BAB 20

1.6K 67 1
                                    

"Rin,tolong bukakan pintu!Tengok siapa yang datang tu."

Laungan mama dari ruang dapur menyentakkan Airina yang sedang tenang menikmati pemandangan indah wajah Gong Yoo dalam drama Goblin.

"Rin,Tolong tengok siapa yang datang tu!"

Sekali lagi Airina tersentak.Tapi kali ini kerana jeritan mama dari ruang dapur.Itulah, mama cakap sekali masih belum bergerak sekali keluar suara petir dari dapur.

Airina melepaskan keluhan berat.Kacau daun betul.

Entah siapalah yang datang ni.Mahu saja dia merungut tetapi sikap itu kurang baik.Cepat-cepat dia tepis perasaan itu.Tak elok merungut apabila menerima tetamu.Tetamu katanya membawa rezeki.

Dengan masih longlai Airina angkat punggung dan menuju ke pintu.Pintu dikuaknya dari dalam.

"Rin!"

"Opocot!Citam tercekik rumput!Eh?"

Bukan main terperanjat Airina apabila dia disergah oleh seorang lelaki kacak yang segak berkemeja.Bukan terkejut sebab lelaki itu seiras Gong Yoo atau apa,tetapi lebih kepada rasa tidak percaya melihat manusia yang sudah tercongok di hadapan pintu itu.

"Hai,Rin."

Senyuman penuh manis dihadiahkan disertakan dengan jari yang dibentuk 'peace'.What the fish?Macam mana mamat ini boleh ada disini?!

"Abang Aizat?!"

Rahang jatuh saat mata membelek-belek susuk tubuh yang sedang berdiri itu.Tak salah tengok kan?

"Haih,yang terkejut sangat macam nampak mayat hidup ni kenapa?Abang panas lah Rin,jom masuk dalam.Rin buatkan abang air.Mak su mana?"

Tanpa segan silu gerangan itu melangkah masuk ke dalam rumah.Langkahnya menuju ke ruangan sofa.Lantas dia melabuhkan punggung di situ.Amboi-amboi..tak semenggah betul!

"Abang duduk lah dulu.Rina panggil mama lepastu pergi buatkan air.Yang abang tu tiba-tiba muncul,macam mana Rin tak terkejut monkey?"

Bebelan demi omelan muncul di mulut Airina.Geram juga bila diri sendiri dikejutkan dengan kehadiran Aizat.Bayangkan sendiri,yang tinggal jauh nun di sana dekat rantau orang tiba-tiba balik dengan tak ada angin tak ada ribut, tak adanya khabar berita langsung.Agak lama juga Aizat tidak pulang,kalau dia tidak silap kali terakhir mereka bertemu mata adalah pada raya dua tahun lepas.

Aizat adalah pelajar kejuruteraan di universiti ternama di England. Nama pun student engineering dengan merantau jauh pula memang susah sekali lah mahu nampak batang hidung. Hari perayaan pun jarang sekali dia pulang ke tanah air.

"Abang baru sampai KLIA dalam 30 minit tadi.Abang singgah lah sini dulu sebelum balik Johor.Nanti dah payah nak ajak Mak Ngah Rin yang sibuk memanjang tu datang."

Aizat ketawa kecil.Memang sudah niatnya mahu membuat kejutan pada Airina.Lagipun dia saja datang bagi melepaskan rindu terhadap Airina.Gila tak rindu,dah masuk dua tahun tak bersua.Nak harap kan budak Rin ni bervideo call?Memang berjanggut lah tunggu!

"Hah yalah.Abang nak air apa?Rin buatkan."

"Air kosong pun tak apa."

"Jangan nak mengada-ngada lah abang.Kalau bukan harini,bila lagi abang nak rasa air buatan Aryan Airina yang lazat?Rugi tau?"

Airina mendabik dada.Bukan selalu dapat bergurau dengan Aizat.Lagipun,kalau setakat nak buatkan teh untuk dia,tak adalah sampai kena gali air telaga.

"Sedap ke air Rin buat?"

Airina menjegilkan mata.

"Okay baiklah.Rin menang.Buatlah air apapun.Special made by Chef Airina."

MR VS MRSWhere stories live. Discover now