatkan seperti mana yang cikgu suruh tadi."

Sehelai kertas bertanda tangan pengetua itu terus dihulurkan ke tangan Cikgu Zamir. Lelaki itu tersenyum puas hati.

"Oh ya,Rin?Aryan mana?Bukan sepatutnya dia dah ada dekat sini?"

Oh,mamat sengal tu ke?

Airina melilau-lilau ke sekeliling mencari kelibat Aryan. Tadi setahunya Aryan sudah datang ke sekolah. Tetapi setakat ini Airina sendiri belum nampak batang hidung lelaki itu.

"Aryan ada tadi,Cikgu.Dia ke tempat parking sekejap tolong Cikgu Azizah angkatkan barang-barang."

Suara Zaim menjampuk. Di tangannya juga sedang memegang kotak yang penuh terisi dengan barangan. Tampaknya seperti props dan bendera untuk acara perbarisan.

"Okay.Terima kasih Airina, Zaim."

Cikgu Zamir hanya senyum sekilas lalu kembali mengambil tempat di sebelah Cikgu Kamal dan Cikgu Adli.Selaku guru-guru paling berpengalaman di sekolah.Orang lama.Entah tengah menuntut ilmu apa Cikgu Zamir tu, nampak begitu ralit mendengar cerita.

Airina mengerling jamnya sekilas.Masa masih lagi awal. Acara perbarisan akan dimulakan jam 9.30 pagi manakala waktu baru menunjukkan 8.45 pagi. Jadi masih berbaki 45 minit sebelun acara dimulakan. Dia membuka langkah untuk berlalu pergi dari situ. Niatnya mahu ke kantin terlebih dahulu mendapatkan roti. Pagi tadi dia datang terlalu awal jadi perutnya masih belum sempat diisi. Sudahlah akhir-akhir ni dia seperti diserang gastrik.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now