CTS-10

5.7K 169 2
                                    

Nayra Aleesya dan Hafeef Zafriel keluar dari kedai emas yang baru sahaja selesai membeli cincin perkahwinan mereka yang bakal dilangsungkan lagi 3 bulan.

"Awak nak air tak?" soal Hafeef Zafriel.

"Boleh juga.Erm..belikan saya air tin teh lemon ais.." balas Nayra Aleesya.

"Okay,awak duduk situ kejap.Saya pergi belikan.."

"Tak pe ke saya tak ikut awak?"

Segan pula rasanya.Sudahlah dia menyuruh tunangnya itu membelikannya air.Takkan dia tak ikut sekali kot?

"Tak pe.Bukannya lama sangat pon.Awak tunggu sini ye?"

Hafeef Zafriel segera menuju ke kedai makan yang berada di dalam mall itu.

Nayra Aleesya pula hanya memerhati sehingga susuk tubuh tunangnya itu hilang.Kemudiannya,dia duduk di bangku yang tersedia di situ.

Sedang dia sibuk membalas whatsapp daripada sahabat baiknya,fonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.

Dia segera menekan punat hijau.Baru beberapa minit panggilan disambungkan,dia sudah terasa dirinya begitu lemah sehingga tidak bermaya memegang fon itu.

Mujurlah tidak jatuh.

"Baik,Nayra balik sekarang.." ujarnya di hujung talian.

Luluh hatinya mendengar khabar yang menyatakan bahawa kedua ibu bapanya sudah tiada lagi di dunia akibat kemalangan jalan raya.

Hafeef Zafriel yang baru selesai membeli,menuju ke arah tunangnya.Pelik dia melihat keadaan tunangnya yang agak muram itu.

"Nayra.." tegurnya.

"Awak,saya balik dulu.."

Nayra Aleesya segera berdiri kemudian di saat dia ingin melangkah pergi,tunangnya itu menahan laluannya.

"Kenapa ni?"

"Mama abah saya.."

Air mata Nayra Aleesya mula jatuh membasahi pipinya.

"Kenapa dengan mama abah awak?"

Hafeef Zafriel semakin tidak faham dengan tunangnya itu.Apa dah jadi sampai tunangnya itu menangis sebegitu sekali?

"Dorang dah tak de.Dorang dah tinggalkan saya.."

Tangisan Nayra Aleesya semakin menjadi-jadi.

"Cuba cerita dekat saya.."

"Nanti saya cerita dekat awak.Sekarang ni,saya nak balik.Saya nak jumpa dorang.."

Nayra Aleesya kembali mengatur langkah.Sekali lagi langkahnya ditahan.

"Kenapa awak ni?!" marah Nayra Aleesya.

"Kita balik.Kita balik sama-sama.Awak datang dengan saya.Takkan awak balik sendiri pulak kan?Jangan lupa yang dorang tu bakal mama dan abah saya juga.."

Nayra Aleesya hanya mendengar.Dalam fikirannya hanya mama dan abahnya.

🎲🎲🎲

Pengembumian mama dan abah Nayra Aleesya berjalan dengan lancar.

Datin Zafrina tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat untuk bakal menantunya.

Bahu anak muda itu diusap-usap perlahan.Cuba menyalurkan kekuatan.

"Nayra,Nayra tak boleh macam ni.Nayra kena kuat.Kami semua ada untuk Nayra.." ujarnya.

"Mummy,Nayra tak kuat.Kenapa mama dan abah pergi seawal ini?Nayra dah tak de sesiapa,my.."

"Shh,tak.Nayra ada mummy,ada daddy.Jangan cakap macam tu.Tak lama kita akan jadi satu family.Mummy dengan daddy dah anggap Nayra macam anak kami sendiri.." pujuk Dato Zafrina lagi.

Nayra Aleesya mengesat air matanya yang tidak berhenti mahu mengalir.Dia memandang wajah bakal ibu mertuanya.

"My,Nayra..Nayra nak pernikahan ni ditangguhkan buat seketika.Nayra harap mummy faham.."

"Hah?Tapi kenapa?"

Terkejut Datin Zafrina apabila mendengar permintaan anak muda itu.

"Bagi Nayra masa.Nayra tak boleh kahwin sekarang.Nayra takut Nayra tak boleh jadi isteri yang terbaik buat Hafeef.."

Hafeef Zafriel yang berada di anak tangga turut mendengar perbualan mereka.

"Nayra,mummy yakin Nayra akan jadi isteri yang terbaik buat anak mummy.Jangan tangguhkan pernikahan ni,please?" rayu Datin Zafrina sambil menggenggam tangan Nayra Aleesya.

"Maafkan Nayra,my.."

Hafeef Zafriel segera meneruskan langkahnya sehingga menuju ke arah ruang tamu.

"Nayra,saya ikhlas terima awak tapi kalau itu yang nak,saya ikutkan je asalkan awak tak putuskan pertunangan kita.Saya nak awak sentiasa ingat.Awak tak keseorangan,Nayra.Awak ada saya.Awak ada family saya yang sayangkan awak.."

"Terima kasih,Feef.." ucap Nayra Aleesya serba salah.

Beruntung dia kerana memiliki tunang sebaik Hafeef Zafriel yang sentiasa memahaminya serta ahli keluarga lelaki itu yang sangat baik hati.

"Nayra tidur sini ye malam ni?" kata Datin Zafrina pula.

"Tak pe lah,mummy.Nayra seganlah.Lagipon tak manis kan?" tolak Nayra Aleesya.

"Nayra,mummy bukan apa.Mummy risau Nayra sorang-sorang kat rumah tu.Tidur sini ye?" pujuk Datin Zafrina lagi.

Nayra Aleesya terpaksa mengalah.Serba salah pula kalau dibiarkan pelawaan Datin Zafrina.

"Terima kasih mummy sebab ambil berat pasal Nayra.." ucapnya.

"Sama-sama,sayang.."







Kesian Nayra😔😭

Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now