CTS-28

6.8K 204 8
                                    

Ainul Raniya membelek fail yang diberikan Dato Raihan.Jam ditangan kirinya dilihat.Sudah memasuki waktu lunch.

Sedang dia berkemas,pintu biliknya dibuka.

"Karina,you tak de adab ke?Kenapa tak ketuk pintu bilik I?" ujarnya tanpa melihat gerangan yang menolak pintu biliknya.

Dia yakin itu pasti Karina.Mungkin ada hal yang penting sehingga personal assistantnya itu lupa mengetuk pintu sebelum masuk.

"Aku kena ketuk dulu ke?" soal gerangan itu.

Ainul Raniya mengangkat mukanya.Terkejut dia dengan kehadiran Hafeef Zafriel ke pejabatnya.

"Feef?You buat apa dekat sini?" soalnya seakan tidak percaya melihat lelaki itu di hadapannya.

"Aku nak ajak isteri aku lunch.Boleh?"

Ainul Raniya terkaku seketika.

"Dengar tak apa aku cakap ni?"

"Err..erm..bagi I kemas barang I kejap.."

Segera Ainul Raniya mengemas mejanya.Handbagnya dicapai.

"Jom.."

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik itu.Semua staf memandang ke arah mereka berdua.

Mereka tiba di sebuah restoran.Setelah selesai memesan,masing-masing mendiamkan diri.

Hafeef Zafriel tersenyum tiba-tiba.

"Kau tak rasa kelakar ke?" ujarnya.

"Kelakar?Maksud you?I tak faham.."

"Sejak bila kau malu ni,Ainul?Kau tak selesa ke keluar dengan aku?"

"Malu?Se..erm..bila I malu dengan you?Mana ada.."

Ainul Raniya sendiri pun tidak pasti kenapa dengan dirinya.

"Kita jadi suami isteri sebenar nak?"

Soalan itu lagi.Ainul Raniya memandang wajah tenang Hafeef Zafriel.Adakah lelaki itu sudah ikhlas menerimanya sebagai isteri?

"Nak tak?"

"Erm..you serius ke ni?"

"Muka aku nampak main-main ke?"

"You yakin I boleh bahagiakan you?Erm..maksud I..kita boleh bahagia bersama?"

"Bahagia tu kita yang cipta.Aku yakin kita boleh bahagia.." kata Hafeef Zafriel dengan penuh yakin.

Ainul Raniya tidak tahu mahu membalas apa.Tidak menyangka Hafeef Zafriel akan menerimanya.

"Wow,tak sangka I dapat jumpa pasangan dua merpati sejoli hari ni.." ujar Edzry sambil tersengih nakal.

Hafeef Zafriel memandang Edzry.Begitu juga Ainul Raniya.

"Edzry?" kata Hafeef Zafriel.

"Kau kenal aku?"

"Kawan abang aku semua aku kenal.."

"Baguslah kalau kau kenal aku siapa.Aku nak kau lepaskan Ainul.Kau tak tahu ke Ainul ni bekas aku?"

"You cakap apa ni,Ed?Jangan merepek lah!" marah Ainul Raniya.

"I tak merepek,sayang.Biarlah suami you ni tahu tentang you.Lagipon you tak layak untuk dia.."

"Aku tak kisah pun.Tu masa lalu dia.Apa yang aku tahu,dia isteri aku sekarang.Tanggungjawab aku.Makanan kami pun dah sampai.So,please?Bagi kami nak lunch.." kata Hafeef Zafriel pula sambil meminta izin untuk menikmati makanan yang sedang dihidangkan di atas meja.

Edzry menahan perasaan amarahnya.Dia segera beredar dari situ.

"Thanks.." ucap Ainul Raniya.

"Untuk?"

"Sebab you sudi terima I.."

Hafeef Zafriel menghadiahkan senyuman kepada isterinya.

🎲🎲🎲

Syuhayra memandang jam yang berada di pergelangan tangan kirinya.Sudah hampir setengah jam dia menunggu di bilik Hafeef Zafriel.

Pintu bilik dikuak.

"Ara?Buat apa dekat sini?" soal Hazeeq Zharfan yang nyata terkejut dengan kehadiran Syuhayra.

"Ara tunggu Feef.Abang Zharfan ada nampak Feef tak?Dah setengah jam Ara tunggu.."

"Feef dah pergi lunch.."

"Sampai hati dia buat Ara macam ni.." kata Syuhayra dengan mimik muka sedih.

"Dia lupa kot.Korang dah janji nak lunch sama ke?"

"Tak pun.Ara saja datang sini.Nak ajak dia lunch tapi tak pe lah.Tak de rezeki kan?"

Syuhayra pura-pura tersenyum.

Tiba disaat itu,Hafeef Zafriel tiba di biliknya.Terkejut melihat abangnya dan Syuhayra berada di dalam biliknya.

"Abang keluar dulu lah.." ujar Hazeeq Zharfan kemudian beredar dari situ.

"Feef,you pergi mana?"

Syuhayra mula mendekati Hafeef Zafriel.

"Aku pergi lunch dengan wife aku.Kenapa?Lagi satu,macam mana kau boleh masuk bilik ni?"

"I tengok kosong je ofis you ni.So,that's why I main masuk je.You ni tak payah lah nak marah-marah.."

Tangan Syuhayra mula mengusap-usap dada bidang Hafeef Zafriel.Pantas Hafeef Zafriel menepis tangan gadis itu.

"Feef,you berlakon je kan selama ni?"

"Berlakon apa kau ni?Kau boleh balik tak?Sakit mata lah aku tengok kau dekat sini.."

Hafeef Zafriel mula ingin meleraikan tali lehernya.

"Sampai hati you buat I macam ni.I yakin waktu dekat rumah your family tu you berlakon depan I kan?Konon nak tunjuk you dengan wife you sweet.You kata you cinta dan sayangkan Nayra je.So,I yakin semua ni lakonan semata-mata.."

"Suka hati kau lah.."

Hafeef Zafriel beredar ke mejanya.

"Okay,I minta diri dulu.I takkan mengalah,Feef.I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you.." nekad Syuhayra.

Setelah itu,dia beredar keluar dari bilik itu.Hafeef Zafriel hanya buat tidak tahu.Psiko punya perempuan!









Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now