CTS-40

7.1K 190 24
                                    

Hadeef Zafriel tersenyum selepas melihat gambar kembarnya bersama Ainul Raniya yang baru dimuat naik beberapa minit lepas di instagram milik Hafeef Zafriel.

"Kau tengok apa?" tegur Hazeeq Zharfan apabila melihat adiknya yang seorang itu tersenyum melihat fon.

Fikirannya mungkin sedang berwhatsapp dengan Nayra Aleesya.

"Cuba abang tengok ig Feef.Sweet bebenor dorang tu.Untunglah pergi bercuti dengan isteri.." ujar Hadeef Zafriel sambil menunjukkan gambar yang dilihatnya tadi.

" ujar Hadeef Zafriel sambil menunjukkan gambar yang dilihatnya tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hazeeq Zharfan hanya menayang wajah tidak berkenan.

"Abang nak pergi bayar kejap.Deef pergi lah dekat kereta dulu.." ujarnya sambil menghulurkan kunci kereta kepada Hadeef Zafriel.

🎲🎲🎲

Pulang sahaja ke rumah,kelihatan Ain Syifa sedang duduk berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Aryn Zuliyana yang berada di atas riba ibunya hanya diam.

"Sayang.."

Ain Syifa mengalihkan pandangan ke arah suaminya disaat terdengar suara Hazeeq Zharfan.Dia tersenyum.

"Abang.."

Hazeeq Zharfan mendekati isterinya.Tangan kanannya diberikan kepada isterinya.Ain Syifa segera menyalam suaminya.

Selalunya dia akan menunggu kepulangan suaminya di muka pintu kalau dia pulang terlebih awal dari suaminya.Namun,hari ini dia mengambil cuti separuh hari kerana tidak larat untuk bekerja.

Hazeeq Zharfan mengusap lembut kepala isterinya.Aryn Zuliyana mula bangun dari pembaringan dan mula mendekati tubuh ayahnya.

"Sayang macam mana hari ni?Okay?"

Dia sudahpun dimaklumkan yang isterinya itu pulang awal.Ikutkan waktu lunch tadi,dia ingin menjenguk isterinya di rumah namun dia ada meeting bersama client.

Itu yang dia ajak Hadeef Zafriel menemaninya lunch.

"Alhamdulillah,Syifa okay cuma tak sedap badan je.." balas Ain Syifa sambil tersengih.

"Abang masuk bilik dulu.."

Baru beberapa langkah diatur ke bilik tidur,Ain Syifa kembali memanggil suaminya.

"Abang.."

Hazeeq Zharfan pantas menoleh.

"Ada apa,sayang?"

"Tak de.Erm..abang tengok tak ig Feef?Sweet betul dorang tu.."

Sekali lagi soal itu dibahaskan.Tadi adiknya sekarang isterinya.

"Tu gambar je.Tak nampak apa pon.Tak semestinya upload gambar macam tu dah sweet,bahagia.Tu hanya luaran.Dalaman kita tak tahu.."

Dahi Ain Syifa sedikit berkerut mendengar kata-kata suaminya.

"Kenapa abang cakap macam tu?Syifa tak suka lah.Abang macam seolah-olah mendoakan sesuatu yang tak baik untuk dorang.Sepatutnya abang doakan kebahagiaan rumahtangga dorang bukan cakap macam tu.."

"Suka hati sayanglah.Abang cuma cakap je.."

Hazeeq Zharfan melepaskan keluhan seketika kemudian segera menyambung langkahnya ke arah bilik tidur.

🎲🎲🎲

Ainul Raniya memandang suaminya yang berada di atas katil sambil melihat instagram.Gambar yang diupload siang tadi oleh suaminya sudahpun mencecah beratus like.

"Bie.."

"Ye,sayang.Kenapa?"

Fon yang dipegang di tangan di letakkan di sebelahnya.Tumpuannya kini hanya tertumpu pada isteri tercintanya.

"Bie tak rasa pape ke upload gambar kita berdua tadi dekat ig bie?"

Hafeef Zafriel ketawa.Terasa lawak mendengar kata-kata isterinya.

Ainul Raniya dengan spontan memukul bahu suaminya.

"Kenapa bie gelak?"

Hafeef Zafriel mengawal ketawanya.Dia tersenyum pula.

"Kenapa sayang tanya soalan macam tu?"

"Tak de lah.Bie tak malu ke up.."

Belum sempat Ainul Raniya menghabiskan kata-katanya,Hafeef Zafriel sudah memintas.

"Sayang cakap apa ni?Kenapa bie nak rasa malu pula?Sayang isteri bie.Sampai bila-bila sayang isteri bie.Sayang takkan terganti dengan yang lain.."

"Tapi..tak ke macam kita menunjuk?Maksud I..erm.."

"Kenapa fikiran sayang macam tu?Pedulikan apa yang orang kata.Bie tahu ada followers bie yang tak suka gambar kita tapi,dorang bukan boleh buat apa pon.Dorang just boleh komen.Lagi satu,dorang jeles sebab bie kan hensem pastu dapat pula isteri secantik sayang.."

Dahi Ainul Raniya dikucup perlahan.Ainul Raniya hanya tersenyum.

"I beruntung dapat suami sebaik bie walaupun perkahwinan kita.."

"Shh.." dengan pantas jari telunjuk Hafeef Zafriel diletakkan di bibir isterinya.

Terkejut sedikit Ainul Raniya.

"Bie tak nak sayang cakap benda dah lepas.Biarlah waktu tu benda pahit yang jadi tapi bie nak sepanjang perjalanan kita bersama ni manis-manis je.."

"Thank you,bie.."

"Sama-sama,sayang.."

Tubuh Ainul Raniya ditarik supaya baring bersamanya.Kepala Ainul Raniya terletak elok di bahunya.Lampu yang menyinari bilik resort itu ditutup.Mata dipejamkan.






Sorry tau korg yg menunggu update.Lama nk dpt idea.Thank you kepada yg masih setia ngan story ni😍

Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now