CTS-37

6.2K 194 11
                                    

Syuhayra menemani Datin Zafrina membeli belah memandangkan hari itu hujung minggu.

Setelah selesai membeli belah,mereka menuju ke secret recipe yang berada di dalam mall itu.

Siap memesan makanan dan minuman,Syuhayra membelek fonnya.

"Ara,thank you sebab temankan aunty.." ucap Datin Zafrina.

Syuhayra meletakkan fonnya di atas meja.Dia tersenyum.

"Tak de apalah,aunty.Ara pon tak de buat apa hujung minggu macam ni.." balasnya.

"Aunty tak sangka dapat juga aunty bermenantukan Nayra.."

Senyuman Syuhayra mati disaat mendengar nama Nayra Aleesya.Apalah yang ada pada gadis itu sampai Datin Zafrina suka sangat?

"Aunty,Nayra tu tak de lelaki lain ke?Ye lah,lepas putus dengan Feef,nak kahwin pulak dengan Deef?Macam tak de lelaki lain je.Dia tak move on lagi ke?"

"Apa Ara cakap macam tu?Deef dah lama sukakan Nayra cuma dia tak berani nak luahkan sebab Nayra tu tunang kembar dia.."

"Ohh tapi kan aunty,Feef okay ke Nayra dengan Deef?"

"Feef sokong je.Lagipon,Feef dah beristeri.."

Syuhayra semakin sakit hati mendengar jawapan Datin Zafrina.

"Aunty okay ke dengan menantu kedua aunty tu?Aunty bukan ke tak boleh terima dia?" soalnya ingin tahu.

"Aunty sedar aunty tak boleh nak paksa anak-anak aunty soal jodoh ni.Aunty nampak yang Ainul tu dah berubah.Betul lah kata orang,kita tak de hak pon nak hukum seseorang tu.Kita sepatutnya bantu dia kalau betul dia nak berubah.."

Syuhayra berpura-pura mengangguk mendengar kata-kata Datin Zafrina.Acah-acah bersetuju dengan apa yang didengarinya.

🎲🎲🎲

Baru sahaja Ainul Raniya menanggalkan tali pinggang keledar,Edzry masuk ke dalam kereta Ainul Raniya yang sudah diunlock.Terkejut Ainul Raniya.

"You buat apa ni?!"

"I nak jumpa you,sayang.." ujar Edzry selamba.

Kepala Ainul Raniya yang dilitupi shawl itu diusap perlahan.

"You keluar!" halau Ainul Raniya sambil menepis tangan Edzry yang mengusap kepalanya.

"Tak nak.Syuhayra cakap kalau I ceritakan kisah silam you,you jadi milik I.So.."

Edzry mula ingin mengucup pipi Ainul Raniya.Pantas Ainul Raniya menampar pipi lelaki itu.

Edzry memegang pipinya yang terasa perit.

"You yang cerita pasal I dekat dia?"

"Yes,sayang.Kenapa?You tak suka?"

Edzry tersenyum sinis.

"Ainul Raniya!"

Ainul Raniya tersentak apabila namanya disebut seseorang.Dia berpaling ke kebelakang.Dia terkejut apabila melihat pintu keretanya yang sudah dibuka dari luar.

Hazeeq Zharfan berdiri tegak sambil memandang ke arah mereka berdua.Sakit mata dia melihat adegan mereka berdua.

Edzry tersenyum puas.

"I gerak dulu.."

Edzry segera keluar dari kereta itu.Dia sempat senyum kepada Hazeeq Zharfan.

Ainul Raniya juga berlalu keluar dari kereta.

"Zharfan,you jangan fikir bukan-bukan.Edzry yang.."

Belum sempat Ainul Raniya menjelaskan apa yang berlaku,Hazeeq Zharfan sudah memintas.

"Sudahlah,Ainul!Aku nampak semuanya.Aku nampak Ed tu dari masuk kereta kau sampailah aku buka pintu kereta kau.Aku nampak semuanya.Hebat!Hebat betul kau ni.Kau memang tak boleh tutup kesalahan kau depan aku.Dulu dengan arwah Am and sekarang,Ed.Tapi semuanya berupa kan?" kata Hazeeq Zharfan sinis.

"You salah faham.."

"Kalau Feef,maybe dia akan percayakan kau.Tapi aku yakin kalau dia yang nampak apa yang berlaku tadi,aku yakin time ni jugak kau jadi janda semula.Pandai kau berlakon kan?"

"Zharfan.."

Ainul Raniya meraup wajahnya.

"Aku nak kau tinggalkan Feef.Kau tak layak bersama Feef yang sangat baik.Dia beria back up kau itu ini,tapi kau khianati dia macam ni?Adik aku tu tak patut bersama kau!Kau bernasib baik tau sebab Nayra akan kahwin dengan Deef.Kalau tak,dah lama aku paksa dia jadikan Nayra madu kau.Kau tak patut bahagia,Ainul!"

Setelah selesai berkata,Hazeeq Zharfan segera beredar dari situ.Niatnya yang ingin berjumpa Rayyan di sebuah restoran yang berdekatan mati disaat terlihat Ainul Raniya dan Edzry.

🎲🎲🎲

Kata-kata Hazeeq Zharfan terngiang-ngiang di telinga Ainul Raniya.

"Kau tak patut bahagia,Ainul!"

"Sayang.." tegur Hafeef Zafriel.

Ainul Raniya tersentak.

"Kenapa ni?Are you okay?" kata Hafeef Zafriel bernada risau.

"I tak boleh teruskan pernikahan ni.I tak layak untuk you.."

Hafeef Zafriel terkejut dengan kata-kata isterinya.

"Sayang,sayang cakap apa ni?" soalnya pelik.

"Selama ni,I berpura-pura je dengan you.I pura-pura je sweet-sweet dengan you,manja dengan you.Semuanya lah.Tu hanya lakonan je.." kata Ainul Raniya seakan tiada riak walaupun dia serba salah dengan apa yang dia lontarkan.

Dia terpaksa berkata begitu.Betul kata Hazeeq Zharfan.Dia tidak layak bahagia.

"Bie tak percaya.."

"Terpulang pada you.I nak you lepaskan I.."

"Never,Ainul Raniya!" lantang Hafeef Zafriel berkata.

Apa silapnya sampaikan isterinya minta dilepaskan?

"Up to you.."

Ainul Raniya mula berdiri.Langkah diaturkan ke bilik.Baru beberapa langkah,dia terasa dirinya terumbang-ambing.

Mujur Hafeef Zafriel sempat menangkap tubuhnya.Dia rebah di dalam dakapan suaminya.



Cinta Tidak SempurnaWhere stories live. Discover now