BAB 51

153 20 2
                                    

Seusai solat isyak,Airina merebahkan tubuhnya ke katil.Telekung masih belum dilepaskan dari kepala.Lengannya pula dibawa menutupi raut wajahnya.Dalam diam dia mengeluh panjang.Masih terngiang-ngiang wajah Aryan yang dia lihat siang hari tadi.

Entah kenapa dia masih lagi in denial.

Tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan sekarang apabila Aryan sudah berada di depan mata.

Dulu,rutinnya hanya satu iaitu membenci Aryan.Hari-hari dia mengingatkan diri bahawa suatu hari nanti andai lelaki itu muncul kembali dia tidak akan berkompromi.Lelaki itu akan dia hukum dengan emosi.

Tetapi sekarang,seperti sudah terlunas segala angannya walhal dia tidak berbuat apa-apa.

Matanya terpandang ke arah jendela yang terbuka.Memori suatu ketika dahulu kembali bertandang di minda.Dia membawa diri ke muka jendela itu lalu melabuhkan punggung di situ sambil merenung ke sudut luar.Tempat ini bukanlah tempat yang sama seperti Fam muncul suatu ketika itu.Setelah dia berpindah,ruang bilik dan balkoninya dulu sudah lama dia lupakan.Tapi memori tentangnya masih tetap segar dalam fikiran.

Kenangan di mana Aryan muncul di depan rumahnya.Membawa sebuah gitar dan dengan tak malunya menyanyi di situ.Mengingatkan perasaannya yang begitu teruja dan gembira setelah sekian lama lelaki itu menghilangkan diri.

Ya,Aryan memang jahat dan kejam.Hobinya memang menghilangkan diri tanpa sebab.Tanpa alasan.

Tapi sekejam apapun dia,Airina tersedar apa yang sebelum ini diperkatakan oleh orang-orang adalah benar sama sekali.

'Airina masih menunggu Aryan'

'Aryan masih ada dalam ingatan Airina'

'Airina tak kahwin-kahwin sebab Aryan'

Ya,hanya Allah yang tahu betapa dia berusaha untuk melupakan kenangan-kenangan dia yang sudah lalu.Melupakan lelaki bernama Fahmi Aryan.Tapi tetap saja dia terkenang perkara sama.Bukan saja orang lain yang berkata begitu malah Mamanya sendiri.Dia sekarang sedar memang dia masih belum bergerak ke depan dan masih terperangkap dalam waktu silam.

Waktu silam yang terisi dengan kehadiran Aryan.

"Rin!"

Dengan tiba-tiba suara lelaki menerjah ke telinganya.Tersedar yang bunyi itu datang dari bawah jendelanya dia segera memandang.

"Turun kejap!"

Terkejut melihat gerangan orang yang sedang melambai-lambai dengan sengih malu itu dia segera turun ke bawah.Sempat tudung sarung dia capai untuk menggantikan telekung yang dia pakai.

Kalau dibiarkan lelaki itu melaung-laung di situ untuk jangka waktu yang lama nanti apa pula kata jiran.Silap-silap mama dengan papa yang sudah tidur itu juga akan terjaga nanti.Satu hal pula mahu menjawab soalan interview.

"Arasy?"

Kening Airina terjongket.Dia tertanya-tanya ada hajat apa yang sangat penting kali ini sampai sanggup lelaki itu muncul di depan rumahnya malam-malam.

Tiba-tiba terasa deja vu.

"Hai,Rin."

Arasy tersenyum senget sambil belakang kepalanya di garu.Dia serba salah sebenarnya datang malam-malam bertemu anak dara orang pula tu.Tapi ada benda yang harus dia bincangkan dengan Airina.

Dia harus memujuk gadis itu.

"Awak buat apa dekat sini malam-malam?Tak temankan..em Aryan?"

Lambat-lambat Airina menyebut nama itu.

MR VS MRSWhere stories live. Discover now