CTS-54

8.4K 193 4
                                    

Nayra Aleesya dan Hadeef Zafriel bertemu di sebuah kafe.Ikutkan Datin Zafrina melarang mereka bertemu kerana majlis mereka esok hari namun Hadeef Zafriel tetap berdegil mahu berjumpa Nayra Aleesya.

Katanya,dia mahu melihat keadaan bakal isterinya.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Soalan dari Nayra Aleesya menyentakkannya dari terus memandang wajah gadis itu.

"Hah?Err..saya cuma nak pastikan awak okay atau tak je.." balas Hadeef Zafriel.

Nayra Aleesya ketawa kecil.

"Saya okaylah.Awak tak payahlah risau.."

"Nayra,saya janji saya akan sentiasa ada untuk awak.Saya akan cuba bahagiakan awak.Saya tak nak awak bersedih lagi.."

Nayra Aleesya tersenyum.Bersyukur kerana dapat berkenalan dengan lelaki sebaik Hadeef Zafriel.

"Saya tak nak mata awak sembab pula esok.Nanti orang cakap kita kahwin paksa pula.." sempat Hadeef Zafriel mengusik gadis itu.

"Terima kasih sebab sudi ambil saya sebagai suri hati awak.Yang pasal arwah mama dan abah saya,saya dah terima dengan hati yang terbuka.Saya redha.Mungkin ada hikmahkan kenapa mereka tinggalkan saya dalam keadaan begitu?"

Suara Nayra Aleesya sedikit tenggelam apabila menyatakan soal kedua ibu bapanya.

Semalam,seharian dia menangis.Dia rindukan arwah mereka.

🎲🎲🎲

Hafeef Zafriel membaringkan tubuhnya di atas katil setelah selesai menunaikan solat zohor secara berjemaah.

Ainul Raniya melipat sejadah dan telekung.Kemudian diletakkan di tempat yang disediakan.

Dia mula memandang ke arah suaminya yang bermain fon di atas katil sambil berbaring.

Dia mendekati suaminya.

"Bie,bie marah I ke?" ujarnya tanpa berkias.

"Sayang rasa?" balas Hafeef Zafriel bersahaja.

"Okay,I..I minta maaf.Bukan I tak nak cakap perkara sebenar,I cuma.."

"Cuma apa,sayang?Sayang sedar tak dia hampir bunuh sayang?Kalau dia bunuh sayang,bie akan kehilangan sayang.Bie tak sanggup nak kehilangan sayang.." kata Hafeef Zafriel dengan nada suara yang agak tinggi sambil bangun dari pembaringan dan fon dicampak agak kasar ke tepi.

"I cuma tak nak keluarga you benci dia macam mana keluarga you benci I.I tak nak ada orang ikut jejak I,bie.."

Hafeef Zafriel mencapai kedua-dua jari jemari isterinya lalu digenggam dengan begitu erat.

"Bie bukan marah.Bie cuma tak sangka sanggup Ara buat kerja jenayah macam tu semata-mata demi bie.."

"Bie,I pernah berada di tempat Ara jadi I rasa apa yang dia rasa.."

"Dah lah.Bie tak nak panjangkan isu ni.Hurm..tema kita warna apa esok?" soal Hafeef Zafriel ingin tahu.

"Warna baby blue.Err..bie tak jadi merajuk dengan I kan?"

"Kalau bie jadi merajuk,sayang pujuk tak?"

"Of course I pujuk.." laju sahaja Ainul Raniya membalas.

Hafeef Zafriel hanya ketawa melihat telatah isterinya.

"Dah lah,I nak keluar.Nak tolong apa yang patut dekat bawah tu.."

Ainul Raniya mula turun dari katil.Tudung expressnya mula disarungkan di kepala.

"Sampai hati sayang tinggalkan bie.."

Ainul Raniya yang baru hendak memulas tombol pintu,menoleh ke arah suaminya.

"Sorry,bie.Kalau you nak merajuk time ni,I memang tak boleh nak pujuk.I pujuk you malam nanti,okay?"

Sejurus berkata begitu,dia segera keluar dari bilik.

🎲🎲🎲

Setelah selesai makan malam beramai-ramai,mereka berkumpul di ruang tamu.

"Haih,cepat kan masa berlalu?Sorang-sorang anak mummy dah nak jadi hak milik orang.." ujar Datin Zafrina seakan tidak percaya yang tiga anak terunanya  menjadi hak milik orang.

"Malam esok sekali lafaz je tau,Deef.." usik Hafeef Zafriel.

Hadeef Zafriel hanya mendengar.Malu juga kalau dia tidak selafaz sahaja malam esok.Mahu dijadikan bahan malam esok.Semua yang mendengar sudah mengekek ketawa.

"Mummy dengan daddy percaya Deef boleh.Erm..kami nak naik atas dulu lah.." ujar Datin Zafrina sebelum beredar dari situ.

Dato Hareez hanya mengekori dari belakang.

"Reesya tak de calon lagi ke?" ujar Ain Syifa.

"Hah?Err..belum lagi.Reesya nak focus study dulu.." balas Hareesya Zafira yang masih terkejut dengan soalan dari kakak iparnya yang sulung.

"Acah-acah je nak habiskan study dulu.." kata Hadeef Zafriel.

"Betul lah.." kata Hareesya Zafira sedikit geram dengan abang ketiganya itu.

Orang cakap betul-betul,dia tidak percaya pula.Memang lah ada yang cuba mendekatinya,namun dia hanya menganggap mereka hanya sebagai kawan.

"Ainul,aku nak minta maaf pada kau.Aku sedar,macam-macam aku tuduh kau.Sorry.." ujar Hazeeq Zharfan yang dari tadi hanya mendiamkan diri.

Sungguh dia malu dengan adik iparnya itu.Sekarang semuanya sudah jelas.Itupun,Wisya yang membongkarkan semuanya.

Dia langsung tidak menyangka perempuan yang sangat disanjungnya membuat kerja kotor seperti itu.

"It's okay.I tak marah pon.." balas Ainul Raniya tenang.






Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now