CTS-52

8.1K 203 37
                                    

Hafeef Zafriel tiba di penjara bagi melawat Edzry.Edzry tersenyum sinis apabila melihat pelawatnya.Sungguh tidak menjangka lelaki itu akan melawatnya.

Masing-masing mula mengangang fon ke telinga.

"Ada apa kau datang sini?"

"Apa kau dah buat pada isteri aku?!"

Edzry masih beriak selamba.Bibirnya masih menguntum senyuman.

"Aku tak buat pape pada isteri kau.Aku cuma bagi dia pengajaran sebab tolak aku mentah-mentah.Tu je.."

"Kau..kau memang tak guna,Ed!"

Marah Hafeef Zafriel pada lelaki di hadapannya kini sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Don't worry,bro.Aku dah ada dekat dalam ni.Tapi,kau kena hati-hati jugak.Ada sorang ni yang masih terlepas.." ujar Edzry seakan memberi peringatan.

Dahi Hafeef Zafriel sedikit berkerut.Apa maksud Edzry ada seseorang yang masih terlepas?

"Siapa?"

"Kau tunggu jelah.Tak lama je lagi.."

Edzry mula meletakkan fon itu.Dia berdiri.

"Ed,bagitahu aku!Siapa dia?!"

Edzry langsung tidak membalas sebaliknya terus beredar dari situ.

🎲🎲🎲

"Bie.." tegur Ainul Raniya sambil mendekati suaminya.

Sudah dua hari dia dibenarkan pulang ke rumah.Hafeef Zafriel memandang wajah isterinya yang sudah mula kelihatan bertenaga.

Tidak lagi pucat seperti tempoh hari.

"Ada apa,sayang?"

"Bie tu kenapa?Macam ada masalah je.Tak nak share dengan I ke?"

"Bie nak tanya something.Selain Edzry yang culik sayang,ada sesiapa lagi ke yang bersubahat dengan dia?"

Lidah Ainul Raniya seakan menjadi kelu tiba-tiba apabila soalan itu diajukan.

"Err..I tak ingat sangat lah.." dalih Ainul Raniya.

Hafeef Zafriel sudah memberikan pandangan yang mencurigakan.Seakan tidak percaya dengan balasan isterinya.

"Sayang,jujur dengan bie.Please?"

Air liur ditelan.

"Betul,I tak ingat sangat.." kata Ainul Raniya bersungguh-sungguh supaya suaminya itu mempercayainya.

Bukan dia tidak mahu membuka cerita tetapi dia tidak mahu Syuhayra menerima nasib yang sama sepertinya.

Biarlah orang tidak suka kepadanya.Biarlah orang membencinya tetapi bukan Syuhayra.

Dia tahu keluarga suaminya itu sangat rapat dan menyayangi Syuhayra.Dia tidak mahu kerana hal itu,seluruh keluarga itu membencinya pula kerana keluarga itu sungguh mementingkan kesempurnaan.

"Tak pe kalau sayang tak nak cerita.Kita tunggu jelah pihak polis buat kerja dorang.Masa tu kalau bie tak layan sayang,sayang faham-faham sendiri lah.." ujar Hafeef Zafriel bernada ugutan.

"Kenapa bie tanya soalan macam tu?" soal Ainul Raniya ingin tahu.

"Ed cakap ada sorang lagi yang masih terlepas.So,bie nak tahu siapa dia.Sampai hati dia buat isteri bie macam ni.Kalau tak disebabkan negara kita ada undang-undang,dah lama bie balas balik apa dia buat pada sayang.."

Terharu Ainul Raniya mendengar kata-kata suaminya.

"Bie,bie tak perlu buat macam tu.Dia tak salah.Keadaan yang memaksa dia buat macam tu.Kalau nak ikutkan,apa yang I buat pada keluarga especially your brother,lagi teruk dari apa yang dia buat.."

"So,sayang mesti kenal dia siapa kan?"

Ainul Raniya mendiamkan dirinya.Hafeef Zafriel pula mula mengalihkan pandangan pada televisyen.Tidak mahu mendesak isterinya lagi.

Lambat laun dia akan tahu juga siapa 'dia' yang dimaksudkan oleh Edzry.

🎲🎲🎲

Syuhayra membuka pintu keretanya apabila tiba di rumah Dato Hareez dan Datin Zafrina.

Tangan Datin Zafrina disalam penuh hormat.

"Ara,lama Ara tak datang rumah aunty.Kenapa?Busy sangat ke?" kata Datin Zafrina.

"Ha'ah,aunty.."

Tidak lama kemudian,kereta Hafeef Zafriel memasuki perkarangan rumah itu.Makin teruja Syuhayra dengan kedatangan lelaki itu.

Senyumannya mati apabila terlihat Ainul Raniya di tempat bahagian penumpang bersebelahan lelaki pujaannya.

Mati dia kalau perempuan itu buka mulut.Tidak pasal-pasal dirinya dihalau dari rumah itu dan seluruh keluarga itu tidak akan menyayanginya lagi.

"Assalamualaikum,my.." ujar Hafeef Zafriel.

"Waalaikumussalam.."

Datin Zafrina memandang Ainul Raniya yang berdiri bersebelahan anaknya.Mereka satu keluarga sudah dimaklumkan tentang Ainul Raniya yang sudah dijumpai.

"Feef,you dah jumpa wife you ni?You jumpa dekat mana?" soal Syuhayra.

"Alhamdulillah,Allah masih panjangkan jodoh kami untuk berjumpa.." balas Hafeef Zafriel.

Sengaja melontarkan kata-kata itu kepada Syuhayra.

"Jom kita masuk.." ajak Datin Zafrina.

Hafeef Zafriel dan Datin Zafrina terlebih dahulu masuk ke dalam rumah.

Syuhayra menyambar lengan Ainul Raniya.Terkejut Ainul Raniya apabila ada yang menahan langkahnya.

"You jangan berani nak buka mulut.." ugut Syuhayra bernada bisikkan.

Takut ada yang mendengar.

"You takut ke kalau I buka mulut?"

"Kalau you berani buka mulut,I takkan teragak-agak untuk bunuh you sekali lagi tapi kali ni biar you betul-betul mati!"

Ainul Raniya hanya tersenyum.Dia tidak sekejam itu untuk menceritakan apa yang telah berlaku kepada keluarga mentuanya.

"Don't worry.I takkan cerita pada sesiapa.Biarlah ia menjadi rahsia antara kita berdua.."

Sejurus berkata begitu,dia segera masuk.



Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now